Tuesday 30 June 2009

lemak manis

mahu kongsi bersama teman-teman. ai tak tau la nape jiwa ai skang terlalu lah amat suke dengar sangat lagu nih. tak tahu lah bile first time dengar lagu ni. tapi latest dengar ari tuh kat Maskara, Dewangga Sakti yang nyanyi kan. terus ai dan adik terangkat. on da wei balik umah, dalam keta pon kami nyanyi-nyanyi lagi. hahha. best. tak tau pon sape penyanyi asal. balik umah,terus ai gugle. heheh.

memang best la lagu ni. nak post nak entri ni tak leh la plak. so u all klik je kat sini yer.

semuga terhibur yer. lagu tersebut disenandungkan oleh Roslan Masdun.




notatangan : mood nak nyanyi skang nih. hahah


Monday 29 June 2009

prison break dah habes dah


aku baru saje habes nonton prison break kat 8tv. yer,memang dari dulu lagi aku nonton prison break ni kat tv jer. either 8tv or astro. macam tuh jer. tak pernah nonton kat tv. tak pernah ada vcd. tambah plak tak reti nak donlod pon. jadi,aku memang sabar nonton kat tv jer.

tak sangka plak malam ni dah last episod. memang best giler ah. tapi yang paling aku sedih si Scofield nih mati plak. tapi dia sempat ada anak ngan Sara sebelum mati.

dan akhirnya mereka bebas. Scylla tuh diserahkan pada Kellerman. mereka bebas. semua bebas : Michael, Burrow, Sara, Sucre, Mahone dan Alex. semua selamat. LJ ngan Sofia juga diselamatkan. Pam juga selamat. awek dan anak Sucre pon selamat. dan yang paling padan muka, T-Bag masuk penjara balik. diorang sepakat campak mamat tu ke penjara seumur hidup. padan muka dia.

Scofield mati. tapi sempat ade anak ngan Sara. dia kan sakit. dia tak buat pembedahan tuh. tapi dia mati pon secara aman la. bukan sebab kena bunuh ke ape. Dia memang lah hensem. dan paling kiutnye pandai wat origami. sweet !!


notatangan : aku ngah pikir nih pas nih nak folo cite ape plak. haih.


Sunday 28 June 2009

time kasih dan ok

hari ni ade pasar malam kat kawasan pondok aku nih. wah. amat excited. kire ni kali kedua aku tawaf kat pasar malam nih semenjak tinggal sini. hidup seakan lengkap bile bole jenjalan kat pasar malam. hee.

so,sebelum maghrib tadi aku sudah ke sana. sudah menjadi kebiasaan aku,tak kire la pegi pasar malam kat memana pon,menu utama yang aku akan cari ialah yang asalnya dari tanah air ku. antaranya,nasi kerabu juga kopok lekor juga air soya/air tebu/air nyior.

ape pon hari ni tukar selera sket. aku beli nasi lemak daun pisang saiz kecik. (heeee..detail kan). choba menu baru. jadi aku pon pilih la nasi lemak yang dah siap dibungkus. dan setiap bungkusan tuh ade label. RK, A, S, T. sememang nya aku tak paham sms pakcik nih. aku pon tanye je untuk lauk kerang. dia pon bagi yang label RK. Rendang Kerang. aku pon amek dan bayar.

"Time kasih" kate pak cik tuh.
"Ok" aku jawab.

mase tuh aku tak ganjak lagi. ngah kemas baki dlm uncang. terdengar plak ade suare dok bebel.

"Ok ok. nape tak ckap welkam ke?" mulot pak cik bebel.

dengan penoh tanda tanye aku pon jeling kat pak cik tuh. (tapi bukan jelingan manja tawwww..). then pak cik tuh pon senyum kat aku sambil gelak-gelak.

"sama-sama la cika dik manis. baru la manis sunggoh" pak cik mengomen.

owhhh. hoohoho. paham la aku.

"a'aah ok. sama-sama" sambil senyum aku pon berlalu.

haihh. segan aku dibuatnya. dah la ramai customer mase tuh. naseb baek semuanya tak hensem. jadi aku tak de la ralat sangat. hahhahah.




notatangan : time kasih. ai time kasih u. auwwwwwwwww.


rindu tahap gaban wehh

sekitar tahun lepas

jalan jalan sama famili di key el


patutnye minggu nih aku balik kampong. dah wat perjanjian itu hari. tapi dek kerana masalah yang tak dapat dielakkan telah mendatang. jadi aku terpaksa kensel. arghhhhhhhhh!!!

