Assalamualaikum.
Sedikit pengenalan dari saya, Iyda Juhar.
Nama Iyda Juhar adalah nama yang saya gunakan di alam maya ini sejak
tahun 2007 lagi. Semuanya menggunakan nama yang sama untuk setiap ID
bagi media sosial samada Facebook, Instagram, Twitter, Tumblr dan
sebagainya.
Nama penuh saya, Nurfahida bt Fauzi. Saya berasal dari Kelantan.
Sememangnya anak jati asli dari Kelantan. Saya bersekolah di Kelantan
dan kebetulan juga, mendapat rezeki menyambung pengajian diploma di
Kelantan. Saya adalah graduan Diploma in Business Study dari UiTM,
Machang, Kelantan. Alhamdulillah!! Menamatkan diploma dalam masa yang
ditetapkan.
Setelah itu, saya memilih untuk mencari pengalaman dalam bekerja dahulu.
Pekerjaan pertama saya bermula di Kinokuniya Bookstore, KLCC.
Pengalaman pertama bekerja dengan budaya orang Jepun. Semuanya amat
teratur dan berdisiplin.
Kemudian, saya mendapat tawaran bekerja di Burger King, di bahagian
pengurusan sebagai Pembantu Akaun. Pengalaman pertama bekerja dalam
suasana pejabat. Biasanya, kalau disebut kerja pejabat pastinya waktu
bekerja 9 pagi ke 5 petang. Tapi tidak di Burger King. Biasanya saya
akan di pejabat pada jam 8.30 pagi dan akan meminggalkan pejabat pada 8
malam. Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Namun sedikit pun, saya
tidak merasa tertekan atau terbeban. Dek kerana, usia yang muda dan
status yang bujang, tiada komitmen dirumah yang perlu difikirkan. Malah,
ketika itu agak gembira kerana boleh membuat kerja "overtime". Disamping itu, mahu mengutip sebanyak boleh pengalaman kerja.
Beberapa tahun berkhidmat di Burger King, kemudian saya mendapat tawaran
yang lebih menarik dari Comptel Sdn Bhd yang ketika itu beroperasi di
TPM, Bukit Jalil untuk jawatan Eksekutif Akaun. Alhamdulillah!! Tawaran
gajinya juga agak menarik. Comptel Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat
yang berpangkalan di Finland dan syarikat telekomunikasi yang
menghasilkan "software" untuk pelanggannya.
Pekerjaan bermajikan saya yang terakhir ialah sebagai "Customer Support Specialist" merupakan pekerjaan paling ringan yang pernah saya lalui. Jawatan yang sangat santai, pakaian yang santai dan tiada perkataan "brought forward" seperti akaun. Terasa bebas daripada bebanan "dateline".
Syarikat Agoda ini merupakan syarikat yang menyediakan servis untuk
penempahan bilik hotel. Semuanya dilakukan hanya dialam maya. Tiada
melibatkan sebarang kertas disini.
Setelah mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta pada tahun March
2011, tiga bulan selepas itu saya diminta untuk berhenti kerja dan
mengikutnya ke Pahang. Ini kerana, suami saya bertugas di Pahang. Maka,
bermulalah jawatan sebagai surirumah dan penganggur. Tapi jawatan itu
hanya bertahan selama sebulan sahaja. Saya mula secara perlahan-lahan
mencari satu cabang kerja yang masanya fleksibiliti dan tidak terikat
dengan jadual pejabat.
Alhamdulillah!! Tuhan telah membuka jalan untuk saya bagi menceburi
bidang insuran/takaful. Saya segera menghubungi ejen insuran saya,
Kaiulani Bujang. Kami membuat satu perjumpaan, beliau telah menerangkan
skop dan syarat yang diperlukan untuk saya menjadi ejen seperti beliau.
Saya telah menduduki 3 jenis peperiksaan oleh Malaysia Institute
Insurance (MII) dan telah lulus semuanya. Setelah itu, saya telah
didaftarkan untuk mendapatkan lesen dari Bank Negara.
Pada November 2011, saya telah mendapatkan kod dan lesen dari Bank
Negara sebagai ejen yang sah dan berdaftar dibawah Prudential Assurance
Bhd. Alhamdulillah!!!
Maka, bermula lah kerjaya saya sebagai ejen yang "Freelance".
Semoga sedikit perkongsian ini sebagai pengenalan kita di alam maya. Terima kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment
terima kasih daun keladi :)