Tuesday, 17 November 2015

Blog Lama Bersawang

Assalamualaikum.

Macam biasa blog kembali bersawang atas alasan yang agak lebih kurang sama dengan yang sebelum-sebelum ni. Heeee!!

Kenapa hari ni saya berjaya update blog?
Sebab hari ni, baby saya dah tido dan Dija pula sedang bermain play-doh nye. Suaami dah pergi bekerja. Kebetulan Prudential call tadi bagi tahu yang saya tersilap register untuk future training. Ada ke patut saya register versi Mandarin. Hadeh!!! Dengan pantas saya on komputer, register course lain. Hahahah!! Itu lah kisah saya dipagi hari ini.

Rasanya, orang yang bekerja dipejabat lebih efisyen untuk update blog mereka. Kan?? Seingat ketika saya bekerja dahulu, saya akan mencuri masa (bukan mencuri tulang ye) untuk update blog diawal pagi sebelum memulakan kerja atau ketika lunch-break. Ini kerana, komputer dan internet sudah tersedia dan jarang ada gangguan seperti.. Ibu nak susu..Ibu nak tengok kartun.. Ibu, nak makan.. Ibu.. Ibu.. Ibuuuuuuuuuuu...

Ye! Bukan mudah menjadi WAHM dan bukan juga susah menjadi WAHM. Inshaallah dengan pembahagian masa dan jadual tersusun. Tak pa, saya sedang meningkatkan mutu. Heee. Nanti kita akan kongsikan tips nya.




Tuesday, 1 September 2015

Testimoni

Assalamualaikum.

Testimoni?? 
Testimoni apa tu??

Sebenarnya dah lama saya berniat nak kongsikan pengalaman saya terhadap sesuatu produk atau servis yang baik. Bersesuaian dengan tag line "SAYA PAKAI, SAYA PUASHATI, SAYA JUAL".

Tak kira produk atau servis, sekiranya ianya baik, bagus dan berkesan, semestinya kita akan terus menggunakannnya atau 'repeat' lagi untuk membelinya. Kan??

Pada zaman sekarang ni bermacam-macam produk yang timbul. Bagaikan cendawan tumbuh, kejap je dah ada produk yang ditiru dan seakan-akan.

Dan bagi para bisnes online pula, ramai yang berniaga dan dalam masa yang sama membuat 'review'. Pada pemahaman saya setakat ini tentang 'review' adalah apabila anda sudah mempunyai pengalaman dalam menggunakan produk atau servis tersebut dan baru lah boleh kasi 'review'. Tapi sekarang ni sudah menjadi 'trend' dimana, bagi je gambar dan info di'review'. Hurmm.. macam mana tu?

Ok lah. Berbalik kepada topik saya tentang testimoni tu. Setakat ni saya dah kumpul beberapa produk dan servis yang pernah saya gunakan.

#testimoniprubsntakaful
#testimonishaklee
#testimonitropicalherbs
#testimonikaylenabeaute

Inshaallah, di entri akan datang, saya akan cuba kongsikan pengalaman dan kebaikannya.


 


Thursday, 28 May 2015

Kelas Nasi Arab Anjuran PERKEP

Assalamualaikum.

Dua minggu lepas, Perkep (Persatuan Keluarga Polis) IPD Bera telah menganjurkan Kelas Nasi Arab. Kalau ikutkan letih, rasa macam tak larat dah nak pergi. Tapi dek kerana semangat untuk menyokong Perkep dan kawan-kawan, saya gagahkan diri. Walaupun sedikit lewat sampai. Chewahh!!!

Kelas ini telah diadakan di dapur Perkep kami dan gurunya adalah Pengerusi Perkep kami sendiri iaitu Puan Maslina. Berbekalkan yuran sebanyak RM25 sahaja. Kelas bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Cepat dan senang je nampak Puan Maslina masak. Heee!!

Ini pertama kali saya melihat periuk Noxxa serbaguna yang selalu diwar-warkan oleh Cikgu Zaila. Owh! Begini rupanya, ada banyak fungsi. Letak je beras basmathi, ayam dan segala rempah. Tekan fungsi yang dikehendaki dan biarkan je sehingga masak. Semudah itu saja. Kemudian diteruskan dengan memasak ayam madu. dan akhir sekali salad. Ya Allah! Kenapa senang sangat ni. Eheem buat nya belum lagi, cuma lihat demo nya je.










Dan, sebelum pulang setiap peserta dibekalkan dengan satu bekas Nasi Arab. Nyummmm!! Sedap!! Sangat!!! Kami juga diberikan resipi bertulis sebagai rujukan nanti.

Kesimpulannya, untuk kelas kali ini, saya terpikat dengan periuk elektrik serbaguna Noxxa dan juga resipi ayam madu itu. Sedap sungguh!




Wednesday, 27 May 2015

Small Token For Clients PruBSN Takaful

Assalamualaikum.

Tahun ini berlaku sedikit penangguhan dalam proses pengedaran 'tokens' kepada semua pelanggan insurans saya. Mohon maaf berbanyak kali ye. Sejak saya disahkan mengandung, pergerakan agak terbatas ditambah pula mengalami alahan yang teruk. 

Jadi, saya telah mengambil keputusan untuk membuat pengeposan kepada semua pelanggan saya. Alhamdulillah!! Saya mendapat respon dan kerjasama yang baik. Bermula daru semalam lagi saya, mengumpulkan semua alamat pelanggan dan membuat pembungkusan. Terasa macam orang buat bisnes online pula. Hikss!!! 







