Tuesday 26 March 2013

Selamat Hari Polis ke 206 !!

Hari Isnin bersamaan 25 March 2013 ialah Hari Polis Malaysia. Sebelum ni tak pernah tahu pon dan tak pernah amek tahu pon. Hahahhahah!!!

Tapi, semenjak menjadi isteri kepada suami tersayang yang bertugas sebagai salah seorang pegawai polis Malaysia maka "set by default" kena tahu la ape itu hari polis. Ye, begitu lah kisahnye.

Ini adalah kali ketiga saya menyambut Hari Polis Malaysia. Sejak pertama kali menemani suami, saya dah bertekad akan sentiasa menghadirkan diri untuk meraikan hari yang penting ini. At least, dalam banyak-banyak majlis, hari yang penting ini saye akan hadirkan diri. Salah satu tanda sokongan saya kepada suami terhadap kerjaya yang amat disayanginya.

Saya masih ingat lagi kata-katanya ketika pertama kali dia menerima tawaran sebagai pegawai polis "ini rezeki kita dan anal-anak". Walhal, ketika itu kami hanya tunangan. Alhamdulillah!! Rezeki, ajal dan maut, semuanya ditangan Allah.

Semalam, seawal pagi lagi bangun dari tidur. Dija pon bangun awal. Bagus Dija ni tak merengek pon bile kena mandi awal dan bersiap. Jam 7:30pagi kami sudah berada di perkarangan IPD. Majlis bermula seawal pagi. Sekali pikir kan, lecehnya nak kena bangun awal sangat dan kena bersiap. Tapi banyak kebaikannya bila dipikir balik. Suasana pon masih sejuk, anak kecik pon tak merengek dan majlis pon bole bersurai awal.

Alhamdulillah!! Sepanjang majlis tersebut semuanya berjalan lancar. Ok Ok!! Bole mingle each other, bole kenal kawan baru. Saya harap bole kenal ramai kawan baru. Saya nak jadi orang pahang. Heee. 


Siti Khadijah raikan Hari Polis buat pertama kali


Selamat Hari Polis, Ayah !! Please take a good care of urself for us. We love u so much!!


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015