Monday 30 March 2015

Selamat Hari Polis ke 208

Assalamualaikum.

Alhamdulillah!! Seperti tahun yang sudah-sudah, selepas bergelar isteri kepada abam polisi nih, saya dengan jayanya dapat menghadirkan diri ke majlis sambutan Hari Polis. Dan tahun ini adalah tahun ke-empat.

Saya pernah berjanji pada diri saya sendiri, selagi sihat dan diizinkan Allah swt, saya akan menghadirkan diri ke majlis sambutan Hari Polis setiap tahun bagi menyokong penat-lelah suami dan berkongsi pahit manis,juga suka duka dalam keluarga Polis ini.

Tidak mudah menjadi isteri kepada seorang abang polis. Tapi manisnya tetap ada, disebalik setiap kesabaran.

Majlis bermula seawal 9 pagi, dan kami semua harus berkumpul disana seawal 7.15pagi. Mencabar sungguh persiapan pagi pada tahun ini. Nak kena kejutkan Khadijah bangun awal pagi, mandikan dia dan suruh dia pakai dress (which is Dija memang tak suka dress). Fuh!!! Tapi, nasib baik this time TukMa and TukBah ada kat rumah. Seawal pagi lagi TukBah memujuk si Dija. Alhamdulillah berjaya tanpa nangis-nangis. Tenkiu TukBah.

Majlis bermula macam biasa, dengan perbarisan dan kawad. Kemudian penyerahan sijil penghargaan kepada mereka yang berkenaan. Disusuli dengan ucapan ringkas dari Ketua Polis Daerah.

Saya tak dapat nak snap banyak gambar, sebab Dija merengek nak duduk atas riba je. Tak mahu duduk atas kerusi. Selang beberapa minit, Dija boleh terlelap. Jadinya memang kena pangku je la kan. Cumanya, ketika nama saya dipanggil untuk mengambil sijil penghargaan, saya letakkan Dija berbaring diatas kerusi sambil dibantu oleh kawan saya. Nasib baik.

Selesai sahaja majlis tersebut, kami semua yang hadir dijemput untuk makan-makan. Time ni, Dija bangun la pula. Pandaiiii ye Dija kalu bab makan ye. Hahhah. 
 


Alhamdulillah!! Tahun ini ayah Khadijah mendapat penghargaan daripada IPK Pahang atas tugsnya yang cemerlang pada tahun lepas. Tahniah ayah!!! Semoga terus sukses dimasa hadapan.




Eheem!! Alhamdulillah, ibu Khadijah juga mendapat penghargaan atas penglibatannya dalam PERKEP pada tahun lepas daripada IPD Bera. Terima kasih !!




Ini gambar trademark kami setiap tahun. Port yang sama, orang yang sama. Cumanya perut je yang buncit. Inshaaallah!! Tahun depan kita berempat pula ye dan mungkin di tempat yang berbeza.


Thank you for reading this entry!!


Friday 13 March 2015

#2nd Pregnancy : Gatal-gatal Di Awal Kehamilan

Assalamualaikum.

Entri yang sebelum ini, saya ada menceritakan tentang pengalaman saya mengalami pendarahan di awal kehamilan. Alhamdulillah!! Pendarahan telah pun berhenti dan tiada lagi pendarahan.

Seingat saya bermula diawal bulan Februari lepas, ketika itu kandungan saya masih peringat 'First Trimester', saya mula mengalami kegatalan. Gatal-gatal ni bermula dikedua belah telinga saya. Ya Allah, gatal sangat. Saya garu sehingga kan telinga saya bengkak. Pedih sangat. 

Kemudian, kegatalan beralih ke muka. Kulit menjadi kering dan pedih sangat. Sehingga kan ada penggelupasan pada kulit muka. Tapi kegatalan agak berkurangan di kawasan muka.

Selang beberapa hari, kegatalan ini beralih ke tangan pula. Kedua belah lengan saya. Orang-orang tua cakap jangan garu, risau nanti meninggalkan kesan parut. Tapi masalahnya, saya boleh menggaru dengan reflek yang cepat. Dalam tak sedar, tangan dah menggaru. 




