Monday 30 March 2009

teka teki teka tekuk !!

Lagu Latar : Im Yours by Amelya One in A Million (originally by Jason Mraz)
_____________________________________________________________________________________

Tiga gambar awek cun diletak secara rawak dalam kedua-dua gambar berikot. Kalu berani,coba letak kan dalam susunan yang betol. Yang mana Along, Angah, Adik?? Baju hitam ka, baju oren ka, baju kelabu ka?? Teka lah teka !!!
Ade berani ??? Hahahhahahahaha!!!!



Tahukah kalian bahawa alon sayang bangat sama kalian?? Miss u sista (;


notatangan : air walau dicincang ke,dikacau ke,ditumbok ke..tak kan putos.


rupa blog #003

Selamat Pagi 'bute'!! heeeeee. ari nih dah monday. tapi ari ni ai cuti. no need go to da opis. Yehaaaaaaaa!! Coz today ade folo up,kes rentetan kisah "Geng-Singa". Disebabkan mata tak mau tidor lagi,tangan ni dok meraba laptop dari tadi lagi sampai lah skang ni ha. jap lagi nak kena tido,kot nati overslept plak. ahaksss.



Yer. Untuk kesekian kali nyer,blog ai bertukar rupa lagi. Thunder..thunder.. Thundercat!! *merapu jap*. Sebelum ni blog nyer kaler itam. Skang ni masih kekalkan kaler yang gelap,cuma ade corak sket. Oleh kerana ai tak mandai wat layout atau template sendiri jadi ai pon amek jer dari website yang sudi bagi sumbangan. hahahah. Time kaseh pada suckmolly. *dak semegah tol name website nih* hehehehehhe. lagi mau bebel ka?? ape la iYda nih.


notatangan : sebelum tido,jangan lupe basoh kaki. nite a.k.a mornin !!


Sunday 29 March 2009

my cute Ganglion - Episod 6

Lagu Latar : Aku Skandal by Amylea One in a Million (originally by Hujan)
__________________________________________________________________________________

Setelah 'berperang' lebey kureng 4 jam gitu. So, aku ditolak keluar dan dihantar ke katil sewaan sementara. Penat worrrrrrr !!!! aku sambung tido balik. Tangan pon dah rase sengal semacam mase tuh. Tapi sempat lagi aku soh cik misi snap gambor "mutant" yang dibuang dari tangan aku tuh. Tadi dah mintak permission doktor nak bawa balik umah (untuk kenangan..arwah MEK pon ade jugak), tapi doktor tak kasi,katenyer nak dihantar ke lab. so,snap jer la gambor. huuhuhuhuh!!!


Pengalaman baru bagi aku. Lega. Dah selesai. Mase tuh sesape call pon memang aku tak layan. Ubat bius tuh masih memanipulasi kepala hotak ku.


notatangan : Tapi cute kan?? dah lembik semacam. hahahhahahah!!


Saturday 28 March 2009

pertama kali ke SilverFish Books

Petang ni ade sidang pembacaan bagi buku 2 Lauk dan Perempuan Simpanan di SilverFish Books. Dianjurkan oleh Silverfishbooks, Sang Freud Press dan Sindiket Soljah. Nak sangat menghadiri acara ini. Tapi tak de teman (semuanyer sebok la weekend begini) dan juga tak tahu jalan. Tak pernah pon ke sana. Kalu pernah pon,orang yang tolong bawak g sane. Huhuhuuhuh.

Selepas azan Asar tadi, kilat dan guroh kuat sangat. Grrrommmmmmmmmm!!! Kenggggggg !! Jadi,putuskan untuk tidak pergi. Tetiba kol 5.30pm tuh, hujan agak reda. Hati melonjak mau pergi. Siap cepat alakadar. Chehhhh. Keta plak kena blocked ngan keta lain. (biase la kalu dok umah flat nih). Keta kancil,tapi berat giler. Ari tuh aku tolak Waja ok jer. Habes keayuan aku seketika. Haihhhh. Terus heading to Bangsar. Tak tau jalan,tapi dibantu melalui talipon. *Tenkiu Abang Inspektor*. Kol 6++ pm baru sampai Bangsar. Parkir keta punyalah jauh. Jalan plak cari kedai buku nih.