Pada mulanya, saya ada sedikit risau pelanggan akan tidak berpuas hati tapi sangkaan saya itu meleset. Saya sangat bersyukur dikurniakan pelanggan yang baik-baik belaka. Alhamdulillah!! Buat masa sekarang, saya banyak berhubung melalui media sosial, whatsapp dan panggilan telefon. 

Red Diary, Planner dan Calender adalah merupakan hadiah rutin setiap tahun yang saya berikan kepada semua pelanggan yang aktif. Ianya merupakan hadiah kecil daripada saya untuk semua pelanggan atas sokongan dan kepercayaan mereka selama perjuangan ini. Terima Kasih.

Ramai yang tidak tahu dan ada rakan yang bertanya, kenapa dia tidak mendapat semua ini daripada ejen mereka? Sedangkan mereka juga adalah pencarum PruBSN Takaful seperti pelanggan. Sebenarnya, pemberian hadiah ini bukan lah acara wajib, ianya terpulang kepada ejen tersebut. Ini kerana, semua hadiah ini, ejen tidak mendapatnya secara percuma, tapi harus memperuntukkan sejumlah wang bagi menempah dan membelinya. Alhamdulillah!! Bagi saya pula ini merupakan acara wajib setiap tahun yang saya berikan kepada semua pelanggan yang aktif sebagai tanda ingatan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan info tentang Takaful atau kerjaya bersama Takaful, boleh lawati laman rasmi saya PruBSN Takaful Untuk Kita.

Bertindak sebelum terlambat.

Terima Kasih sekali lagi !!

Best ke best??? Ada yang berkenan nak Red Diary?? Meh kita sembang kopi
Email : nurfahida.prubsntakaful@gmail.com
Facebook : Iyda Juhar
Telefon/ Whatsapp : +6010 401 2310






Book Reviews | Bekerja & Berniaga Panduan Kejayaan Untuk Suri

Assalamualaikum.

TAJUK BUKU : BEKERJA & BERNIAGA - Panduan Kejayaan Untuk Suri
PENULIS : PUAN AZURA ABDULLAH
VERSI : BAHASA MELAYU

 
Saya dipertemukan dengan salah sebuah buku ketika mengunjungi MPH Bookstore. Pada mulanya, saya tidak mengenali siapa Penulis tersebut. Tapi buku ini telah menarik hati saya dengan 'cover' depannya dan tagline nya "Panduan Kejayaan Untuk Suri". Tanpa berfikir panjang lagi saya telah membelinya.

Pembacaan saya bertambah rancak apabila mengetahui Penulis ini merupakan salah seorang 'blogger' tegar dan telah membabitkan diri di tapak maya beberapa tahun sudah. Wah!!! Bukan senang, nak senang. Azura Abdullah .

Perkongsian yang diberikan dalam buku ini sangat santai berdasarkan pengalaman dilalui oleh Penulis sendiri. Manusia seperti saya, memang suka membaca pengalaman mereka untuk mendapatkan inspirasi. Kisah benar adalah kisah yang paling mahal apabila dikongsikan. Garapan yang diberikan oleh Penulis pula sangat mudah difahami.

Buku ini mengandungi 14 bab yang tersusun dan santai. Bab 1, sudah pun membuat saya teruja iaitu tentang Niat. Apa yang menarik lagi, pembaca diberi pendedahan untuk memulakan perniagaan sebelum berhenti kerja. Mulakan sesuatu didalam keadaan yang selesa dan bukan terdesak. Penulis juga banyak menekankan tentang memulakan bisnes dengan kaedah 'lean' iaitu bermula dengan apa yang ada. Elakkan daripada berhutang.

Bekerja & Berniaga Panduan Kejayaan Untuk Suri merupakan salah satu buku motivasi bisnes yang "MUST HAVE & MUST READ" bagi mereka yang sedang mencari-cari bagaiman untuk bermula dalam bisnes.

Alhamdulillah!! Terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan. Semoga Puan Azura Abdullah terus maju dan hasilkan lebih banyak buku berbentuk motivasi begini.









Tuesday, 26 May 2015

Kegagalan Adalah Proses Kejayaan

Assalamualaikum.


 Sumber carian : Google.com


Sejak kebelakangan ini, saya meluangkan masa dengan membaca samada melalui buku atau pun secara online. Kebanyakan saya terbaca tentang suatu kegagalan dalam hidup dan bagaimana mahu bangkit.

Kebiasaannya, pakar motivasi akan menasihatkan bahawa suatu kegagalan adalah jalan proses untuk berjaya atau pun sebelum menempuh kejayaan. Maksudnya disini, gagal bukanlah jalan penyudah. Kita harus bangkit dan mengubah corak perjalanan.

Setiap 'quote' yang saya baca membuatkan saya terfikir, bahawasanya saya ini belum lagi berjaya dan saya harus meneruskan usaha. 

Saya bermula dengan menerima kegagalan yang saya hadapi. Saya mencari kelemahan yang perlu diperbaiki. Kemudian, saya cuba mendapatkan ilmu bagi mengubah jalan. Alhamdulillah!! Saya masih dalam proses tersebut.

Salah satu kelemahan saya ialah 'procrastination'. Ianya bermaksud sengaja melengah-lengahkan kerja dengan mencipta alasan tersendiri. Allahuakbar. Moga dijauhkan segera tabiat negatif ini yang boleh mempengaruhi masa depan. 

