Tuesday 21 April 2015

#2nd Pregnancy : Say No To Medicine

Assalamualaikum.

Sebelum ni, saya ada ceritakan tentang gatal-gatal diawal kehamilan yang saya alami. Saya juga telah mendapatkan khidmat nasihat doktor daripada klinik swasta biasa. Setelah itu, saya ada memakan ubat yang diberikan dan menyapu krim. Tapi itu hanya 2 hari sahaja, kerana saya rasa kurang selesa. Sebelum itu doktor ada memaklumkan bahawa ubat dan krim tersebut mengandungi streroid yang rendah dan tidak membahayakan. Namun, saya tetap tidak selesa.

Alhamdulillah! Tuhan telah berikan petunjuk, tiba-tiba saya teringatkan satu krim dari Nivea. Kebiasaannya, mereka yang pergi menunaikan haji dan umrah akan memakai krim ini, untuk mengelakkan kekeringan kulit dan gatal-gatal. Maka, saya terus ke Watson berdekatan untuk membeli krim Nivea seperti di dalam gambar dan 'facial spray' dari Evian. 'Facial Spray' ni bertujuan untuk melembabkan kulit dan berasal dari air mineral.

Mula-mula saya akan semburkan 'facial spray' Evian ke seluruh kawasan yang mengalami gatal-gatal dan kulit kering. Setelah ianya meresap, saya terus menyapu krim Nivea ke kulit. Saya mengamalkannya setiap kali selepas mandi dan selepas solat. Alhamdulillah! Lebih kurang dalam 3 hari, gatal-gatal makin berkurangan. Disamping itu juga, saya banyak meminum air putih yang bersih.




 Kepada ibu-ibu yang hamil, sila lah mencuba ye. Inshaallah ok!

#ilovebeingpregnant


Thank you for reading this entry!


No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015