sudah lama sangat aku tidak pulang ke tanahair nih. mau pulang. aku amat rindu sama istana aku. rindu sama Ayoh. rindu mau ziarah kubur Mek. rindu sama famili semua. rindu nasi kerabu depan kinik. rindu laksa. rindu goreng pisang. rindu kepok lekor. rindu air nyor tunjong. rindu nasi kat hervor. rindu nasi belauk. rindu solat jemaah ngan Ayoh. rindu bau kampong. rindu yang amat nih wehhhhhhhh.

nak balik. nak balik. huwarghhhhhhhhhh.

tadi mama aku call. eh bukan. dia sms je. dia soh aku call dia balik. haihh. katenya, Ayoh kurang sehat. erkk. lagi buat aku mau balik. mau jugak.

jadi, insyaALLAH next week aku mau balik. mau sangat. sangat.




notatangan : mengenang saat dulu dulu


Friday 26 June 2009

man in the mirror by mikail

pagi ni,depan tv, dengan mata yang separa terbuka. menunggu masa untuk pergi mandi. tetiba aku terdengar pembaca berita kat tv tuh cakap Maikel Jeksen telah meninggal dunia dah. terkejut la jugak. tapi setelah aku bernafas kembali,itulah lumrah hidup.

aku tak pernah beli pon album dia. tapi aku dengar lagu dia. ni semua sebab sepupu aku yang dulunya agak obses. habes dari nyanyian sehinggalah ke tarian,semua dihafalnya. haihh. mesti dia sedih skang idola dia dah pergi.

tapi boleh dikatakan,orang yang suke dengar lagu pasti kenal sape Maikel Jeksen kan?? yer lah membesar dengan lagu nya. lebey kurang macam tuh lah.

I'm Gonna Make A Change,
For Once In My Life
It's Gonna Feel Real Good,
Gonna Make A Difference
Gonna Make It Right . . .

As I, Turn Up The Collar On My
Favourite Winter Coat
This Wind Is Blowin' My Mind
I See The Kids In The Street,
With Not Enough To Eat
Who Am I, To Be Blind?
Pretending Not To See
Their Needs
A Summer's Disregard,
A Broken Bottle Top
And A One Man's Soul
They Follow Each Other On
The Wind Ya' Know
'Cause They Got Nowhere
To Go
That's Why I Want You To
Know

I'm Starting With The Man In
The Mirror
I'm Asking Him To Change
His Ways
And No Message Could Have
Been Any Clearer
If You Wanna Make The World
A Better Place
(If You Wanna Make The
World A Better Place)
Take A Look At Yourself, And
Then Make A Change
(Take A Look At Yourself, And
Then Make A Change)
(Na Na Na, Na Na Na, Na Na,
Na Nah)

I've Been A Victim Of A Selfish
Kind Of Love
It's Time That I Realize
That There Are Some With No
Home, Not A Nickel To Loan
Could It Be Really Me,
Pretending That They're Not
Alone?

A Willow Deeply Scarred,
Somebody's Broken Heart
And A Washed-Out Dream
(Washed-Out Dream)
They Follow The Pattern Of
The Wind, Ya' See
Cause They Got No Place
To Be
That's Why I'm Starting With
Me
(Starting With Me!)

I'm Starting With The Man In
The Mirror
(Ooh!)
I'm Asking Him To Change
His Ways
(Ooh!)
And No Message Could Have
Been Any Clearer
If You Wanna Make The World
A Better Place
(If You Wanna Make The
World A Better Place)
Take A Look At Yourself And
Then Make A Change
(Take A Look At Yourself And
Then Make A Change)


Takziah pada famili Mikail.

bagi aku plak. antara lagu yang aku paling suke "man in the mirror". hermm.



notatangan : yang datang pasti akan pergi


Wednesday 24 June 2009

musibah 30 mei 2009


herm. ini dah kire ok dah ni.

musibah yang terjadi pada aku. dalam bebanyak insiden yang aku dapat,aku rase yang nilah aku paling rase peritnya. sakitttttttttttttttttt. tak tipu. lebih sakit dari patah kaki weh. hanya Tuhan sahaja yang tahu.

seperti yang kite semua tahu,setiap yang berlaku pasti ade baik dan buruk. bak kate kawan ku, "setiap yang jadi ade pros and cons". jadi aku selalu ingat tuh. dan lagi setiap yang jadi pasti ade hikmah. insyaALLAH.

dan,aku telah lalui keduanya. baik juga buruk.

dalam aku tahan sakit. ramai yang kasi semangat. katenya,Tuhan sayang kita jadi Dia bagi kita dugaan. Tuhan sayang kita jadi Dia mau kita beringat2.

diam. dan aku fikir. ya betol.

minggu pertama aku alami perkara ni,aku sempat drive keta ke D'Curve dan park kat OKU. yer la tangan ai sakit per. betol la tuh. hee. best. dapat merase park situ. :)

peringatan kepada sahabat semua,berhati2. buat sesuatu perlu fokus. jangan asyik berangan macam ai. huh.


notatangan : hati-hati yer. eksiden boleh jadi kat mane saje.