Contoh disini, saya selalu melengah-lengahkan untuk update blog secara konsisten. Walhal, saya sedia maklum masih lagi dalam Cabaran 44 enteri. Tapi saya masih melengahkannya dengan alasan tiada idea untuk ditulis sebagai entri. Sedangkan tips penulisan sudah diberikan oleh cikgu online, saya ada membacanya tapi saya tidak mempraktikkannya. Maka, kesimpulannya sebanyak mana pun ilmu yang kita cari dan dapat, jika kita tidak mempraktikkannya dengan segera, ianya akan menjadi sia-sia sahaja.

Teringat satu kursus yang pernah saya hadiri pada hujung lepas, dibawah anjuran Prudential. Pakar Kewangan pada hari itu telah memberikan kami satu format untuk menguruskan kewangan peribadi kepada setiap seorang peserta. Katanya lagi, format ini tidak akan membuahkan apa-apa sekiranya anda semua tidak mempraktikkan apa yang dipelajari dalam masa 24jam. 

Fuh!! Maka, buangkan sifat terlalu fikir panjang dan 'JUST DO IT' !!!






Monday, 25 May 2015

#2 Pregnancy : Apa itu 'Braxton Hicks'

Assalamualaikum.

Betul lah kata orang tua-tua, setiap kali mengandung akan menghadapi pengalaman yang berbeza-beza. Tidak kan sama. Pengalaman mengandung anak yang kedua ini memang jauh berbeza dan agak mencabar juga.

Kali ini, saya bertemu perkataan baru iaitu "Braxton Hicks". Apakah itu?? Ianya merupakan salah satu kontraksi yang berlaku pada peringkat awal.

Saya kerap bertanya kepada kawan-kawan rapat yang pernah mengalaminya. Setakat ini, masih belum berkesempatan untuk mendapatkan nasihat dari doktor berkenaan ini. Saya mula mengalami pengalaman ini daripada bulan lepas lagi.

Berikut adalah antara sumber informasi yang menjadi rujukan saya tentang "Braxton Hicks"  daripada laman babycentre.com

Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

 

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

 

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

 

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

 

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
  • pergerakan bayi anda sudah mengurang;
  • anda fikirkan anda sudah pecah ketuban;
  • jika anda mengalami sebarang pendarahan.
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.





#ilovebeingpregnant








Sunday, 24 May 2015

Lingerie, Rahsia Wanita

Assalamualaikum.

Hari ini kite bercakap tentang salah satu rahsia wanita. Rahsia ini secara tak langsung boleh memberi kenyakinan kepada wanita itu sendiri. Ramai yang segan, ramai malu tapi mahu. Ramai yang menidakkan tapi ada rasa mahu mencuba. Biasa lah tu sikap wanita Melayu yang pemalu. Hahahaaa!!

Ok! Dah dah!! Kalau dah malu-malu mahu membelinya di tempat terbuka, boleh pakat kunjungi online shop dibawah ye. Banyak pilihan yang merambangkan mata.



Pesanan dari tuan kedai :

Hye darlings!!
.
pada gadis 👯yg nak naik pelamin masih mencari pakaian tidur yg sexy & hottss?😘 jom follow @nn_lingerie
.
.
Yg nak beli utk hadiahkan pada pasangan 💑tersayang pon digalakkan..
.
.
💏kakak, adik yg dah berkahwin harus beli tau!😍 jadikan setiap malam malam pertama anda..eceeewaahh!!
.
.
👉Cepat follow laju2 @nn_lingerie tak yah segan malu buat pilihan pelbagai pattern, size yg penting sgt berkualiti....ingat ya jangan malu segan sb semuanya dirahsiakan..
🎀@nn_lingerie
🎀@nn_lingerie
.
.
👉kami akan memberi panduan untuk memilih saiz lingerie yg sesuai untuk saiz badan anda
.
.
💋sesuai dihadiahkan pada pasangan yg baru mendirikan rumahtangga
💋sesuai dihadiahkan pada pasangan sebagai hadiah harijadi atau ulangtahun
💋sebagai persiapan awal honeymoon anda
.
.
**ppsstt....kekakak yg chubby2 , baby plumm tu jgn risau sb @nn_lingerie ada sizenya...



Instagram : @nn_lingerie 


=================================================
For Events, Review, Advertorial & Advertising 
Kindly email me iydajuhar@gmail.com or Whatsapp +60104012310
The rate can be negotiate, please put your price range and request.
=================================================




Sunday, 17 May 2015

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum.


 Sumber carian : Google.com


Seperti biasa dan tahun-tahun sebelumnya, setiap 16 Mei adalah tarikh keramat bagi pendidik/ guru/ cikgu. Dan dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua para pendidik terutama mereka yang telah banyak berkongsi dan mencurahkan ilmu kepada saya. Alhamdulillah!! Terima kasih cikgu!! Jasa mu tetap dikenang.




Friday, 15 May 2015

Resipi Saya : Mini Pizza

Assalamualaikum.

Kali ini, nak kongsi cara-cara buat Mini Pizza. Senang jer!! Hahhah!! Saya tak pernah buat sebelum ni. Idea ni tercetus, apabila ada jiran saya yang jual Mini Pizza RM10/ 4 keping. Bagi menunjukkan sokongan kepada surirumah yang berbisnes dari rumah. Oleh kerana Dija makan Mini Pizza tersebut dengan begitu berselera, maka mood rajin si ibu pon datang la kan. Hahhah!!






