Thursday 17 November 2011

Wanita Hari Ini

semenjak saye menjadi suri kepada suami tersayang, saye banyak la menghabiskan masa dirumah. name lagik surirumah kan. hahhahah. jadi ramai orang pikir, saye mesti bangun tengahari dan bukan pagi. dok umah goyang kaki. ade jugak yang pikir saye ni kaya, dah tak de income mane datangnye kaya tu ye. hurmm.

ok la. pengenalan diatas tu saje je nak meluahkan rasa. sebenarnye ari ni saye nak share pasal satu show yang saye berpeluang tonton setiap hari siarannye semenjak saye menjadi suri. dan saye sukakan rancangan ni sebab tajuknya, sebab pengacaranya dan isu yang dibawakan. best. tapi tak tau la nape dia bersiaran pukul 12tengahari. adakah fokus pada surirumah saje? tapi isu yang dipaparkan bukan untuk surirumah saje. isunya agak global dan mengikuti keadaan semasa and more to family matters.

dan tajuk hari ini ialah "Wanita Inspirasi". ingatkan dorang jempot la Tun Siti Hasmah ke. rupanya dorang jempot orang biase-biase tapi yang dianggap berjaya. Pertama, salah seorang perunding unit trust yang berjaya namanya Norhaili. Kedua, seorang professor yang banyak buat kajian untuk mengubati kanser. Ketiga, salah seorang inspektor wanita yang bertugas bahagian polis trafik dibahunya baru ade 2 paku.

Komen saye disini, ape perlunya inspektor tu? adakah sebab dia bole bawak moto besar? atau sebab dia pakai uniform? atau sebab dia menyertai pasukan yang banyak dipelopori oleh kaum lelaki. Maaf, disini tiada reaslistiknya disitu.

Saye lebih suka apabila perunding unit bercerita pengalamannya dan bagaimana dia bermula. ape yang motivasi yang diperlukan untuk bangkit. ability to bounce back. Kemudian, seorang professor yang bijak mengetuai bidang sains. Kajian yang brilliant dan hasil kajian yang boleh diguna-pakai. Dan yang paling sedih apabile mendengar cerita inspektor tersebut, mungkin dia bole bermegah dengan gambar motor besar tersebut. Dia sendiri mengakui bahawa, dalam bidang ini kebanyakannya wanita hanya banyak dibahagian pengurusan. Enforcement banyak dilakukan oleh lelaki. So, kalu begitu anda hanya sama bagai kerani atau PA diofis sahaja. Ape yang beza, anda hanya memakai uniform dan mungkin sekali membawa senjata berpeluru namun tidak pernah diguna-pakai. So, kesimpulan bagi pendapat saye tiada apa yang perlu dibanggakan atau istimewanya anda ini. Dan bagi saye, bukan termasuk dalam kategori Wanita Inspirasi. Cuma kelakar saja yang lebih.

Wanita Inspirasi saye bukanlah seorang yang berpengajian tinggi atau berjawatan tinggi. Beliau hanya seorang surirumah, isteri kepada suami yang kuat bekerja, ibu kepada 6 orang anak yang bijak dan 'menjadi', dan juga nenek kepada saya. Seorang yang amat lemah lembut tetapi penuh dengan ketegasan. Beliau tidak pernah meninggikan suara, namun setiap kata-kata dan nasihat beliau amat berkesan. Seorang yang amat penyabar dan bijak.


Saturday 12 November 2011

mood anasir hitam datang

mood malas dan geram.
bangun awal pagi dah kena bersihkan rumah sebab ade budak kencing merata. hadoiiii geram. dah semalam sebelum tido dah jadi otromen kemas tilam. grrrrrrr. sampai hati baby buat ibu macam ni ye.

kemas, dobi, masak segala. pastu penat. so, time bile nak buat homework. ari ni dah last day kena submit outline. hadoooiiii. malas malas. tak de mood. tadi lagi ngadapa lappy. tapi geram je manjang.


Sunday 6 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 2011 !!

salam.

this time excited giler balik kampung halaman ku. Ye la sempat raye puasa ari tu tak dapat balik kampong kan. and this plak, my hubby amek bahagian dalam qurban. Saye tak de la paksa cuma bagi cadangan terus kepada keputusan. hahhaha. alhamdulillah nasib baik hubby setuju terus tanpa bertanya ape-ape.

so, nati awal pagi nye plan akan ke masjid untuk solat raya, ziarah pusara mek, ayoh dan moklong. pastu akan pergi ke Kampung Durian Pahit untuk lihat "Ismail" diqurban kan. Kat situ kampung arwah mek dulu. Mek cakap dia dilahirkan kat situ, kalo tak silap la. bestnye.
harap semuanya berjalan lancar. Insyaallah ;)


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015