Monday 22 June 2009

aku dan kinokuniya

shuhada dan awek cun

awek cun dan syafinaz

awek cun dan kak wada


ini semua gambar bersama rakan sekerja. mase ni aku kije kat kinokuniya. kije pertama aku selepas tamat diploma. hahhaha.



notatangan : mau tulis tapi hilang mood coz jiran bising giler.


Sunday 21 June 2009

selamat hari Ayoh !!

sekitar 2008

hensem kan??
ni gambor ayoh yang diambil sekitar hari raya puasa 2008.

hari ni hari ahad. tapi agak beza sket kan. coz manusia kat bumi ni yang buat undang2 sendiri untuk sambut hari bapa. katenye sebagai memperingati jasa seorang bapa.

sejak aku dok dalam perot mama aku lagi aku dah tinggal serumah ngan atok aku ni. kami semua panggil Ayoh. jadi lame dah kami sebumbung. aku pindah kat umah mama aku. so kami berpisah mase aku tadika. tapi mase darjah 2, aku balik kampong balik. mulanya nak tinggal jap je,coz mase tuh mama aku beranakkan adik bongsu aku. tapi atas permintaan atok aku nih,aku tinggal je kat kampong sampai la aku besar (even masih kecik till now..heeee). mase aku dapat masuk U pon aku kebetulan dapat cawangan kat kampong. aku dok asrama. tapi setiap hari aku akan call umah dan setiap minggu akan balik umah. hahhahaaa.

kenangan terindah. istana itu hanya kami bertiga yang huni nya. Ayoh si atok, Mek si nenek dan Aku si kechik. sungguh indah. sungguh aman. sungguh suci. bahagia semuanya. Ya Allah betapa aku rindukan itu semua. Hanya Tuhan saja yang ngerti.

masa merubah segalanya. O_o

Ayoh seorang yang tegas tapi bukan garang. semua hormat padanya bukan kerana takot tapi kerana segan. dan juga ketua keluarga. seorang yang degil,keras kepala tapi manja. amat diraja oleh isterinya juga anak-anak sehingga ke cucu cicit.

Ayoh seorang "ulat buku". kalu dilihat ditempatnya,mana saja,penuh dengan bahan bacaan. Ayoh sangat gemar membaca kisah para nabi. pernah Ayoh beli buku kisah para nabi yang penuh jilidnya. disuruh kami cucu cucu ini untuk baca semua buku secara bergilir. dan setiap kali aku pulang ke kampong pasti aku akan belikan buku untuk dia. setiap kali dia datang ke kolumpo juga,aku akan bawa dia ke kedai buku. kalu kesempatan kami akan ke jalan tar untuk cari buku yang tulisan jawi. Pustaka Bunus biasanya jadi tempat utama. tapi mase skang ni susah mau cari buku dalam tulisan jawi.

Tak lupe juga,Ayoh amat bijak bermain catur. setakat ini tiada siapa lagi dalam keluarga kami dapat kalahkan Ayoh. aku ingat lagi sepupu aku Joe dan Azim,mengajak Ayoh main catur. kononnya mahu menang,mereka gunakan catur yang disambungkan pada pc yang. Chess game. kononnya mereka lawan Ayoh,padahal Ayoh ngah lawan ngan pc tuh. hahhahahaa. tapi Ayoh tetap juara jugak.

aku dah lame tak pulang kampong. last aku jumpe Ayoh 3 Mei lepas,mase tuh Ayoh datang kolumpo. rindu sangat. rindu. amat rindu.

sekarang Ayoh hadapi masalah pendengaran. dah hampir 17 tahun. tak leh berubat dah. skang pakai alat bantuan pendengaran. tu pon kekadang dia tak dengar. nape???? ini semua sebab aku.