Bahan-bahan untuk Mini Pizza :
Roti Sandwich (saya pakai roti Gardenia)
Prego Puree Tomato

Untuk 'topping' :
Keju (kalau nak pakai keju biasa macam ni pon bole atau yang 'sprinkle' tu pon bole)
Sosej (rebus,tos dan potong bulat-bulat)
Cendawan butang (rebus, tos dan potong)
Bawang besar (potong halus-halus

Jom!!! Kita buat Mini Pizza
Mula-mula sapukan marjerin pada permukaan roti. Kemudian, sapukan Tomato Puree mengikut kemahuan tersendiri, saya suka sapu banyak dan tebal. Setelah itu, letak semua bahan-bahan 'topping' tadi di atas permukaan roti. Untuk 'topping', saya mulakan dengan meletakkan sosej, cendawan, keju, bawang besar dan tambahkan kembali tomato puree tadi. Bagi membakar pizza, saya tak menggunakan oven, hanya pemanggang ajaib sahaja. Hee !!! Jimat dan cepat. 




Biasanya, saya akan panaskan terdahulu pemanggang ajaib. Apabila sudah sedia untuk proses membakar, saya akan perlahankan api dan sapukan sedikit marjerin pada lantai pemanggang ajaib. Kemudian tutup dan biarkan selama beberapa minit, biasanya sehingga keju itu cair.




Wah!!! Ada chef kecik membantu la kat dapur. Heee!!! Best kan? Boleh dijadikan salah satu aktiviti memasak bersama anak-anak. Thanks Dija !!




Tattttt Tadaaaaaaaaaaaaaa!!!! Ok yang ni dah siap. Boleh nampak kan, keju nya cair disitu. Nyummeh!!

Selamat mencuba ye.




Wednesday, 13 May 2015

Ejen Takaful Prudential/ PruBSN Takaful

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini, ada segelintir kenalan dan rakan agak keliru dengan status kerja saya. Hahah!! Alhamdulillah!! Saya masih lagi Ejen Takaful bersama dengan Prudential. Cumanya tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya dek kerana faktor kesihatan.

Apabila disahkan mengandung anak kedua, pelbagai cabaran saya hadapi berkenaan dengan alahan. Bermula dengan 'bleeding' kemudian gatal-gatal dan itu belum lagi termasuk mual dan pening. Allahuakbar. Betul la kataorang tua-tua, mengandungkan anak pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, semuanya berbeza.

Oleh itu, saya telah menghadkan aktiviti saya untuk 'travel' dalam jarak yang jauh. Jadinya, saya banyakkan berehat dirumah. Banyak membuat kerja dari rumah. Berinteraksi dengan 'clients' dari rumah sahaja melalui email, watsapp, facebook dan segala media sosial yang memudahkan.

Ini adalah salah satu 'Beauty of  This Business'. Kita bukan bekerja makan gaji tapi ini adalah bisnes kita sendiri. Selagi bergelar ejen, kita lah bos dan kita lah pekerjanya. Lain pula apabila, kita mahu dinaikkan pangkat menjadi Unit Manager.

Alhamdulillah!! Kerja dengan masa yang fleksibel dan boleh diaturkan sendiri. Tak perlu pening kepala untuk minta cuti bila tak sihat atau ada sebarang kecemasan. Ini lah yang saya cari. Dalam masa yang sama, gaji saya masuk seperti biasa.

Semalam, setelah sekian lama tak bertandang ke pejabat, saya ke sana atas urusan kerja. Dija pun ikut sama sebab tak mahu tinggal dengan pengasuh. Sebenarnya, bermula tahun ini, saya mengambil keputusan menjaga Dija sendiri di rumah.




Kami ke Prudential/PruBSN Cawangan Mentakab untuk mengambil borang proposal yang baru sambil menyelesaikan beberapa tugas penting.

Kemudian, kami terus ke Old Town White Coffe, Temerloh untuk berjumpa dengan Unit Manager saya, Puan Kaiulani Bujang yang datang dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah!! Saya sangat teruja dan gembira. Ye lah, saya kan 'outstation agent' jadi nya bila UM datang tu semangatnya lebih la. Hahhaha!! Terima kasih Kay sudi datang ke sini. Kami memulakan dengan 'coaching session' macam biasa dan seterusnya bergilir-gilir untuk kemaskini aktiviti semasa juga memberikan laporan semasa.





Alhamdulillah!! Semuanya berjalan lancar. Terima kasih Kay !!

Senang menjadi Ejen Takaful bersama Prudential ni, banyak cawangan yang ada disetiap negeri untuk memudahkan kita bekerja.

Contohnya, macam saya yang berdaftar di bawah SAR Group Million Dollar Agency dan lokasinya di Petaling Jaya. Tapi saya menetap di Pahang, maka untuk sebarang urusan rasmi, saya boleh keman-mana sahaja cawangan yang terdekat di Pahang. Biasanya, saya akan ke Prudential/PruBSN Cawangan Mentakab untuk menyelesaikan sebarang urusan.

Dan kerjaya ini juga boleh menyertainya sebagai 'Full-timer' atau pun 'Part-timer', terpulang pada diri dan keadaan masing-masing.