Sampai tuh,majlis dah nak habes. Ramai tak ramai jugaklah yang datang. Sebab ari hujan kot. Aku sempat tengok 3 orang last jer yang performed. Hati adinda sunggoh kuciwa. Gambar pon snap yang tak best jer. TAPI, yang pasti sempat jugaklah habeskan duit kat situ,membeli koleksi. Baca nye tuh tak tau la bile *kena habeskan Mikhail dulu*.


Puas hati dapat ke sana. Walaupon,tak dapat tengok acara itu dengan sepenuhnye. Sekurang-kurangnya, dapat berkunjung ke SilverFish Books, dapat tau jalan ke sana, dapat tambahkan koleksi, dapat pengalaman jumpe penulis *even tak tegur pon*. Haahahhahahaha!!

TAPI.. Sedih hati pergi sorang diri. Kalu ade teman, kan bagus. Tadi snap gambar jer la. Gambar diri sendiri tak de orang nak tolong snap kan. Haihhh. Dek kerana rambang mata tengok buku kat situ yang kebanyakan nyer "edisi terhad",habes gak la almost RM50. Wahhh!!! Itu bajet makan untuk 5 hari tuh. Haihhhh.

notatangan : Earth Hour tadi macam ne ek ???? Huhauhuahuauh !


Friday 27 March 2009

my cute Ganglion - Episod 5

parking jap...


.............(to be continue) 11:52PM

Yer. tujuan semalamnye mau update kisah ini lah kan. so,park la jap. tapi, alih-alih tertido dek kerana terlalu lapar dan penat. hahahhahaha!! ape lah iYda nih. sowi la Mr.Nazif & Mr.Bain ekkkk. huhhuuh


..............continue update 10:36AM

Kisah perjalanan "Operasi Geng-Singa" ini amatlah bermakna dan menarik bagi aku. walaupon ianya agak sakitttttt worrrrrrrr. biarlah ini kali pertama juga terakhir. ahaksss. hingga hari ini healing process dah mencapai 70%. Alhamdulillah. segalanya juga berjalan dengan baek.

notatangan : rentetan demi rentetan


first card - handmade by me !!!

this is my first card, handmade by me myself. huahauhahuu. it's been so long dat i didnt create a funky dunky cards. dulu,selalu jer buat mase zaman haiskool dolu dolu. ntah tetibe malam ni datang mood nak wat card for my mum. material tak berape mencukupi. so,gune je ape yang ade. dan recycle balik wrapping paper yang my mum balut hadiah tuh. heheehheh. elakkan pembaziran. heheheheh.

agak comot sket. juga kureng kenyakinan sket.uhuhuhu. tangan pon tak leh gerak "laju" sangat ni ha. heheheh.

notatangan : miss u MEK !!


Wednesday 25 March 2009

lagu tanah air

Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan


berikut adalah bait-bait lirik yang sering dilagukan oleh bebudak sekolah dinegeri Cik Siti Wab Kembang, setiap hari Ahad. dari aku darjah 1 sehinggalah tingkatan 5. rindunyer untuk kembali ke zaman. penuh innocent. lagi pon mase tuh MEK ade lagi.... (0_0)





................ermmmmm rindu.

notatangan : nak jadi budak sekolah rendah balik !!!!!


Tuesday 24 March 2009

60 MINIT - BUMI JAM


sekadar mahu war-warkan kepada semua!!! tak kisah lah sape, ape, bagaimana atau ntah hape hape pon asalkan korang tau nak nutup suis,maka, andalah orang yang dicari. YA!!!

korang mesti tahu pasal 60 EARTH HOUR kan???? ha?? ape?? korang tak tahu. sila updatekan diri anda. mesti korang semua pernah dengar tentang kempen besaran ni kan. yang mengajak semua mereka yang menginap dimuka bumi ini untuk menjayakan kempen kebaikan ini.

NAPE MAU TUTUP SUIS LAMPU ?? - Sebab..sudah masanya untuk kite semua sebagai penghuni dibumi ini sedar tentang pembaziran tenaga elektrik selama nih. Secara tak langsungnya telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia. 60 minit tanpa lampu, diharap dapat memberi impak.

