Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts
Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts

Saturday, 23 August 2014

Happy 2nd Birthday Dija !!!

Alhamdulillah!!!

22 Ogos 2014, anak perempuan pertama kami sudah genap 2 tahun. Syukur kepada Allah swt. Siti Khadijah membesar dengan sihat dan sempurna. Subhanallah!

Terima kasih Ya Allah swt atas kurniaan-Mu ini.

Sayang, ibu doakan Dija menjadi anak yang solehah, baik budi pekerti, bijakpandai dan sentiasa taat kepada Allah swt dan ibuayah. Terima kasih sebab jadi bestfriend ibu selama ni dan kadang-kadang menjadi 'cermin' serta 'guru'. Indah sekali anugerah yang Allah swt berikan ini.

Amiin.




Friday, 16 August 2013

Khadijah is turning One #Part 1

"ibu tak de la stress mane pon tapi ibu amatlah nervous, ini semua sebab ibu over-excited"

itulah kata-kata yang bermain dalam kepala skang ni. besday dija ade 6 hari lagi. tapi sambutannya akan diadakan pada 2 hari berikutnya. maka, total hari yang tinggal hanya 8 hari saja lagi.

sebelum ni, tak de pon rase nebes. tapi hari ni dah start nebes dah. sampaikan makan nasi pon tak lalu. malam ni makan nasi impit ngan satay je. aduhaiii la anak ibu sayang.

ibu mohon pada Allah agar diberikan kekuatan untuk membuat segala persiapan seperti yang dirancang. hari ni rase agak down sket sbb ade 2 org yang iyda hubungi untuk tempah stiker goodies ditolak. katenye last minute. aduhaiii. so kena buat sendiri la nampaknya. tapi kepakaran kurang, yang ade pon dah lama tak diasah. Ya Allah, datang la balik wahai semangatku.

alhamdulillah, hari ni dah siap tempah kek, siap dapat diskaun lagi. dah siap juga tempah menu untuk hari tersebut. alhamdulillah, masih lagi within budget. dan tema party pon dah dapat, nak buat peberet kartun Dija... banananan-na-na-na-naaaaaaa.... heheheh Minions.. Yeahhh!!!

so, start besok nak mencari bahan untuk buat candy booth, photo booth and deco for cake's table. semoga dipermudahkan. terasa masa itu singkat. Inshaallah dengan izin Allah.

ibu sayang dija. mmmmmmuah !!!

noteuntukdija : adik, dah pandai cium ibu dah skang ni.


Tuesday, 30 October 2012

happy birthday ibu!!


Alhamdulillah!! sambutan hari lahir tahun ini sangat berbeza dan sangatlah suuwwiiiittttttt. ini semua sebab Dija ade.. untuk dija ayy!! untuk dija ayy!!

Last saturday we went to mall pastu masuk la Kenny Rogers nak makan. sedang sebok-sebok nak pilih menu tetibe hubby datang ngan bawak sekotak kek. mase tu dah macam berdebar la sket. bile buka kotak tu tertulis la "Happy Birthday IBU!!" for the first time. hehehheeh..im so happy. Tenkiu sayang.

Sebelum mencecah ke angka 3 series ni, saye ade memasang cita-cita. Ade 3 cita-cita saye apabila menyabut ulang tahun ke 3 series nih, pertama : mahu mempunyai seorang suami yang bertanggungjawab, kedua : mahu mempunyai cahayamata dan ketiga : mahu memegang segulung ijazah. nampaknya hanya 2 saje cita-cita saye tercapai, ini kerana ijazah masih lagi on da way belom habis lagi. walaubagaimanapun, Alhamdulillah!! Syukur kepada Tuhan!!

oleh kerana itu, saye kasi UP sket untuk ijazah yang belum selesai nih. saye target untuk dapat DL untuk every semester. paling rendah pun pointer 3 sahaja.. hadoiiihhh. bole bole!!

Terima Kasih Allah diatas segala kurniaan ini!!


Tuesday, 3 January 2012

Selamat Hari Lahir Mama !!

taken on my nikah day

today is 3rd January 2012
today is mama's birthday
so, I have sent her a wish through sms
then, I was thinking to make her a smile even I was far here
so, I decided to call my abah to ask his help
I made a plan
transfer some of money, ask abah to buy a birthday's cake 
wrote there "Happy Birthday Mama"
make it as suprised

so, here the cake ;)

selamat hari lahir mama !! 
alon sayang mama..muahhhh




notatangan : actually kek ni mama pilih sendiri, sebab abah tak pandai nak beli jadi abah bawak mama pegi kedai kek tu. so, suprised kat kedai kek je la. anyway, thanks to abah. hee



Tuesday, 5 July 2011

hepi besday angah 25th !!


ucapan dari alon :
selamat hari Angah yang ke-25!!
semuga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki dunia akhirat.
alon doakan supaya Angah lekas bertemu jodoh yang direstui Allah swt dan mendapat keberkatan dari setiap apa yang didoakan. sentiasa menjadi anak dan adik yang soleh dan penyabar.




nota : tahun ni celebrate kat umah je la kot kan. alon kurang bujet.
credit gambar to 4by6 Pictures


Monday, 2 May 2011

selamat ulang tahun ABAH !!!