Best kan?? Mahu tahu lebih lanjut boleh hubungi saya ye :

Email : nurfahida.prubsntakaful@gmail.com
Facebook : Iyda Juhar
Telefon/ Whatsapp : +6010 401 2310






Friday, 1 May 2015

#1 | Pantun Petang




Kalau sedih,
Ingatlah waktu gembira

Kalau stress kije,
Ingat balik kenapa kita bermula

Kalau lemah semangat,
Tengok balik gamba handbag yang kite idam

Kalau letih ngan anak,
Ingat balik masa kite beranakkan dia

Kalau nyampah ngan suami,
Belek semula gamba kawen ke gamba couple ke

Gitu la kite ade ups ade down,
Yang penting jangan jauh dari Allah swt


Thursday, 30 April 2015

PruBSN Takaful Untuk Kita

Assalamualaikum.

Alhamdulillah!! Tahun ini adalah tahun ke-empat saya menjadi Ejen Takaful dibawah Prudential Assurance (M) Berhad. Dari awal lagi, saya mempunyai cita-cita untuk meluaskan perkogsian ilmu takaful  ini melalui alam maya. Ini kerana, memandangkan zaman sekarang, semua info boleh didapati melalui hujung jari sahaja.

Ini juga merupakan salah satu 'beauty of business' dalam industri Takaful. Pejabat boleh berada dimana-mana sahaja. Kita diberi pilihan untuk membina kerjaya ini sebagai 'Part Timer' atau pun 'Full Timer'. Bagi yang sudah mempunyai pekerjaan tetap dan mahu mencari pendapatan sampingan boleh bermula sebagai 'Part Timer' dahulu. Berbeza dengan saya, setelah berkahwin dan mengikut suami berpindah dek kerana tugas, saya terus bermula dengan 'Full Timer'. Begitulah, sedikit kisah bagaimana saya bermula sebagai ejen.


 




Beikut merupakan Fanpage dan Blog yang dikhaskan untuk saya membuat perkongsian tentang kebaikan insuran kepada kita semua. Ianya masih lagi diperingkat permulaan, Inshaallah saya akan mengemaskini dari masa ke semasa dengan info yang terkini.

Saya juga berharap 'clients' saya boleh mendapatkan info terkini dan melihat aktiviti semasa.

Semoga memberi manfaat untuk semua!




Thursday, 23 April 2015

eBook Reviews | Yeay! Mama Sudah 'Resign'

Assalamualaikum.




Alhamdulillah!! Selesai sudah membaca e-book dari Puan Masayu Ahmad iaitu Yeay! Mama Sudah 'Resign'. Saya sangat teruja dan seronok membacanya, ini kerana saya benar-benar ingin tahu tentang WAHM dan bagaimana mereka bermula. Kandungan e-book ini sangat memberikan inspirasi dan membuat mata dan minda saya yang masih tercari-cari tentang WAHM. Di sini, saya akan memberikan sedikit ulasan tentang e-book ini dari sudut pandangan saya.

Bermula dengan tinta pengarang, sedikit pengenalan dari Puan Masayu Ahmad yang menceritakan bagaimana beliau sendiri bermula menjadi WAHM dan melakukan penghijrahan yang besar dalam hidupnya.

e-book ini mengandungi perkongsian daripada 5 wanita berjaya yang kini sudah bergelar WAHM. Saya amat teruja membaca kisah-kisah mereka dan bagaimana mereka bermula. Subhanallah!! Sesungguhnya sebaik-baik perancangan itu datangnya dari Allah swt. 

"Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah. Sentiasa amalkan solat sunat Duha supaya rezeki kita dibuka seluasnya. Jangan takut untuk berhenti kerja. Allah yang memberi rezeki. Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana perndapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah"  - (Puan Nor Atiqah Hamidi)

"Saya mahu buktikan, ibu yang tidak bekerja, jika bersungguh-sungguh, akan mendapat penghormatan yang baik. Letakkan harga diri kita lebih tinggi, kita adalah apa yang kita sangka."  - (Puan Nora Afzam)

Berikut adalah merupakan petikan daripada perkongsian 2 orang WAHM yang berjaya. Ayat-ayat berikut amat terkesan dihati. Saya membacanya berulang-ulang kali.

Bahagian seterusnya, sesi Soal Jawab mengenai bagaimana dan apakah persediaan sebelum menjadi WAHM. Kepada mereka yang tertanya-tanya seperti saya, perlu menjawab soal jawab ini. Setiap persoalan dirungkai dengan pencerahan. 

Dan, bahagian yang terakhir pula adalah Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah). Dimana, 10 pengalaman yang berbeza telah dikutip dan dikongsi. Bukan mudah untuk kita bertemu atau mendengar perkongsian yang terperinci begini.

e-book ini boleh dijadikan panduan dan juga memberi idea dan pencerahan kepada ibu-ibu yang baru mahu melangkah ke dunia WAHM. Dan boleh juga dijadikan pencetus inspirasi dan motivasi.


Thank you for reading this entry!






Tuesday, 21 April 2015

#2nd Pregnancy : Say No To Medicine

Assalamualaikum.

Sebelum ni, saya ada ceritakan tentang gatal-gatal diawal kehamilan yang saya alami. Saya juga telah mendapatkan khidmat nasihat doktor daripada klinik swasta biasa. Setelah itu, saya ada memakan ubat yang diberikan dan menyapu krim. Tapi itu hanya 2 hari sahaja, kerana saya rasa kurang selesa. Sebelum itu doktor ada memaklumkan bahawa ubat dan krim tersebut mengandungi streroid yang rendah dan tidak membahayakan. Namun, saya tetap tidak selesa.