17 tahun lepas,mase tuh aku masih disekolah rendah. setiap malam aku akan pergi mengaji al-quran dirumah Tok Guru. jadi,aku numpang sepupu aku. tiap malam diorang akan datang amek ngan beskal. lepas maghrib. malam tuh hujan lebat sangat. kilat,guroh, ribut sane sini. aku bary siap tajam semua pensel warna. sharpener yang besar berbentuk umah tuh diletak kat meja kije Ayoh. jadi bile selesai,aku dengan bijaknya mahu tepon sepupu aku,mau cakap tak mo g ngaji. Mek kat toilet mase tuh,amek air sembahyang. Ayoh ade kat meja buat kije. talipon umah diletak ditengah2 antara kami. tanap sangsi sket pon,aku terus angkat ganggang tepon. sepantas kilat,seakan bola api meletup depan aku. ganggang tepon jatuh. bau hangit mula keluar. aku separuh tak sedar sebab terkejut. Mek segara tenangkan aku. mase tu Ayoh dah rase bingar yang amat dalam telinga nya. berdengung je katanyer. kemudian, bermula dari itu Ayoh hadapi masalah pendengaran hingga sekarang. kesian Ayoh.

tapi Mek kata,Ayoh dapat balasan Tuhan coz sebelum ni bile Mek bercakap dia selalu buat tak dengar je. hermm.

Selamat Hari Ayoh buat Ayoh !!!



notatangan : rindu sangat.


Friday 19 June 2009

aku dan kuala selangor

matahari terbit di kuala selangor
parit depan rumah
rumah kampong

mereka dan aku


hujung minggu lepas. memang short notice. tak plan pon. aku ke kuala selangor.


Monday 15 June 2009

Award??? am i ??

sweet award from sweetie marvic ;)

heeeeeeee. first of all, tenkiu tenkiu and tenkiu marvic. ni second award dapat semenjak bergelar blogger. mase first time dulu pon dapat dari kawanku marvic juga. kan marvic kan??
so, untuk eratkan lagi hubungan antara blogger, dapat award ni pon ade syaratnye juga. sile lihat dibawah yer..


The Rules & Regulations:

1. The winner can put the logo on his/her awesome blog

2. Link the person you received the award from

3. Nominate at least 7 others blogs

4. Put links on those blogs on yours

5. Leave a message on the blogs of those you've nominated


so,skang dengan senang hati, ai akan umumkan antara 7 mereka yang tercalon kerna aku suka sama blog kamu..


ermmm. tujuh saje. kalu buleh mau calon lagi. hahha.


notatangan : marvic aku mau nominate kamu juga. boleh ka?? *ngeh


Saturday 13 June 2009

3 Venus 31 Mei 2009

wehuu!! mase ni jari cantek lagi..uhukk


agak lambat sket update.

Hari Bintang Jatuh 2009 - 3 Venus pada 31 Mei 2009.

tiket dijual by hand katanya. aku tak risau. coz aku pernah beli buku Perempuan Simpanan dari WaniArdy,dlm nya dia dah bintangkan sebagai pas untuk masuk ke acara itu. cuma tak dapat hadiah cd la. kalu mau cd kena beli tiket. aku cadang mau pegi sorang diri. tapi bile fikir balik,kalu dapat bawa orang yang kite sayang ke tempat yang kite suke,lagi bagus. jadi,aku sempat bile tiket di Capsquare bile diorang bukak booth sempena 3r nye event. jadi aku beli 2 tiket. hahhaha.
so,jumlah skang 3 pas masuk. wehuuuu.

terus aku taip sms "dah beli tiket.nati ikot along 31hb ni" send to AdikManjo & AngahSayang.

pada hari tersebut,aku sepatutnya ke hospital sebab jariku masih berdarah lagi. tapi aku tahankan jugak. aku ke Annexe untuk 3Venus. aku degil??? yer,ai tahu. so,monday baru gi spital.

owh yer. tema diorang kena pakai pakain kaler putih. iskk. naseb aku ade satu baju puteh yang belom di pakai. so, im in ur white Zara. heeeee.

aku dan adik bongsu je yang masuk. adik tengah kat luar ngan kawan dia coz tak cukop tiket.

sket agak terkilan aku tak leh snap gambar coz jari tak berdaya. tapi ade gak la snap sket.

3Venus : FynnJamal, WaniArdy, AnnaRaffali


AdikManjo dan awekcun


Awekcun yang nyaris hilang jari tapi masih menten !!

so far,persembahan kali memang best dan juga lebih santai. sebab tempatnya terhad jadi tak de la crowded mcm tahun lepas.

FynnJamal : yang baru saje selamat jalani pembedahan. begitu semangat waja dalam persembahannya. air puisinya amatlah diminati oleh mereka2 yang sentiasa folo dia nya blog or persembahan. dia yang freestyle memang pandai pikat jiwa orang. take care fynn.

WaniArdy : aku pernah dengar dia senandung sebelum ini. bermula tahun lepas di Hari Bintang Jatuh 2008. tak sangka dia seorang pensyarah. begitu selamba.