1 Mei 2011 semua orang cuti sebab sambut hari lahir abah saya ;p
Hikssss.

abah hepi sebab bole pegang pedang..he he

abah on my big day ;)

selamat hari tua abah !!
ha ha hahahah.. hehhehe
semoga dipanjangkan usia abah
dan disehatkan tubuh badan juga minda untuk terus beribadat kepada Allah s.w.t
semoga abah sentiasa dimurahkan rezeki dunia akhirat
aminn



notatangan : untuk tahun ini saya agak terkilan tidak dapat sambut hari lahir abah bersama famili even mama dan abah datang ke KL namun saya berada di Pahang :(


Tuesday, 19 April 2011

happy birthday love


happy birthday to you
happy birthday to you
happy birthday to my hubby
happy birthday to you


ucapan :
selamat hari lahir buat suamiku.
Ya Allah Ya Tuhan ku ampunilah dosa suami ku
teguhkanlah Iman suami ku dan kuatkanlah semangatnya
murahkanlah rezekinya dengan rezeki yang halal
tunjukkkan suamiku jalan yang Engkau redhai
berkatilah hidupnya dengan rahmat-Mu
permudahkankanlah setiap percaturan yang dihadapinya
lembutkanlah lidahnya dalam mengaji al-Quran
ringankan tangannya untuk berbakti kepada Mu
susunkan langkahnya menghadapi setiap halangan dari Mu
jauhkanlah setiap dari godaan syaitan-durjana
perlancarkan setiap perjalanan bagi menempuh dugaan
Ya Allah Yang Maha Esa
Sesungguhnya Maha Mengetahui segalanya
kurniakanlah kebahagiaan rumahtangga kami ini hingga ke syurga
aminn
;)

selamat ulang tahun sayang. love u more and more.. muah muahhhh


Monday, 3 January 2011

selamat ulang tahun MAMA !!!

selamat hari lahir mama !!

alhamdulillah. syukur ke-hadrat Illahi. hari ni mama saya telah menyambut hari lahirnye. jauh dimata, dekat dihati. agak ralat sebab tak dapat sambut bersama. saye dan angah kerja di kolupo. adik bongsu belajar di penang. so, mama dok kat kampung ngan boypren a.k.a abah kami je la. hurmmm

doa dari alon untuk mama :
Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnye Engkau Maha Pengasih Maha Penyayang Lagi Pemurah. Ya Allah, ampunilah segala dosa mama-ku. Berkatilah setiap langkahnya. Kurniakan lah kesihatan yang baik, untuk terus beribadat kepada-Mu. Murahkanlah rezekinya dengan rezeki yang halal. Berikanlah kekuatan menghadapi dugaan yang Engkau berikan. Tenangkan lah hatinya setenang mata memandang Ka'abah.

alon sayang mama !!


Saturday, 16 October 2010

hepi besday Mokni !!


  

we are sharing the same month.
gap hanya seminggu.
supposed, saye pon same kuat macam dia.
she is my Iron Lady !!
i always wanna be like her.

selamat ulang tahun Mokni !!
semuga panjang umor dan murah rezeki dunia akhirat. 
Ya Allah Ya Tuhan ku, tiada Tuhan melainkan Allah. hamba-Mu ini bermohon pada-Mu, ampunilah dosa Mokni. teguhkanlah imannya,kuatkanlah semangatnya menghadapi dugaan dan cabaran dari-Mu Ya Allah. kurniakanlah dia kesihatan yang berpanjangan untuk terus beribadat kepada-Mu Ya Allah. kurniakanlah rezeki yang halal untuk dia terus memanfaatkan setiap rezekinya ke jalan Mu Ya Allah. tenangkanlah hatinya setenang hati seorang muslimah yang solehah. amin Ya Rabbal'alamin.

ailebiu Mokni
;)


Friday, 20 August 2010

hepi 20th to Manjo !!


ari ni 20 Ogos.
ari ni ari jadi adik saye ke-20.
adik yang saye panggil Manjo.
adik saye yang kecik tapi paling tinggi.
ketika zaman kecik dikenali sebagai AnnKRU ;p


ucapan :
selamat ulang tahun ke-20 Manjo!! 
semuga panjang umor dan dimurahkan rezeki yang halal dunia akhirat. semakin lama semakin matang. lembutkan suara dan lembutkan intonasi. alon doakan Manjo sentiasa maju dan jaya dalam hidop. dikurniakan kesihatan untuk terus beribadah. aminn !!
lebiu mah !!