Alhamdulillah! Tuhan telah berikan petunjuk, tiba-tiba saya teringatkan satu krim dari Nivea. Kebiasaannya, mereka yang pergi menunaikan haji dan umrah akan memakai krim ini, untuk mengelakkan kekeringan kulit dan gatal-gatal. Maka, saya terus ke Watson berdekatan untuk membeli krim Nivea seperti di dalam gambar dan 'facial spray' dari Evian. 'Facial Spray' ni bertujuan untuk melembabkan kulit dan berasal dari air mineral.

Mula-mula saya akan semburkan 'facial spray' Evian ke seluruh kawasan yang mengalami gatal-gatal dan kulit kering. Setelah ianya meresap, saya terus menyapu krim Nivea ke kulit. Saya mengamalkannya setiap kali selepas mandi dan selepas solat. Alhamdulillah! Lebih kurang dalam 3 hari, gatal-gatal makin berkurangan. Disamping itu juga, saya banyak meminum air putih yang bersih.




 Kepada ibu-ibu yang hamil, sila lah mencuba ye. Inshaallah ok!

#ilovebeingpregnant


Thank you for reading this entry!


Wednesday, 15 April 2015

Resipi Saya : Ayam Goreng Masak Cili Kering

Assalamualaikum.

Masakan kali ni pon saya bagi nama sendiri jer. Hiks!!! Tapi masakan ni adalah kegemaran suami saya, setiap kali kami makan di Restoran Happy, Triang. Tauke nya orang Cina tapi semua pekerja termasuk tukang masak adalah orang Melayu-Islam.

Dah 3 tahun rasanya, saya mengunjungi Restoran Happy ni, tapi ini kali pertama terdetik dihati saya untuk cuba masak menu ini tambahan pula ianya masakan kegemaran suami tercinta. Cinta gituuuuu!!



Bahan-bahannya :
Sebelah dada ayam dipotong ala-ala dadu
4 tangkai cili kering (bergantung pada tahap kepedasan yang anda suka)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 potong bawang besar 
Sedikit daun bawang
Sedikit kicap lemak manis (saya suka Kicap Cap Kipas Udang)
Sos tiram
Garam dan gula secukup rasa


Cara memasak :
Sedikit minyak masak untuk menumis. Terus masukkan bawang merah dan bawang putih. Bila dah sedikit wangi terus masukkan ayam tadi. Biasanya saya takkan biarkan bawang garing sebab risau bawang putih akan hangit. Apabila ayam kelihatan bertukar putih dalam kadar separuh masak  terus masukkan sos tiram. Jangan terlalu banyak, sebab ianya masin. Kemudian masukkan cili kering. Biasanya saya akan perlahankan sedikit api dan biarkan ianya mesra. Setelah nampak ayam dah masak barulah saya masukkan kicap lemak manis, bawang besar dan daun bawang. Diiringi dengan garam secubit dan gula secukup rasa. Ok!! Dah siap!! Hidang!!




Rasanya tak de la sesedap kat Restoran Happy tu kan, tapi boleh la untuk cubaan pertama. Inshaallah nanti kite try lagi. Heee!!!

Sile lah cube.


Thank you for reading this entry!





Tuesday, 14 April 2015

My first SOHO

Assalamualaikum.

Apa itu SOHO? Small Office Home Office. Bagi mereka yang bergerak sebagai Freelance atau pun bekerja dari rumah khususnya amat memerlukan SOHO tersendiri. 

Kenapa memerlukan SOHO? Supaya setiap kerja lebih seronok, fokus, mudah dan praktikal. Ini penting. Bertugas dirumah tak semudah bertugas dipejabat ye.


Gambar ini adalah merupakan SOHO yang saya susun atur sendiri sejak tahun 2012. Ketika ini Khadijah masih kecil jadi boleh lah saya letakkan dia dalam baby cot. Tapi berbeza dengan sekarang, setiap kali saya mengambil tempat dimeja, dia pun akan ikut sama nak menulis dan kononnya membantu ibu.

SOHO ini hanya tinggal kenangan, kerana bulan lepas suami saya telah membeli komputer (tiba-tiba) jadi dia memerlukan meja. Saya dengan rela mengizinkan dia mengambil meja SOHO ini. Dan sekarang, buat masa ini saya berpangkalan di luar. Ini kerana, meja ini telah dialih ke sebelah ruang tamu.

Inshaallah, saya berharap dalam masa 2 bulan lagi setelah kami berpindah ke rumah baru, saya boleh membina kembali SOHO yang saya idamkan. Hiks!!!!


Thank you for reading this entry!


Monday, 13 April 2015

MAP Day | April 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah!! Kali ni dapat menghadirkan diri ke MAP Day April 2015 yang bertemakan LOVE. Kali ni kumpulan Bentley bertindak sebagai pihak pengurusan.


Setelah membuat pendaftaran, setiap ejen yang hadir dihadiahkan sebiji coklat. Wah!!! Cantik. C menandakan tempat yang saya duduki. Kali ni, mereka takkan membiarkan kami duduk berdekatan dengan geng. So, take a chance untuk berkenalan dengan geng yang lain juga.



 
Suasana yang bertemakan LOVE. Kemudian, majlis diteruskan dengan penerangan setiap aktiviti yang telah dijalankan, penghargaan kepada setiap ejen yang telah mencapai kejayaan dan menduduki tangga teratas. Disertakan juga dengan info yang terkini juga cabaran semasa yang disediakan oleh pihak Prudential. Semuanya diterangkan oleh Unit Manager kami secara bergilir-gilir.