SO,TUTOP LAMPU JE EK ?? - YER BETOL !!. Hanya tutup lampu selama 60 minit pada hari Sabtu 28 Mac 2009 ini,bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam. Itu jer yang korang perlu lakukan sebagai tanda sokongan. Dan,dalam dok bergelap tuh bukannyer soh korang tidor tapi try pikir sekejap tentang hidup tanpa lampu. dan juga korang boleh register di SINI. tak pon klik jer kat gambar switch sebelah kanan ni ha. huhuhuhuhauhauhauh !!!

BOLEH KER BUAT MENDA NIH ?? - BOLEH !! MALAYSIA !! Hanya memerlukan hujung jari untuk menutup suis lampu. Apa?? Tak sampai?? Sebab suis tuh tinggi sangat?? Takpa, amek kerusi tak pon mintak la bapak dokong ker, abang dokong ker, atauuuuuuu suami dokong. Hikkkk hikk.. sweetnyer. dah..dahh !! jangan nak merapu,tutop jer suis tuh. KLIK !!

SAPE YANG MEMANDAI START MENDA NI WEH ?? - Ianya bermula sebagai sebuah kempen di Kotaraya Sydney , pada tahun 2007. Kempen ini mendapat sokongan dan amat berjaya , apabila hampir 2.2 milion rumah dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu. Setahun kemudian acara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi - dengan penyertaan hampir 50 million orang dan merangkumi sejumlah 35 buah negara. Acara ini diraikan , sebagai satu simbol harapan kepada satu perubahan.

APE MATLAMAT TAHUN NIH ?? - Tahun ini , diharapkan sebanyak 1 billion umat manusia yang bertaburan di lebih 1000 buah kotaraya . Akan bersama-sama berganding bahu dalam projek global ini. Ini akan menjadi pemangkin yang kita boleh sama-sama mengambil tindakan bersama , dalam menangani isu pemanasan suhu dunia yang berlaku sekarang ini.

NAK AJAK SAPE LAGI NIH ?? - SEMUA !!! Yang mane penghuni bumi. Yang rerase dari planet lain,korang tak yah sebok nak join. Huhuuuuuuu.

So,bagi sesape yang nak join kempen nih tapi takot dok dalam gelap tuh, jangan la dok sensorang. ajak famili juga sanak saudara dan rakan-rakan.

notatangan : pasang pelita bole tak?? huhhuuuuuu


Monday 23 March 2009

my cute Ganglion - Episod 4

hampir 14 hari sudah aku tidak update kiisah "Geng Singa" ini.hahahhahaa.agak kekurangan ayat juga kemalasan juga ketidakupayaan nak menaip.

Yer. aku dengan selamatnye menjalankan 'operasi' pada 10 Mac 2009. pukol 12tengahari,aku dipesan suroh ready dan tak boleh kemana-mana.dan juga disuroh makan ubat. ada 3biji semuanya. sebijik yang kecil tuh aku telan. 2biji lagi tuh besar,so aku ketepikan dulu.aku kan ade sindrom tak reti telan ubat....keturunan okeh !!

teringat plak mase kali pertama aku dibedah dulu,5 tahun lepas.hermmmm.tapi mase tuh aku ditemani famili.

tak pe la.aku kan dah besar.*memujuk hati sendiri*.yup,aku sendirian saja. aku disuruh pakai jubah biru juga seluar dalam pakai buang.arrrrrrghhhhhhhh!! sungguh tak selesa.tak suke.setiap siap.aku dibaringkan dan ditolak atas katil bergerak ke OT. best jugak.heeeeeee.

(to make a stori short la kan..agar boring itu dapat dikurangkan)

lebey kurang kol 3.30pm aku dikeluarkan dari OT dan dihantarkan ke "rumah asal". penat nyerrrr.


gini plak rupa terbaru dua belah tangan aku after operasi

ape perasaan anda?sakitttttttttt wooooooooooooooooo!!!! gilerrrrrrrrrr!!! kalu tau macam nih,tak mahu aku. huh!!!

notatangan : aku tak makan pon 2bijik ubat yang besar tuh. ahhahahahhahaahha !!


