Monday 2 May 2016

Motherboard Terbakar

Assalamualaikum.

Ok, sekarang ni ade alasan yang terbaru lagi kukuh kenapa tak update blog sebab nye 'motherboard' terbakar. Alahaiiiiiii. Mase komputer tu ok, tak de pon nak update blog ye. Sekarang ni jadi kelam kabut dengan tiba-tiba pula. Ini la perangai manusia kan, bila ada buat tak nampak, dah tak de baru la nak kecoh. Heeee

Nampaknya terkena batang hidung kali ni ๐Ÿ˜…

Entry ni saya update dengan menggunakan handphone je ni. Cuba try test je ni. Tak tau la puas hati ke tidak. Nak tunggu motherboard tu dibaiki maybe tunggu janggut tumbuh dulu la kot heee. Sebab saya ni buta komputer yakni buta IT. Kena tunggu mood ketua rumah ni datang, baru boleh baiki. Hahahah

Actually, buat mase ade alternatif lain. Boleh update blog dengan laptop atau netbook. Tapi kena try on la dlu sebab nya memang dah lama tak buka kedua gajet tu. Atau guna handphone. Boleh ke?




Thursday 17 March 2016

Hidup Baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pagi ni saya berjaya duduk depan komputer selepas solat subuh. Yeayy!!! 

Allahuakbar, entri terakhir yang update last year,November. Dah 4bulan. Lamanya saya tak buka blog ni dan tak berblogging. So, time ni bile menaip pon dah jad tergagap-gagap nak susun ayat. Asyik backspace je. Huhuuu.

Hidup baru?? Ye, banyak perubahan berlaku yang ingin saya kongsikan disini sekadar pengalaman saya. Semenjak saya selamat melahirkan cahaya mata yang kedua pada 19 Ogos 2015. Alhamdulillah, saya lebih lega dan selesa dari satu sudut. Namun, cabarannya tetap ada.

Saya masih ingat, blog ni dimekapkan tahun lepas. Ketika itu, semangat berkobar-kobar untuk menjadi WAHM dan menjana pendapatan dari rumah. Dan yang paling utama, saya nak jadi blogger yang tegar. Dimana, menjadikan blog saya ni sebagai tempat perkongsian dan memberi informasi yang dapat membantu kawan-kawan. Dalam masa yang sama, saya ingin menjana pendapatan melalui blog.

Saya ada menyertai kelas online asas bersama dengan ABDR dibawah cikgu Zaila Mohamed. Alhamdulillah, dari cikgu dan anak murid, now we are turned to be a friend. Beliau banyak sangat membantu saya dan dalam masa yang sentiasa memberikan semangat, tips dan berkongsi pengalaman. Terima kasih cikgu. Semoga Allah swt memudahkan urusan cikgu.

Inshaallah, aktiviti blogging akan bermula kembali dengan lebih efektif bersama perubahan yang baru. Heeeee :)




Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015