Guest speaker untuk bulan ini, agensi kami telah menjemput salah seorang Agency Manager dari Sar Group sendiri iaitu Puan Naiza Adnan. Perkongsian yang bertajuk "Stay Long in Business". Pengalaman ibu kepada 3 orang ini adalah selama 13 tahun bergerak dalam industri insuran ini.

Bukan calang-calang orang, beliau merupakan graduan dari Imperial College. Memilih industri insuran sebagai bidang kerjaya kerana percaya dengan "retire rich". Mempunyai matlamat yang jelas dalam setiap apa yang diputuskan. Katanya lagi "keep on doing what you have decided". Ini amat terkesan kepada saya. Tiada kerja yang mudah, halangan tetap ada. Tidak perlu menukar arah apabila halangan mendatang, cumanya mencari jalan bagi menyelesaikan setiap cabaran.



Seterusnya seperti biasa, sebelum majlis berakhir, uacapan dan kata-kata semangat juga nasihat dari Senior Agency Manager (SAM) kami iaitu Puan Salmah Razak. Kami memanggilnya dengan gelaran Aunty Sal. Masih lagi hebat dan bersemangat.





Sebelum pulang, kami sempat menghadirkan diri untuk mini-meeting atau pun unit-meeting. Alhamdulillah!! Unit kecil ini bermula pada tahun ini dan dikenali sebagai NU2 dibawah Sar Group. Tahniah buat Unit Manager baru kami, Kaiulani Bujang.

Alhamdulillah!! Majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.


Thank you for reading this entry!



Saturday, 11 April 2015

Absolute Thai di Wangsa Walk

Assalamualaikum.

Ini kisah Sabtu minggu lepas, bukan Sabtu hari ini. Hikss!! Genap seminggu dah baru nak kongsi cerita. 

Ok!! Alkisah minggu lepas ayah Dija dengan tiba-tiba mengajak ke KL. Katanya nak ambil barang skuter. Semenjak kebelakangan ni, ayah Dija sangat sibuk nak siapkan skuter lama ibu. Sayang katanya, skuter ni dari zaman kami bercintan-cintun lagi. Auwww!! Sweet gitu.

Kami bertolak ke KL dah agak lewat dah, selepas pergi kenduri. Makanya, ibu berjubah lah ke KL hari ni.Kami sampai kat KL dah lewat petang, selesai sahaja urusan ayah. Kami saja-saja pusing KL. Kali ni saya memilih untuk ke Wangsa Walk. Kononnya dalam kepala kalau berkesempatan nak tonton wayang. Hikss!!

Apabila tiba waktu malam, ayah Dija macam biasa la akan tanya saya mahu makan kat mana. Tambahnya lagi, peruntukkan hanya RM15 sahaja sambil berseloroh. Hahhah!! Pada mulanya, saya berhasrat mahu ke TGIF, sambil kami berjalan tu ternampak restoran Absolute Thai. Wah!!! Terus bertukar fikiran. Jadinya, kami terus ke Absolute Thai. Yeayy!!! Sawadikkapp!!


Sawaddikkaaappp!!!






















Sebelum ni, kami pernah mengunjungi Absolute Thai di One Utama. Antara menu kegemaran saya Mieng Kam, Tom Yam, Kerabu Mangga dan Teh Ais. Hidangan untuk Mieng Kam tu sesuai untuk hidangan ramai, biasanya kalau pergi berdua, selebihnya pasti akan di 'tapau'. Bagi saya semua hidangan disini dalam 'portion' yang agak besar. Satu hidangan sesuai untuk 2-3 orang. Jadi, kami biasanya takkan memilih terlalu banyak hidangan. Teh ais nya sangat sedap dan sangat puas hati.

Absolute Thai adalah merupakan salah satu restoran hidangan Thai yang sangat sedap dan 'very recommended'. Saya sangat berpuas hati. Masakannya memang terasa makasan Thai. Lazat. Gabungan 'sweet sour salty bitter' itulah rasa masakan Thai. 

Suasana restorannya juga sesuai untuk famili. Sangat selesa. Layanannya juga amat memuaskan. Inshaallah akan berkunjung lagi untuk mencuba menu yang lain pula. Hikss!!

Sekiranya mahu tahu infor tentang restoran ni boleh la kunjungi Absolute Thai Malaysia. Bagi untuk mendapatkan info tentang lokasi yang terdekat dan sebagainya.

Alhamdulillah!! Kali ni ibu belanja ayah dan Dija ya. Heeee!! My treat for my loves.


Thank you for reading this entry!


Saturday, 4 April 2015

eBook Reviews | Suri Rumah Juga Boleh Berbisnes

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak buat sharing tentang e-book pertama yang saya beli. Kebiasaannya saya lebih suka membeli buku dikedai buku sahaja. Tapi tajuk e-book ini amat menarik perhatian saya dan didorong perasaan ingin tahu yang mendalam. Suri Rumah Juga Boleh Berbisnes merupakan e-book pertama yang saya baca dan sangat teruja.

E-book ini berkisar pengalaman seorang wanita yang dahulunya bekerjaya dan kini sudah bergelar WAHM. Tahniah kak Zaila Mohamad !!! Buku ini ditulisa berdasarkan pengalaman beliau sejak dari permulaan lagi, bagaimana beliau melepaskan jawatan. Setiap pengalaman, diselitkan dengan motivasi dan senario semasa. Gaya bahasa yang santai dan mudah untuk dihadam.