Sunday 22 March 2009

hadiah besday dari bOnda untuk aku


pada 19 Mac 2009 bersamaan hari Khamis, aku telah mendapat kejutan istimewa dari bonda tersayang. macam hari yang sebelumnyau ,sepanjang aku berada di Gua Musang, bonda akan amek aku dari kopitiam yang tak best tuh lepas waktu kijenye. petang itu, bile nampak dari jauh lagi keta bonda,aku tersengih-sengih macam budak tadika yang sangat seronok bila ibunya muncul. bile keta bonda stop,aku terus berlari-lari dapatkannya. masuk jer keta,aku ternampak ade satu kotak hadiah berbalut kaler hijau (my mum's favorite colour).heheheh.

(versi tanahair telah dialih-bahasa untuk kesenangan umum)

Awek_Cun : ma,ape ni ma? hadiah ker? hadiah sape ma?

Bonda : Ermmm. hadiah la tuh.

Awek_Cun : owh. nak bagi sape ma? bagi alon ker ma?

Bonda : Yer la. bagi alon la.

Awek_Cun : ha?????? bagi alon ker ma? betol ker? ehheheheheheh

Bonda : Yer la,dah dari ari tuh lagi nak hadiah ari jadi.

Awek_Cun : ha?????? yer ke?ok.heheheheheeee.

(mase tuh aku tersengih sampai ke telinga dah.kekekekek.sampai aku lupe nak cakap time kasih kat bonda aku.dan juga dok sebok belek hadiah tuh)

aku sangat gembira yang amat sangat.walaupon aku agak terkejut juga pelik.yer la,besday aku dah lepas 5 bulan dah.tapi aku terima seadanya.lagi pon aku bukan nyer sentiasa ade kat kampong pon.yang aku paling suka,bonda aku nih bukan yang jenis memanje romantik.so,memang susah untuk dapat peluang cenggini.huhuuhuh.hargailah sebaik mungkin.

seingat aku,last hadiah besday yang aku terima dari bonda mase aku darjah 6. dapat seutas jam tangan ALBA. mase tuh,brand tuh amatlah glamer bagi aku. sebab,kat sekolah mase tuh,aku sorang je pakai jam tangan tuh.orang kedai tuh terpaksa tebuk lubang tali jam sampai ke depan,coz tangan aku kecik yang amat sangat.

petang tadi baru buka hadiah tuh,berdebar la jugak. setelah dibuka.aku amat terharu dan terus airmata mengalir. betol kate arwah MEK; sape pon dia, ape pon terjadi,dia tetap seorang ibu yang melahirkan aku. hati seorang amatlah mulia.

time kaseh mama. maafkan alon sebab banyak wat perangai dan nyusahkan mama selama alon dibumi nih.
alon sayang mama sokmo !!!!!
:*


Thursday 19 March 2009

ari ni aku tidak ke kopitiam yang sama lagi


lepak ditempat yang sama


tinggal kenangan dahhhhhhhhh

kakakakakkakakahhhhhhhh !!!!!!


Wednesday 18 March 2009

ari terakhir aku di kopitiam yang sama

hermmm. aku pon aku keseorangan coz adik bongsu aku nak kuar 'dating' la plak. jadi aku sorang jer la.

ari ni ari terakhir aku kunjungi kopitiam nih buat setakat ni lah kot. coz malam ni aku dah kena balik ke dunia "persinggahan" aku. suda mau masuk kije balik dah.
aku amatlah tak suke. huwargghhhhhh!!!

ari ni aku order lebeh sket. aku order mango blended ngan roti bakar. ok lah tuh. aku pon bukannyer lapar pon. macam biase aku tau diorang akan tutup kol 4 nati,jadi aku awal2 dah siap bayar. dan mcam biase gak,tangan aku dah mula berpeluh dan bahang panas kian terasa,sebab diorang dah perlahankan kipas dan tutop ekon.takpa..takpa.

mase aku bayar tadi,taukeh nyer sket tadak senyom dan apetah lagi nak cakap tenkiu kat aku ni ha.hermmm.BAD PR. cukop aku tak suke. kalu tak nak say tenkiu pon,at least senyum sket la kat customer.

tadi,semasa perjalanan ke sini,aku ngadu kat mama aku. membebel pasal layanan yang Tak Bagus kat sini. jadi,mama aku pon soh aku g tempat laen jer. tapi mane bley,coz tempat ni jer yang ader free wi-fi. so,aku cakap kat mama aku.. tak pe la coz today last day dah aku g kedai dia. opppppppppssssss!!! dia bukan perlahankan kipas la tapi dah tutop terus pon. TEROK!!!!

neva mind. ai pon nak kuar dah ni.
tata!!!


