Showing posts with label Life as Takaful Agent. Show all posts
Showing posts with label Life as Takaful Agent. Show all posts

Wednesday, 27 May 2015

Small Token For Clients PruBSN Takaful

Assalamualaikum.

Tahun ini berlaku sedikit penangguhan dalam proses pengedaran 'tokens' kepada semua pelanggan insurans saya. Mohon maaf berbanyak kali ye. Sejak saya disahkan mengandung, pergerakan agak terbatas ditambah pula mengalami alahan yang teruk. 

Jadi, saya telah mengambil keputusan untuk membuat pengeposan kepada semua pelanggan saya. Alhamdulillah!! Saya mendapat respon dan kerjasama yang baik. Bermula daru semalam lagi saya, mengumpulkan semua alamat pelanggan dan membuat pembungkusan. Terasa macam orang buat bisnes online pula. Hikss!!! 







Pada mulanya, saya ada sedikit risau pelanggan akan tidak berpuas hati tapi sangkaan saya itu meleset. Saya sangat bersyukur dikurniakan pelanggan yang baik-baik belaka. Alhamdulillah!! Buat masa sekarang, saya banyak berhubung melalui media sosial, whatsapp dan panggilan telefon. 

Red Diary, Planner dan Calender adalah merupakan hadiah rutin setiap tahun yang saya berikan kepada semua pelanggan yang aktif. Ianya merupakan hadiah kecil daripada saya untuk semua pelanggan atas sokongan dan kepercayaan mereka selama perjuangan ini. Terima Kasih.

Ramai yang tidak tahu dan ada rakan yang bertanya, kenapa dia tidak mendapat semua ini daripada ejen mereka? Sedangkan mereka juga adalah pencarum PruBSN Takaful seperti pelanggan. Sebenarnya, pemberian hadiah ini bukan lah acara wajib, ianya terpulang kepada ejen tersebut. Ini kerana, semua hadiah ini, ejen tidak mendapatnya secara percuma, tapi harus memperuntukkan sejumlah wang bagi menempah dan membelinya. Alhamdulillah!! Bagi saya pula ini merupakan acara wajib setiap tahun yang saya berikan kepada semua pelanggan yang aktif sebagai tanda ingatan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan info tentang Takaful atau kerjaya bersama Takaful, boleh lawati laman rasmi saya PruBSN Takaful Untuk Kita.

Bertindak sebelum terlambat.

Terima Kasih sekali lagi !!

Best ke best??? Ada yang berkenan nak Red Diary?? Meh kita sembang kopi
Email : nurfahida.prubsntakaful@gmail.com
Facebook : Iyda Juhar
Telefon/ Whatsapp : +6010 401 2310






Wednesday, 13 May 2015

Ejen Takaful Prudential/ PruBSN Takaful

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini, ada segelintir kenalan dan rakan agak keliru dengan status kerja saya. Hahah!! Alhamdulillah!! Saya masih lagi Ejen Takaful bersama dengan Prudential. Cumanya tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya dek kerana faktor kesihatan.

Apabila disahkan mengandung anak kedua, pelbagai cabaran saya hadapi berkenaan dengan alahan. Bermula dengan 'bleeding' kemudian gatal-gatal dan itu belum lagi termasuk mual dan pening. Allahuakbar. Betul la kataorang tua-tua, mengandungkan anak pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, semuanya berbeza.

Oleh itu, saya telah menghadkan aktiviti saya untuk 'travel' dalam jarak yang jauh. Jadinya, saya banyakkan berehat dirumah. Banyak membuat kerja dari rumah. Berinteraksi dengan 'clients' dari rumah sahaja melalui email, watsapp, facebook dan segala media sosial yang memudahkan.

Ini adalah salah satu 'Beauty of  This Business'. Kita bukan bekerja makan gaji tapi ini adalah bisnes kita sendiri. Selagi bergelar ejen, kita lah bos dan kita lah pekerjanya. Lain pula apabila, kita mahu dinaikkan pangkat menjadi Unit Manager.

Alhamdulillah!! Kerja dengan masa yang fleksibel dan boleh diaturkan sendiri. Tak perlu pening kepala untuk minta cuti bila tak sihat atau ada sebarang kecemasan. Ini lah yang saya cari. Dalam masa yang sama, gaji saya masuk seperti biasa.

