Tuesday, 26 May 2015

Kegagalan Adalah Proses Kejayaan

Assalamualaikum.


 Sumber carian : Google.com


Sejak kebelakangan ini, saya meluangkan masa dengan membaca samada melalui buku atau pun secara online. Kebanyakan saya terbaca tentang suatu kegagalan dalam hidup dan bagaimana mahu bangkit.

Kebiasaannya, pakar motivasi akan menasihatkan bahawa suatu kegagalan adalah jalan proses untuk berjaya atau pun sebelum menempuh kejayaan. Maksudnya disini, gagal bukanlah jalan penyudah. Kita harus bangkit dan mengubah corak perjalanan.

Setiap 'quote' yang saya baca membuatkan saya terfikir, bahawasanya saya ini belum lagi berjaya dan saya harus meneruskan usaha. 

Saya bermula dengan menerima kegagalan yang saya hadapi. Saya mencari kelemahan yang perlu diperbaiki. Kemudian, saya cuba mendapatkan ilmu bagi mengubah jalan. Alhamdulillah!! Saya masih dalam proses tersebut.

Salah satu kelemahan saya ialah 'procrastination'. Ianya bermaksud sengaja melengah-lengahkan kerja dengan mencipta alasan tersendiri. Allahuakbar. Moga dijauhkan segera tabiat negatif ini yang boleh mempengaruhi masa depan. 

Contoh disini, saya selalu melengah-lengahkan untuk update blog secara konsisten. Walhal, saya sedia maklum masih lagi dalam Cabaran 44 enteri. Tapi saya masih melengahkannya dengan alasan tiada idea untuk ditulis sebagai entri. Sedangkan tips penulisan sudah diberikan oleh cikgu online, saya ada membacanya tapi saya tidak mempraktikkannya. Maka, kesimpulannya sebanyak mana pun ilmu yang kita cari dan dapat, jika kita tidak mempraktikkannya dengan segera, ianya akan menjadi sia-sia sahaja.

Teringat satu kursus yang pernah saya hadiri pada hujung lepas, dibawah anjuran Prudential. Pakar Kewangan pada hari itu telah memberikan kami satu format untuk menguruskan kewangan peribadi kepada setiap seorang peserta. Katanya lagi, format ini tidak akan membuahkan apa-apa sekiranya anda semua tidak mempraktikkan apa yang dipelajari dalam masa 24jam. 

Fuh!! Maka, buangkan sifat terlalu fikir panjang dan 'JUST DO IT' !!!






No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015