Tuesday 17 March 2009

ari kedua aku di kopitiam yang sama

ari ni aku datang sorang jer. mama aku hantarkan. adik aku tak datang,aku majok ngan dia. walaupon aku kurang berkenan ngan layanan tauke kopitiam nih, aku terpaksa sabar sebab sini je tempat untuk aku dapat wi-fi. manyak menda nak buat. broadband aku langsung hampeh kalu kat hometown aku nih.
gerammmmmmmm !!!!!

aku tak order makan. aku order minum jer. aku guna wi-fi yang dikatakan free. aku juga pakai plug kat sini. dan aku bayar untuk harga minuman aku tuh.
ade salah ker ????

kalu ade yang tak kena semasa aku berada dalam kopitiam ni, tauke patot tegur lah leklok. bukan nyer wat muke ko yang hampeh tuh.

HUHHHHH !!! lantak la ko tutop kol 4 petang kan. so, kol 4 nati baru aku kuar. lagi pon ade lagi customer laen tuh. even tangan aku dah berpeluh dan dah rase bahang panas, akibat ko perlahankan kipas dan tutop air-cond.

ade aku peduli?????


Monday 16 March 2009

kat hometown tak dak internet.. huwargggghhh

aku kat kampong ni. tak leh nak update blog. internet tak de. huwarggghhh. skanng kat kopitiam. hampeh kopitiam!!!!!!! diorang tutup kipas even aku masih kat sini. wth !!!


Friday 13 March 2009

jOmm kite ke Bijou Bazaar !!

pagi nih saje je jenjalan dari blog ke blog dan dari web ke web.so,aku terjumpe pasal Bijou Bazaar. ehheehh. sebelum ni pon dah pernah jumpe,tapi selalu jer missed nak pergi. tapi kali ni nampaknyer tak. kekekeke. bukan ape,aku suke sangat coz dari hasil pembacaan aku,kat situ ade banyak stall yang jual memacam menda. aku paling suke barang handmade juga photography. wahhhh. nampak cam beshhhhhhh !!!! asalkan arts jer memang ai suke lah.

ai penah la ke mont kiara tuh tapi tak ingat jalan dah. haiyakkkkk!! mesti bertanya pada yang pakar nih. atau pon boleh refer map kat sini. bole la try g kalu ade free time dihujung minggu kan?

jadual perjalanan untuk hari sabtu besok :
1. awal pagi ade test kat UiTM
2. then wedding mohd hafizd lak kat dewan politeknik shah alam
3. kalu sempat bole join Bijou Bazaar (ekceli aku nak survey kasut..hheheh)
4. malam balik kampong (kalu ade tiket bas la kan)

notatangan : bestnyer mau pulang ke kampong halaman. Yayyy !!


Thursday 12 March 2009

salasilah KENTUT !!

memang aku akui dan tak sikit pon aku nafikan,bahawa kentut merupakan salah satu kepuasan yang terhebat dalam diri manusia. ini kerana,bile kite rase macam nak kentut jer,mesti kite pon terus wat preparation. bangun dari duduk ker, betolkan kedudukan bontot ker, cari tempat yang sesuai ker. bile dah dapat lepaskan kentut dengan penuh semangat pasti kite akan rase amatlah berpuas hati. tapi!! kalu tak jadi kentut,mak aiiiii, geram nye tahap dewa beb. ape tak nye,bile dah ready nih tetiba kentut tak mau keluar la plak. haihhh.

aku kan paling la geram sangat,biasenye bile dah siap mandi terus amek wudhuk. sementara bersiap tuh "protttttttttt...ttttttt".haihhhh.geram.bukan aku sengaja.tapi mane bole nak tahan beb,nati bole jadi penyakit beb juga tekanan emosi.

ini defini Kentut yang aku jumpe dari tolololpedia :
"Kentut adalah kegiatan dimana mahkluk hidup mengeluarkan gas buangan dari lubang yang berada di bawah belakang (anus), seperti sebuah knalpot kendaraan. Namun gas buangan ini tidak terlalu jelas terlihat, kecuali sedang berada dalam air. Gelembung-gelembung udara akan tampak di belakang orang yang sedang kentut. Kentut, sama seperti bau mulut: hanya bau akibat containernya."

