Showing posts with label Beauty of Islam. Show all posts
Showing posts with label Beauty of Islam. Show all posts

Friday, 17 September 2010

hukum pertunangan

Hendaklah diketahui bahawa bertunang belum menjadikan satu pasangan itu sebagai isteri melainkan selepas melakukan aqad nikah. Walau bagaimana pun haram hukumnya menikahai dengan tunang orang kerana perbautan tersebut di cela oleh Rasul Allah saw.

Pertunangan sebenarnya sebagai satu janji yang mana wajiblah ditunaikan janji tersebut dan haram melanggar janji tersebut melainkan dengan uzur yg diharuskan oleh agama.

Jika pihak perempuan tidak mahu meneruskan pernikahan maka mereka hendaklah memberitahu kepada pihak lelaki tentang perkara tersebut yakni dengan maksud memutuskan pertunagan itu. Dan jika tidak diberitahu maka hukumnya adalah haram.

Pihak ketiga pula jika mereka tidak mengetahui perempuan tersebut sudah menjadi tunang orang maka tidaklah menanggung dosa. Tetapi jika mereka mengetahuinya maka mereka juga berdosa kerana dikira sengaja merampas tunang orang.

Tentang pernikahan tersebut jika cukup segala rukun dan syarat maka ianya adalah sah.

Pihak tuan sebaiknya jangan bertindak untuk membalas perbutan pihak perempuan itu. Angaplah ini semua sebagai ujian Allah swt terhadap hambanya. Berlapang dadalah menghadapi situasi ini dengan penuh hikmah.

Bukankah setiap musibah yang menimpa hambaNya yang beriman akan dibalas oleh Allah swt nanti dengan pahala yang berlipat ganda.

InsyaAllah jodoh pasti akan ditemui jika Allah swt berkehendak.

wallahua'lam

dikerat dari : sumber

notatangan : janji jangan tinggal janji.


Wednesday, 1 September 2010

Mencari Lailatul Qadar

Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah nampak macam biasa je..macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

Tetiba.....

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

" Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi



notatangan : so, rajin-rajin ke masjid dan same2 beribadah merebut peluang yang diberikan ;)


Monday, 14 September 2009

Pedoman

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada AL...LAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."



Saje post ni. Aku terbace kat fesbuk tadi ha. Ye la kekadang alpa juge. Kedunian ni terlalu banyak untuk dikejarkan.


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015