Semalam, setelah sekian lama tak bertandang ke pejabat, saya ke sana atas urusan kerja. Dija pun ikut sama sebab tak mahu tinggal dengan pengasuh. Sebenarnya, bermula tahun ini, saya mengambil keputusan menjaga Dija sendiri di rumah.




Kami ke Prudential/PruBSN Cawangan Mentakab untuk mengambil borang proposal yang baru sambil menyelesaikan beberapa tugas penting.

Kemudian, kami terus ke Old Town White Coffe, Temerloh untuk berjumpa dengan Unit Manager saya, Puan Kaiulani Bujang yang datang dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah!! Saya sangat teruja dan gembira. Ye lah, saya kan 'outstation agent' jadi nya bila UM datang tu semangatnya lebih la. Hahhaha!! Terima kasih Kay sudi datang ke sini. Kami memulakan dengan 'coaching session' macam biasa dan seterusnya bergilir-gilir untuk kemaskini aktiviti semasa juga memberikan laporan semasa.





Alhamdulillah!! Semuanya berjalan lancar. Terima kasih Kay !!

Senang menjadi Ejen Takaful bersama Prudential ni, banyak cawangan yang ada disetiap negeri untuk memudahkan kita bekerja.

Contohnya, macam saya yang berdaftar di bawah SAR Group Million Dollar Agency dan lokasinya di Petaling Jaya. Tapi saya menetap di Pahang, maka untuk sebarang urusan rasmi, saya boleh keman-mana sahaja cawangan yang terdekat di Pahang. Biasanya, saya akan ke Prudential/PruBSN Cawangan Mentakab untuk menyelesaikan sebarang urusan.

Dan kerjaya ini juga boleh menyertainya sebagai 'Full-timer' atau pun 'Part-timer', terpulang pada diri dan keadaan masing-masing.

Best kan?? Mahu tahu lebih lanjut boleh hubungi saya ye :

Email : nurfahida.prubsntakaful@gmail.com
Facebook : Iyda Juhar
Telefon/ Whatsapp : +6010 401 2310






Thursday, 30 April 2015

PruBSN Takaful Untuk Kita

Assalamualaikum.

Alhamdulillah!! Tahun ini adalah tahun ke-empat saya menjadi Ejen Takaful dibawah Prudential Assurance (M) Berhad. Dari awal lagi, saya mempunyai cita-cita untuk meluaskan perkogsian ilmu takaful  ini melalui alam maya. Ini kerana, memandangkan zaman sekarang, semua info boleh didapati melalui hujung jari sahaja.

Ini juga merupakan salah satu 'beauty of business' dalam industri Takaful. Pejabat boleh berada dimana-mana sahaja. Kita diberi pilihan untuk membina kerjaya ini sebagai 'Part Timer' atau pun 'Full Timer'. Bagi yang sudah mempunyai pekerjaan tetap dan mahu mencari pendapatan sampingan boleh bermula sebagai 'Part Timer' dahulu. Berbeza dengan saya, setelah berkahwin dan mengikut suami berpindah dek kerana tugas, saya terus bermula dengan 'Full Timer'. Begitulah, sedikit kisah bagaimana saya bermula sebagai ejen.


 




Beikut merupakan Fanpage dan Blog yang dikhaskan untuk saya membuat perkongsian tentang kebaikan insuran kepada kita semua. Ianya masih lagi diperingkat permulaan, Inshaallah saya akan mengemaskini dari masa ke semasa dengan info yang terkini.

Saya juga berharap 'clients' saya boleh mendapatkan info terkini dan melihat aktiviti semasa.

Semoga memberi manfaat untuk semua!




Monday, 13 April 2015

MAP Day | April 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah!! Kali ni dapat menghadirkan diri ke MAP Day April 2015 yang bertemakan LOVE. Kali ni kumpulan Bentley bertindak sebagai pihak pengurusan.


Setelah membuat pendaftaran, setiap ejen yang hadir dihadiahkan sebiji coklat. Wah!!! Cantik. C menandakan tempat yang saya duduki. Kali ni, mereka takkan membiarkan kami duduk berdekatan dengan geng. So, take a chance untuk berkenalan dengan geng yang lain juga.