Dan berikut adalah beberapa hasil pencarian aku mengenai info KENTUT :

1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus.Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

7. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

8. Mungkinkah kentut terbakar?
Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

9. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada... konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

arakian,setakat itu lah dulu yang bole aku paparkan kisah kentut ini. kaum lelaki mahu pon perempuan,kentutnye same saje. cuma yang beza adalah how they deliver their kentut.

PENGAKUAN : aku seringkali menjadi mangsa "bau kentut orang".kerana tiap kali pemangsa mau kentut (biasenye dlm keta),pemangsa akan tutop semua tingkap+locked. dan tanpa rase bersalah terus mengeluarkan "gas pembunuh" itu. naseb baek aku masih bole survive dan tak kena penyakit asthma lagi. haihhh.

notatangan : aku harus mendapatkan topeng pencegah bau gas.


Wednesday 11 March 2009

Joni !!!!



dah lame aku memiliki si Joni ni ha. Ogos 2008. sejak tuh gak lah hidup aku makin ceria juga terisi. orang kate, hidup ni lebih bermakna lah. dengan hadirnya Joni, aku tidak lagi bosan. untuk melengkapkan lagi, aku choba dapatkan broadband. hermmmm, tapi bulan 8 nih aku dah plan nak terminate dah,nak tukar pada yang lebih baik. InsyaAllah.


Tuesday 10 March 2009

my cute Ganglion - Episod 3

yer, begitu lah. setelah perbincangan ngan semua pihak yang sepatutnya dibincangkan, tarikh 10 March 2009,selasa telah ditetapkan sebagai hari untuk "operasi perpisahan" antara aku dan si cute ganglion ini.pada pukul 2pm.

yeahhh..walaupon sepatutnye tarikh pertama yang dipersetujui ialah 25 Feb 2009, tapi oleh kerana ade pihak tertentu yang mementingkan diri dan tidak prihatin juga agak bongok,jadi aku menukar ke tarikh hari ini.kenapa??? sebab aku amat tak suke perkara berbangkit berlaku. nyampahhhh aii. haihhhh!!! tak pe la yang pastinye aku tak kan tengok muke terbabit dlm mase 2 minggu ini. aman dunia beta.
0_0

malam tadi aku dah bermalam kat sini pon. oleh kerana memang ade pengalaman mendiami "rumah" ini, jadi aku dah buat persiapan 90%. kire barangan keperluan bagi diri aku,semua aku angkut. macam nak ni hanimun plak. auwwwwwwww. amin !!!
*muke tersengih*

aku ade kawan juga teman bilik baru. namenye Nurul Saodah.cantek, baek juga ramah yang amat sangat. mase aku masuk je,tak sempat pon kemas barang, dia dah tegur.

kak nurul : owh. akak dapat jiran baru la nampkanye.

(tak nampak pon muke. coz ade curtain kat tengah. terus aku ke katil nyer)

awek_cun : ha. yer. saye baru masok. name saye iyda. name akak?

(terus je aku salam dia. walaupon aku tengok tangan nye yang berbalut tuh)

kak nurul : name akak nurul saodah. panggil ajeak ngan kak nurul.
awek_cun : owh ok.heeeeeeeeee.

akak ni sorang cikgu.ramah sangat orangnye. memacam yang diborakkan. aku pon melayan jer la. dari mata ngantuk dah jadi tak ngantuk. naseb baek aku bawa Joni bersama.hee.

semalam sebelom tido, En.Pakar Bius datang. dia tanye soklan,aku jawab jer. aku disuroh puase lepas pagi tadi. katenye tangan kanan saje akan dibius,tak perlu satu badan. haiyakkkkkkkkk!!! macam ne ni?? tak kan la aku nak tengok orang ngah "potong" tangan aku ni ha. ngan bunyi gunting ngan pisau semua. (aku stat masuk dunia imaginasi aku dah ni) dup..dupp..dupppp !!! berdebar beb.

jadi seawal pagi tadi, kak misi datang nak amek darah katenye. aku pon bagi la tangan kiri ni ha. coz nati tangan kanan nak ade operasi plak. tapi kak misi ni,tersalah cucok macam ne ntah. darah tak kuar dan tangan kiri aku pon sakit. dia nak try tangan kiri plak. aku tak kasi dah. so, dia cakap nati dia panggil yang lagi pakar. adussssssssssss!! sakit tangan aku. huh !!


kiri kanan kena inject


skang ni aku menanti detik pukol 2pm la ni.

notangan : aikkkkkkkkk !! kate kol 2pm, tapi dah datang kasi uniform soh aku tukar dah. ok lah. ai nak mandi jap. and get ready. (takooooooooootttttttttttt !!!!!)