Saturday, 17 July 2010

hepi 24th to Angah !! - 2




Monday, 12 July 2010

hepi 24th to Angah !!

besday gurlzzzzzzzzzz !!

malam celebrate besday 5th July 2010

ucapan dari alon :
selamat ulang tahun buat angah yang ke-24 !!
semuga panjang umor dan dimurahkan rezeki dunia akhirat. semuga menjadi anak, cucu, adik, kakak dan isteri yang solehah. semuga dimurahkan kesihatan untuk terus beribadat kepada Allah s.w.t. dan juge tidak lupe, kurang sket perangai pongoh dan rendahkan sedikit tone suara bile berbicara :)


Monday, 19 April 2010

selamat 25 !!


alhamdulillah.
syukur ke hadrat Illahi.
selamat ulang tahun ke dua puloh lima sudah.


Friday, 23 October 2009

seventeen plus ten

ketika ulang tahun ke-3

ermmm.
hari ni 23 Okctober, Jumaat.
hari ni ulang tahun iYdaJuhar.
genap suda tujuh belas tambah sepuloh tahun.

alhamdulillah.
syukur ke hadrat Illahi.
dengan limpah dan kurnia-Nya saye masih lagi bernafas dimuka bumi ini.
sudah terangan disini saye masih diberikan peluang untuk terus beribadat kepada-Nya.
terima kasih Ya Allah.. :)


Thursday, 22 October 2009

selamat ulang tahun : Mokni !!



erkkk.
sowi lambat post entri.
tapi awal-awal lagi dah wish dah.
selamat ulang tahun Mokni !!
bertarikh 16 Oktober.. Jumaat lepas. hehhehe.

Mokni adalah panggilan manja kami sekeluarga kat mak sedara ai yang sorang ni. adik kepada mama ai yang satu-satunya. heheh. dah macam ibu dan anak gitu hubungan kami nih. ermm.

kak lon doakan :
"semuga Mokni panjang umor.. murah rezeki.. sehat selalu.. hepi sokmo.. !!
Ya Allah Ya Tuhan berkati perjalanan hidop Mokni ku. ampuni lah segala dosanya. berkatilah dia ke jalan yang Kau redhai Ya Allah. jauhilah dia dari segala ancam bahaya. berikanlah kesihatan yang baik untuk dia terus beribadat pada-Mu Ya Allah. amin "

love ya Mokni !!


Monday, 28 September 2009

besday gift dari Manjo!! Advance tuhhhhhhh..


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!!
inilah hadiah yang aku dapat dari adik bongsu aku. katenya hadiah besday aku. tapi tahun bile ek?? katenye tahun ni. huihhhhhhhhh advance tol.

memule aku nengok macam pisang. dua kali nengok macam nangka celop coklat. tiga kali tengok tuh... aku agak-agak sendiri la kan... rupe eskrem laaaaaaa. kecik dan kiut je. aku suke kalernye. yang paling aku suke tang matanya. wah wahhhh.

sangat suke sama hadiah ni. harga tak heran. yang penting ikhlas dan tanda ingatan. pompuan ni suke sangat jike diberi hadiah. tak kire la mahal ke murah. janji ikhlas. hati mesti dah berbunge bak sekebun. nak nak plak kalu kebetulan hadiah tuh yang dia paling suke.

ape pon tenkiu Manjo !! i lap u so mah.. muah muahhh..




notatangan : wahai kaum lelaki,tak perlu pahami hati pompuan sebab sampai bile pon korang tak kan paham. HANYA sayangilah mereka seadanya. hargai. cukop. itu saja.


Saturday, 3 January 2009

besday bOnda tercinta !!

versi satu :
Allah selamatkan mama !!
Allah selamatkan mama !!
Allah selamatkan mama ku sayang !!
Allah selamatkan mama !!

versi dua :
hepi besday to u !!
hepi besday to u !!
hepi besday to mama sayang !!
hepi besday to u !!

versi tiga:
selamat hari jadi !!
selamat hari jadi !!
selamat hari jadi mama !!
selamat hari jadi !!

hari ini 3 Januari 2008, ulang tahun kelahiran bondaku tercinta.yer,seperti tahun sebelumnyer aku tak dapat raikan bersamanya.pastinya aku akan hantarkan sms juga mms dan lepas tuh call.nyanyi nyanyi kat tepon sampai mama aku bingit dengarkan nyer.heee.tahun lepas kami sambut tapi agak lambat la sket. tapi tetap meriah.maybe hujung bulan ni aku balik kampong dan baru boleh bagi hadiah sama mama.ari tu katenyer mau sandal.

aku doakan bondaku senantisa sehat saja.gembira.ceria.even kekadang agak garang (tapi adik beradik dah lali pon) ahakkkkssss.

i love u. i miss u mama. muahhhh !!


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015