 
Suasana yang bertemakan LOVE. Kemudian, majlis diteruskan dengan penerangan setiap aktiviti yang telah dijalankan, penghargaan kepada setiap ejen yang telah mencapai kejayaan dan menduduki tangga teratas. Disertakan juga dengan info yang terkini juga cabaran semasa yang disediakan oleh pihak Prudential. Semuanya diterangkan oleh Unit Manager kami secara bergilir-gilir.




Guest speaker untuk bulan ini, agensi kami telah menjemput salah seorang Agency Manager dari Sar Group sendiri iaitu Puan Naiza Adnan. Perkongsian yang bertajuk "Stay Long in Business". Pengalaman ibu kepada 3 orang ini adalah selama 13 tahun bergerak dalam industri insuran ini.

Bukan calang-calang orang, beliau merupakan graduan dari Imperial College. Memilih industri insuran sebagai bidang kerjaya kerana percaya dengan "retire rich". Mempunyai matlamat yang jelas dalam setiap apa yang diputuskan. Katanya lagi "keep on doing what you have decided". Ini amat terkesan kepada saya. Tiada kerja yang mudah, halangan tetap ada. Tidak perlu menukar arah apabila halangan mendatang, cumanya mencari jalan bagi menyelesaikan setiap cabaran.



Seterusnya seperti biasa, sebelum majlis berakhir, uacapan dan kata-kata semangat juga nasihat dari Senior Agency Manager (SAM) kami iaitu Puan Salmah Razak. Kami memanggilnya dengan gelaran Aunty Sal. Masih lagi hebat dan bersemangat.





Sebelum pulang, kami sempat menghadirkan diri untuk mini-meeting atau pun unit-meeting. Alhamdulillah!! Unit kecil ini bermula pada tahun ini dan dikenali sebagai NU2 dibawah Sar Group. Tahniah buat Unit Manager baru kami, Kaiulani Bujang.

Alhamdulillah!! Majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.


Thank you for reading this entry!



Monday, 4 February 2013

Oh!! Januari.

Oh! Oh!! Januari dah habis.

ye betapa busy nye saye kan. hingga bulan Januari habis berlalu dan saye tak update ape pon untuk bulan tersebut.heee..

Januari sangat best dan ohsem!! masa berlalu habis cepat macam tu saja. tapi penuh dengan isi yang padat dan menarik untuk saye.

bermula dengan Prudential Wealth Planner Conference 2013 yang berlangsung di Genting Highland selama dua hari dan satu malam. sungguh best. dapat kutip banyak ilmu, mingle with everyone and keep close. recharge energy for new year punye target. wehuuu!!!


 me and my Kay

lepas je balik dari conference tu, bekerja macam biase kejap. ade plak Agent's Planning Workshop 2013. waaaaa!!!! yang ni best. coz I dapat dua kali naik pentas due to my achievement.

Alhamdulillah!! I am Qualifier for Bangkok Challenge!!


Oh Yeah!! I am the Champion Rookie Agent for Dec 2012!! 
Wootttttt!!! Wooooottt!!!


Pastu Im heading back to kampung. balik kampung la pulak. rindu. dah lame tak balik. me and Dija have our first fly. heee. sib baik Dija ok. tak nangis pon. Good girl anak ibu nih. even balik kampung kejap, sempat jumpe kawan lama, Sharifah and Azwanie. waaaa..hepi sangat lame dah tak jumpe dorang. petang tu lepak ngan Sharifah..wah edisi hati-ke-hati giteww. thanks Sharifah sebab tolong jemput kami. Sharifah ni pandai sangat jahit manik. lawa. sile la tempah ngan dia nye huhuuu. 

besok paginye dating la plak ngan Azwanie. sebenarnye nak dating ngan Aniq je tapi tu dorang ni pakej kena ade mama dia sekali, so Azwanie ikot la...hahhaha..jangan mare ye Azwanie.. dia ni kawan baik yang sangat sporting dan banyak gelak kalu dok ngan dia..love u wanie

tengok Aniq dah besar, tapi mama dia saiz macam tu jugak..heeee


then, lepas tu having a family trip plak. we went to Sabah. bole bha kala kao. ahhahahah. 10 orang pergi sane include my baby Dija. best and best. ni first trip untuk Dija. siap pegi Pulau Manukan lagi tu. siap mandi laut lagi tu. superb la anak ibu.


owh yes!! Im Supermom!!

dan sebagai penutup Januari, kami pulang ke pangkuan ayah. we miss u, ayah. tq sebab izinkan kami pegi jalan-jalan. ohok-ohokk. soo, Inshaallah, ibu bawak ayah gi Bangkok ye.