Monday 9 March 2009

sedia untuk bertempur??

aku dimana skarang? rumah? bukan. aku bukan dirumah aku juga bukan rumah makcik aku atau juga rumah dikampung. jadi,aku dimana ek? aku dirumah "kedua" aku. baru petang tadi aku check in.

besok ade satu "pertempuran". bukan major,cuma minor. tapi aku tetap berdebar. kali ini aku benar benar sendirian. tak de sape temankan. tak pe. Allah sentiase ade bersame aku.

heeee. gud luck untuk aku.

notatangan : makan "gegula" dulu sebelom tido,nati akak "jejerawat" marah.hehhe. gud nite!!


Sunday 8 March 2009

my cute Ganglion - Episod 2

so,aku pulang dari klinik Azizah tuh dengan membawa sekeping surat "rujukan". tapi aku memang tak puas hati ngan servis tuh. so, aku putuskan untuk pegi sekali lagi ke klinik tersebut,dengan harapan nak jumpe doktor laen.
nape tak tukar klinik laen?? sebab, aku dah biase ke klinik ni.dah ade semua rekod aku kat situ.so, agak senang la. just naseb aku kurang baek jer previous day jumpe ngan doktor yang selamber dork tuh. haihhhh.

selang beberapa hari aku ke klinik tersebut lagi. naseb kali ni agak baek dapat consult ngan doktor yang tak kedekut ilmu. even ni first time aku jumpe doktor ni.

malas nak taip perbualan,jadi aku make a stori short la ek.
doktor ni menerangkan dengan detail nye tentang ape yang ade kat tangan aku ni. dia juga nasehatkan aku untuk rujuk pada pakar. aku berpuas-hati ngan penerangan yang diberikan. kali ni aku tinggalkan Klinik Azizah ngan hati yang senang.

langkah seterusnya, pada 20 Feb 2009, aku putuskan untuk pegi ke Tawakkal. jumpe ngan doktor yang pernah rawat aku mase patah kaki dulu, Dr.Muiz Abdul Razak.

awal pagi lagi aku dah kuar rumah. doktor agak terkejut tengok aku. dia ingatkan aku sakit kaki lagi.heeeeeeeeeeeeee.so, lepas berbincang ngan doktor semua. putuskan untuk membuat "rawatan pembuangan" pada 10 March 2009. haihhh.takot pon ade.tapi nak wat mcm ne,tangan dah sakit.


yang benjol itulah Ganglion.cute kan?

aku akan cuti dari pegi opis dan mungkin juga kelas. kije tuh aku sket pon tak kesah. tapi tak gi kelas tu memang sangat amatlah rugi.wat to do.

notatangan : aku tak kemas lagi barang untuk dibawa ke "rumah kedua" aku. ;b


Wednesday 4 March 2009

Lirik #001 - ayat ayat cinta

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud

bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan

Disenandungkan oleh : Rossa


(aku tak bermaksud untuk taruk lirik semata-mata kat sini.aku nak wat interpritasi dari aku sendiri,tapi blom sempat... akan bersambung nanati :)


my cute Ganglion - Episod 1

Ganglion ape tuh?? adakah geng singa?? heee. mari aku kisahkan kalian.

sejak tahun lepas lagi, ade satu macam benjolan timbol kat pergelangan tangan kanan aku. mase kali pertama tengok, aku ingatkan tulang pergelangan tangan tuh dah bertukar posisinye ke tengah. tapi bile tengok sekali lagi. tulang tuh maseh kekal disitu. ape plak benjolan nih??? mungkin tulang baru timbol kot. tu aku punyer pikiran sendiri la kan mase tuh. mase tuh tak sakit sangat. aku choba picit tapi tak sakit pon. cume aku rase pelik la sket. terus aku ke Klinik Azizah yang berdekatan ngan rumah tuh. kate nyer kalu tak sakit, it shud be ok. so, aku pon ok jer la. menda benjolan ni naek on and off. dan ni dah kali keempat dah. bulan lepas benjolan makin besar dan sakit juga.