Alhamdulillah!! Saya amat puas membacanya. Sedikit demi sedikit pencerahan diberikan. Secara umumnya, ramai wanita mengalami dilema samada ingin terus bekerja atau melepaskan kerjaya demi keluarga. Pilihan ini sememangnya bukan mudah. Terutama bagi orang yang degil seperti saya. Hikss!! 

Honestly, dari dahulu hingga sekarang, saya sangat kagum dan dalam masa yang sama tertanya-tanya bagaimana mereka ini (WAHM) boleh mengambil keputusan sebegitu. Semakin lama perasaan ingin tahu itu semakin mendalam. 




Selain itu, pembaca juga sangat bertuah, bukan sahaja pengalaman yang dikongsikan, malahan tips dalam memulakan perniagaan secara online. 

Kak Zaila Mohamad juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pelbagai kelas secara online atau pun offline yang ditawarkan bagi mereka yang mahu bermula dari bawah. Alhamdulillah!! Saya juga kini telah bergelar salah seorang pelajar beliau dan masih lagi dalam proses pembelajaran.

Kalau diikutkan, memang saya mula ber-blogging sejak tahun 2008 lagi. Ketika itu masih bujang dan blog ini dibuat secara suka-suka dan syok sendiri sahaja. Niat saya mula terdetik sejak tahun lepas lagi, mahu menjadikan blog saya ini lebih informatif dan Inshaallah akan berkongsi serba sedikit ilmu yan saya ada. 

Berbalik kepada e-book tadi, saya berpendapat setiap wanita patut memilikinya bagi menambahkan pengetahuan dan jadikan pengalaman Kak Zaila Mohamad sebagai contoh atau penggerak kepada 'our first baby step'. Inshaallah!!!

Harga e-book ini hanya RM25 sahaja.

Untuk pembelian dan tempahan boleh hubungi saya ye :
Whatsapp : +6010 4012310
Email : iydajuhar@gmail.com
FB : iyda juhar 


Apalah sangat harga RM25 itu jika dibandingkan dengan ilmu yang kita dapat. Harga hanya sekadar harga.

Terima kasih kepada suami yang sudi tolong print kan e-book ini untuk saya, siap binding dan ade cover lagi. Katanya lagi senang untuk saya baca dan simpan. Thank you sayang!!!


Thank you for reading this entry !!


Monday, 30 March 2015

Selamat Hari Polis ke 208

Assalamualaikum.

Alhamdulillah!! Seperti tahun yang sudah-sudah, selepas bergelar isteri kepada abam polisi nih, saya dengan jayanya dapat menghadirkan diri ke majlis sambutan Hari Polis. Dan tahun ini adalah tahun ke-empat.

Saya pernah berjanji pada diri saya sendiri, selagi sihat dan diizinkan Allah swt, saya akan menghadirkan diri ke majlis sambutan Hari Polis setiap tahun bagi menyokong penat-lelah suami dan berkongsi pahit manis,juga suka duka dalam keluarga Polis ini.

Tidak mudah menjadi isteri kepada seorang abang polis. Tapi manisnya tetap ada, disebalik setiap kesabaran.

Majlis bermula seawal 9 pagi, dan kami semua harus berkumpul disana seawal 7.15pagi. Mencabar sungguh persiapan pagi pada tahun ini. Nak kena kejutkan Khadijah bangun awal pagi, mandikan dia dan suruh dia pakai dress (which is Dija memang tak suka dress). Fuh!!! Tapi, nasib baik this time TukMa and TukBah ada kat rumah. Seawal pagi lagi TukBah memujuk si Dija. Alhamdulillah berjaya tanpa nangis-nangis. Tenkiu TukBah.

Majlis bermula macam biasa, dengan perbarisan dan kawad. Kemudian penyerahan sijil penghargaan kepada mereka yang berkenaan. Disusuli dengan ucapan ringkas dari Ketua Polis Daerah.

Saya tak dapat nak snap banyak gambar, sebab Dija merengek nak duduk atas riba je. Tak mahu duduk atas kerusi. Selang beberapa minit, Dija boleh terlelap. Jadinya memang kena pangku je la kan. Cumanya, ketika nama saya dipanggil untuk mengambil sijil penghargaan, saya letakkan Dija berbaring diatas kerusi sambil dibantu oleh kawan saya. Nasib baik.

Selesai sahaja majlis tersebut, kami semua yang hadir dijemput untuk makan-makan. Time ni, Dija bangun la pula. Pandaiiii ye Dija kalu bab makan ye. Hahhah. 
 


Alhamdulillah!! Tahun ini ayah Khadijah mendapat penghargaan daripada IPK Pahang atas tugsnya yang cemerlang pada tahun lepas. Tahniah ayah!!! Semoga terus sukses dimasa hadapan.




Eheem!! Alhamdulillah, ibu Khadijah juga mendapat penghargaan atas penglibatannya dalam PERKEP pada tahun lepas daripada IPD Bera. Terima kasih !!




Ini gambar trademark kami setiap tahun. Port yang sama, orang yang sama. Cumanya perut je yang buncit. Inshaaallah!! Tahun depan kita berempat pula ye dan mungkin di tempat yang berbeza.


Thank you for reading this entry!!


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015