Risau dan tidak tahan dengan keadaan gatal ini, saya pun mengalah untuk ke klinik. Doktor ada memberitahu saya mengalami masalah alahan. Saya dinasihatkan tidak mengambil makanan laut. Saya juga perlu mengelak daripada penggunaan sabun mandian, bedak dan losyen yang mempunyai kandungan anti-bakteria. Kata doktor lagi bahan yang mempunyai anti-bakteria akan membuat kulit bertambah kering. Jadi saya dinasihatkan menggunakan sabun mandian, bedak dan losyen bayi sahaja. Maka, saya memilih untuk mengguna produk Johnson & Johnson.

Doktor ada membekalkan 2 jenis ubat untuk dimakan dan 1 jenis krim sapu. Saya tak makan habis pon ubat tu. Risau dengan kandungan, even doktor dah nasihatkan ianya selamat. Degil kan? Heeehee. Saya banyak meminum air masak, sehari lebih 2 liter.




Alhamdulillah!! Buat masa sekarang gatal-gatal sudah berkurangan. Cuma kulit sangat-sangat kering. Ini mungkin juga disebabkan cuaca yang panas dan kering. Kena pastikan banyak minum air putih setiap hari. 

Cabaran mengandung kali ini amat berbeza. Inshaallah!! Saya boleh!!

#ilovebeingpregnant


Thank you for reading this entry !





Thursday 12 March 2015

Happy 4th Anniversary SNNF !!

Assalamualaikum.

12 March 2015 is the BIG date for me and hubby. Happy 4th Anniversary to us. Alhamdulillah!! Thank you Allah swt with this special journey for us.
And for hubby, thank you for everything. I love you, more than u love me.


"Jangan berhenti menepuk tangan ku"
- Wany Ardy


Since last week lagi rasanya, Dija bertanya tentang gambar dalam frame ni

"Ibu... mana Siti Khadijah ?"

"Aaayaaaah.. Siti Khadijah tak de"

Dengan muka sememehnya, Dija minta penjelasan. Terkebil-kebil ibu nak jawab. Ayahnya pula biasa la putar jawapan yang panjang lebar sampai kan Dija pula yang terkebil-kebil. Hahahah!!! Alahaiii anak, gini la bila dah pandai bercakap, bermacam soalan cepu-cemas dia kasi.

Thank you for reading this entry !





Wednesday 11 March 2015

Muslimah Best : Blouse Untuk Muslimah (Ready-To-Go)

Assalamualaikum.

Muslimah Best?? Ape tu??

Ianya merupakan salah satu nama bagi IG Shop yang kini sedang aktif beroperasi. Muslimah Best menawarkan pelbagai pilihan untuk t-shirt/blouse muslimah yang material nya berasaskan kain kapas (cotton).

Sangat selesa dan tak panas. Dan yang paling penting ianya IRONLESS. Sesuai sangat untuk kita ibu-ibu yang memerlukan masa yang pantas tapi bergaya. 


Harganya pon sangat berbaloi dan mampu milik bermula dari RM45, tidak termasuk kos penghantaran. Bagi mereka yang berada di sekitar Kota Damansara boleh la request untuk COD.





Sangat menarik!! Saya paling suka yang ada patches kat bahu tu. Hiks!!!


Instagram : @muslimah_best



Tuesday 10 March 2015

Resipi Saya : Makaroni Goreng Campak-campak

Asssalamualaikum!!

Rasa macam best pulak dapat bagi nama untuk masakan sendiri. Hahha!! Actually, this is my first time buat sharing tentang masak-masak. Saya suka makan, saya suka masak tapi saya tak expert pon masak.

Cerita pasal masak ni, teringat kat kawan saya, Suhaida, dulu kami sama-sama kerja kat Kinokuniya. Jadi untuk menjimatkan kos, kami bawa bekal setiap hari. Biasanya saya akan bawa nasi putih dan ayam goreng pastu letak kicap. Heee!!

Tapi si Suhaida ni rajin siap buat 2 jenis lauk. Setiap hari mesti tukar-tukar menu nya.

"Su, awak ni pandai masak la. Best la cenggini.."

"Eh, saye pon tak pandai la masak. Awak ingat saye pandai masak ke? Saye main campak-campak je ni. Masak ni macam kita belaja subjek kimia je. Kita letak je ape yang kite nak, janji kite selera makan ikut lidah kita. Alaaa try and error la"

Hebat sungguh jawapan si Suhaida ni kan, mentang-mentang la dia dulu amek course Chemistry. Ceh!! Kata Suhaida lagi, masak ni sebenarnya tak ada salah, tak ada betol. Ikut je citarasa masing-masing.

Boleh dikatakan selepas itu juga, saya dah makin rajin masak (time rajin la). Yang penting, makin berani masak dan mencuba. Cewaahhhhh!!