well, sekali lagi aku ke Klinik Azizah. mase tuh doktor pompuan. doktor yang biase aku ketemu tuh tak de. so, terpaksa jer la kan.

awek_cun : assalamualaikum doktor.
doktor : waalaikumsalam. yer,sakit ape?
awek_cun : tak sakit doktor tapi ade menda pelik nih kat tangan kanan saye ni

(sambil tunjuk menda pelik tuh kat tangan. doktor pon tengok jer. macam maen intai-intai. dia tak pegang pon tangan aku)

awek_cun : tak sakit sangat tapi tak selesa. tapi macam tak leh nak angkat menda berat dah.
doktor : owh. itu ganglion. itu biase la tuh macam tuh.
awek_cun : so, nak wat macam ne ni doktor?
doktor : tak de wat pape. memang macam tu. kalu nak buang pon bole.

(dengan muke selambe je doktor ni jawab. amatlah tak bersunggoh. aku rase macam nak sepak jer muka dia mase tuh. gua memang hangin beb)

doktor : sy bagi referral letter la kalu awk nak jumpe specialist.
awek_cun : ubat doktor?
doktor : tak de ubat pon.

(aku dah makin hangin. tapi aku sabar lagi dan sempat senyumkan diri lagi)

awek_cun : tak pe la doktor kalu macam tuh. time kasih.
doktor : same.

(kuar bilik tuh,aku tunggu amek surat jap dan aku tengok kat bill,dia charge juga. consultation memang terok. sakit hati. geram. aku putuskan untuk datang balik jumpe doktor laen)

sunggoh la geram bile teringatkan insiden tersebot. so, menda yang ade timbol kat tangan aku rupanyer "Ganglion". heeeee.


notatangan : bukan geng singa thauuuuuuu. :b


Tuesday 3 March 2009

communicate

itu adalah menda penting dalam kehidupan kite nih. susah bile kite dah tak reti atau tak tau pon tak tau nak communicate ngan orang. akan timbul masalah.

1. sayang - tak semestinya kite boleh communicate ngan baek ngan orang kite sayang.
2. sahabat karib - tempat yang kite akan terjun bile kite stress.

hermmmmm. aku stress skang ni.
aku rindu nenek aku. arwah nenek aku. dia satunye yang aku sayang. dia satunye kawan baek aku.

:(


Sunday 1 March 2009

blaja photography sama SueAnnaJoe

hujung minggu yang memenatkan. tetiba aktiviti menjadi sangatlah pack. dan 2 hari hujung minggu berlalu dengan pantas dan begitu sahaja tanpa disedari. tapi jauh disudut hati, kegumbiraan terselit. mungkin. aku choba menyesuaikean diri.
^_0 shhhhhhhhhh. rahasia.

oklah. kan ker dah membebel tuh. lari topik jap.
*ngehhhh.

ekceli, semalam aku ade update blog jap. dan sambil view kat blog kesukaan aku. yang mane sempat la kan. hermmm. aku agak teruja,ade sorang rakan blogger, SueAnnaJoe yang kreatif orangnyer akan mengajurkan kelas potographi dengan harga yang berpatutan. menarik. rase mau mencoba. yer la ilmu aku amat cetek dalam dunia potography ni. tapi tu lah aku amat minat. aku selalu layari blog anna,dia memang berbakat dan sangat kreatif. bestnyer kan kalu dapat jadi expert macam tuh.

walaupon kat situ camera dslr bukan lah kompalseri tapi rasenye maybe berbaloi kalu i have for my own. alang2 pegi bole belaja terus. yer la kalu peralatan lengkap, kite akan lebih kondifen dan semangat lagi nak belaja tuh. nampaknye bajet bulan harus dikire la dulu. yang mane patut catu harus dicatu. haihhhh.



peluang yang bagus bagi beginner. heeeeeee.

notatangan : 24jam sehari memang tak cukop untuk aku. haihhhhhh.


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015