AnnaRaffali : ini pertama kali jumpa dia dan dengar dia senandung. cun giler orangnya. cantik. suara pon sedap. aku suke semua lagu yang disenandungkan oleh dia. begitu bersahaja.


well!!! cOngrats 3Venus !!! hingga jumpa lagi.



notatangan : balik je umah,Adikmanjo sebok dok bukak u-tube nak tengok performance diorang yang lepas2. hahahah. kami dah kongsi minat sama. aku hepi. tenkiu sayang.


Sunday 7 June 2009

ai sayang adik adik ai !!!

penat!! satu hari jenjalan !!


yer,kami memang cute !!!



aku amat gumbira. setelah aku berpindah ke pondok baru. famili aku dah senang nak dtg umah. adik2 pon bole lepak sesuka hati. dan kali ni adalah paling lame diorang lepak sini. dah hampir 3 minggu. juga kebetulan itu hari,aku ditimpah musibah dan agak cedera parah sekejap. (dramatik kan...)

tak ramai. 3 orang je. 3 beradik. 3 awek cun. tapi kalu dok serumah. riuh bagai sedozen beradik. haihhh!!!



notatangan : air dicincang tak kan putus. sayangilah adik beradik anda. heeeeeeee.


Saturday 6 June 2009

tiada tajuk untuk gadis miskin

Episod Satu
seorang budak kecik. yang kecik lagi miskin. daif juga kenkadang lagi naif. berjalan-jalan berpusing-pusing disekeliling sebuah kedai. matanya terpaku pada satu objek. sikit pon tidak berkedip. terus memandang dan memandang. hatinya meronta lagi meraung. menjerit - menjerit.

"aku mau itu. mau sangat. aku ingin memilikinya. satu hari aku akan usahakan untuk memilikinya. InsyaALLAH".

suara hati itu datang dengan penuh harapan yang tinggi menggunung. terus mata dipejamkan satu hasrat dipasang. segera dia membuat talian hayat untuk bercakap dengan Tuhan Yang Maha Esa.

"Ya Allah Ya Tuhan ku. aku mau memilikinya. mau sangat. tolonglah permudahkan perjalanan ku ini Ya Allah. aku bermohon pada-Mu Ya Allah."

itu lah suara hati yang halus. sebagai hamba yang hina merendahkan diri meminta dari Tuhan Yang Esa. sesekali terdengar nafas halusnya mendengus. hati seakan merintih.

Episod Dua
Satu hari,budak kecik dibawa oleh seorang putera untuk keluar bersiar-siar. Hatinya gembira. Berjalan-jalan. Makan-makan. Tiba-tiba, putera itu membawanya melintasi kedai yang sama. Kedai yang selalu dilawati olehnya. Kedai yang dia suka singgah untuk menjamu mata. Kedai yang dia dapat tersimpan harapannya disitu.

Bila putera menghentikan langkah dikedai itu. Dia terasa pelik sekali. Dia tertanya. Kenapa?? Nak buat ape ?? Nape kat sini?? Ada ape?? Bertubi-tubi soalan bermain-main dalam kepala hotak nya. namun dia tetap diamkan diri. tak mahu bertanya.

setelah putera berbincang dan mempersetujui harga untuk sesuatu itu. SOLD!!! Camera Canon D1000 diangkat keluar. segera dibungkus sebaik mungkin. diletakkan pula dalam satu bag sandang yang besar. mulut putera berkata "Saye hadiahkan untuk awak."

budak kecik masih lagi tergamam, ternganga juga terkesima. Terdiam.

"Dunia mau kiamat kah?? Atau aku sudah dalam syurga???"

Episod Tiga
Sampai dirumah. Bungkusan tadi tidak langsung dibuka. Diletakkan diatas meja yang elok. Setiap malam,dia hanya






.......bersambung


Wednesday 3 June 2009

rindu sama jari saya


rindu dan rindu. sangat. dan amat rindu sama jari saya.

tapi jari tetap gatal mau naip juga kat blog ini. huwarghhhhhhhhhhh..


Tuesday 2 June 2009

menghitung hari

menghitung hari detik demi detik
menunggu itu kan menjemukan
tapi ku sabar menanti jawabmu jawab cintamu

jangan kau beri harapan padaku
seperti ingin tapi tak ingin
yg aku minta tulus hatimu bukan pura-pura
biar semua tahu adanya
dirimu memang punyaku

belum pernah aku jatuh cinta
sekeras ini seperti padamu
jangan sebut aku lelaki
bila tak bisa dapatkan engkau
jangan sebut aku lelaki
Disenandungkan oleh : Anda


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015