Sunday, 9 December 2012

sebab minat travel kan..

hermm kali ni nak kisahkan pasal travel. ye, saye memang suke sangat jalan-jalan. tak kira la atas urusan rasmi ke, kije ke, holiday ke..ai tak kisah, janji jalan-jalan.

sebelum saye kije bahagian accounts department, tu saye punye background la. tapi last job yang saye resign sebagai 'customer support specialist'. wah giteww. im so in love with this job and the salary. muahh!! mabeles!! cume ai tak suke management yang tak betol dan amat terok. well, mane nak ade tempat kije yang sempurna kan. tapi tu la dulu tak pikir cenggitu. lagi pon ai resign atas sebab mendengar kata suami yang mintak i move out dari KL and stay ngan dia kat tempat skang ni.

al-kisahnye. sebelum ni kalu dengar je orang lain yang duty nye g situ sini, mesti saye jeles. atau pon kije yang selalu meeting dan meet up people. owh, saye mahu. time tu kan, dalam hati ni, best nye kije macam dia, selalu kena travel. pastu meet up new people. best.

maka, dengan kuasa Allah, hajat saye diperkenankan. dalam tidak disedari oleh saye sendiri. saye pon dah jadi Agent Prudential. so, kije ni memang kena jumpe orang, kalu tak jumpe memang tak jadi la kan. bermulalah career saye dengan berjumpe orang sane dan sini. seronok. paling best dapat sharing, educate dan tolong client(s).

dan, oleh kerana agency saye nih kt KL sane nun, memang banyak la saye travel. Pahang-KL-Pahang. memula hubby anta, tapi kesian dia. pastu naik bas, susah plak tak de keta. akhirnya, saye drive sorang diri sampai la Dija ade dalam perot. dah sarat tu baru stop. takot kang beranak kat highway. huuuuhuuu.. penat saye travel.

tau nape jadi cenggini, sebab doa saye tu tak detail. jadi saye kena re-new doa saye. bukan travel macam ni. saye nak travel free ke luar negara atas urusan kerja. atau travel free atas achievement saye. ye, gitu.

moral of the story, be careful what u wish for. even it doesnt came out from ur mouth, God listen to ur heart.



Friday, 28 October 2011

Prudential and me ;D

salam.
alhamdulillah.
sekarang saya sudah bekerja. flexy hour. work from home. and the best thing is I can share and help people. Insyaallah. itu la matlamat saye. cabarannye, how to create awareness to protect their future.

actually, saye tak pernah terfikir pon untuk join group ni. asalnya, saye hanya mahu mengambil plan untuk diri saye sendiri memandang umur kian meningkat dan saye pula sudah menjadi suri. tapi, sepintas lalu saye terasa ingin mencuba. dan bile sampai di ofis dan meet up dengan mereka yang berada di SAR Group. saye rase hepi dan bersemangat. niat saye, mahu menolong suami. dan juga to expand my knowledge and skills. tanpa fikir panjang, saye terus membayar yuran for 3 paper of exams. heheh. balik rumah baru inform hubby. alhamdulillah even hubby terkejut namun dia tetap menyokong saye. tenkiu sayang, love u much. hehe.

hubby ade bertanya, macam mana bole terfikir nak join group ni. saye pon tak dpt jawapan. mungkin ini ilham yang Allah swt berikan. kerana, sebelum ini, saban hari saye asyik berdoa mohon ditunjukkan jalan untuk mencari rezeki yang halal tanpa mengabaikan rumahtangga. hikss. ye la hubby kite kije 24 seven. tak macam hubby orang lain.

insyaallah.
saye berdoa harap jalan kali ni diredhai dan dirahmati Allah swt. semoga sentiasa dikuatkan semangat saye. aminn.

so, pada hari itu. pertama kali ke SAR Group saye bertuah sebab dapat duit raya. then dapat jumpe CEO Prudential. semua cakap saye bertuah. alhamdulillah. aminn.

my first picture with new friends ;D

so, kalu lepas ni sesape nak tanye pasal future protection. plz do ask me ya ;) insyaallah will help u up.


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015