Ok. Dah banyak ke laut pulak ye. Saya nak share pagi tadi ada masak Makaroni Goreng Campak-campak je gitu ha. Sebabnya, ambil apa saja yang ada dalam peti ais kat rumah. Saya memang suka masak makaroni goreng, sekejap je dah siap. Cincai je.




2 genggam makaroni spring/ spirali kasi rebus sekejap bersama secubit garam kemudian tos kan
2 biji telur goreng hancur siap-siap

3 biji bawang putih potong-potong
1 biji bawang merah potong-potong

5 biji baby carrot potong kecil-kecil ( sebab dah tak ada sayur lain dalam peti ais), biasanya saya suka letak potato dan capsicum

Jom kita masak!!
Letak sedikit je minyak zaitun. Dah panas tu terus tumiskan kedua jenis bawang tadi. Kemudian terus masukkan carrot. Sebab nak kasi lembut. Bila dah wangi tu, terus masukkan makaroni/spirali. Terus letak sos yang seperti korang mahu. Saya pakai sos tomato dan sos cili je. Lepas tu seasoning tu garam dan gula sikit. Tu je. Biarkan mesra sekejap. Tutupkan api, masukkan telur hancur tadi. Kacau sikit. Dah siap!!!!


Agak-agak kalau nak tambahkan rasa tu, bole letak Oregano, ikut suka. But, for my daughter memang just as is.

Sila lah mencuba !!




Monday 9 March 2015

My Review : Holiday Villa Hotel, Kota Bharu

Assalamualaikum.

Dah cukup seminggu tak update blog ye? Wat a hectic week for me and my little family. Tak pe. Nanti kita share satu-satu ye.

Last week, on Tuesday ada hal emergency due to family matters. Jadi terpaksa la balik dalam keadaan yang agak kelam kabut. Perjalanan bermula dari rumah biru kami, jam 9 malam. Oleh kerana perjalanan kami tidak melalui mana-mana lebuhraya, maka masa diambil agak lama. Jam 5 pagi hari berikutnya, kami tiba di Kelantan.

Pada mulanya, kami bercadang untuk menginap di homestay yang berdekatan dengan kampung kami. Tapi nampaknya, tiada rezeki kami. Sudahnya, kami meneruskan perjalanan hingga lah ke Wakaf Che Yeh sambil mencari tempat penginapan sementara hanya untuk satu malam. 

Alhamdulillah!! Apabila singgah di Holiday Villa Hotel dengan walk-in sahaja tanpa room-booking, nasib baik masih ade kekosongan. Rate room pada hari tersebut untuk walk-in, Superior room berharga RM185. Tapi suami saya memohon untuk menggunakan government rates, makanya dapat sedikit diskaun RM165 per nite with breakfast for 2 pax.

Bagi saya, bilik ini selesa untuk famili kecil kami (2 +1). 





Apa yang saya PALING SUKA servis hotel ni, sejadah disediakan didalam bilik (saya lupa bawa sejadah) dan iron with iron-board juga dah ada. Senang!! Tak payah nak request dah. Tanda kiblat pon jelas dan senang. Yeayy!!!

Menu untuk breakfast pon ok. Ada pelbagai pilihan dan yang bagusnya ada Nasi Kerabu (local food). Gambar kat atas tu nasi kerabu la tu, tapi saya tak makan ulam jadi nya amek tumis, budu dan lauk ayam saja. Hiks!!



Bagi pelancong dari luar pula yang memang datang ke Kelantan untuk shopping, memang agak strategik sebab nya betol-betol berhadapan dengan Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Gedung jualan pula, memang tak payah cakap la kan, merata tempat ada. Boleh jalan kaki saja. 

Selamat Berkunjung ke Kelantan ye.

Thank you for reading this entry !





Monday 2 March 2015

Sate Minang di Pekan Sehari Temerloh

Assalamualaikum.

Hujung minggu adalah hari yang paling saya suka. Saya paling suka hari ahad sebab ada pasar pagi atau pekan sehari. Saya suka pergi pasar. Saya suka tengok gelagat mereka yang ke pasar dan mereka yang berniaga di pasar. Dan paling best kat pasar biasanya ada banyak pilihan makanan atau sayuran kampung. Even lauk mentah pon ada pelbagai pilihan.

Ok. Ahad lepas, saya dan famili ke Pekan Sehari Temerloh. Pasarnya yang besar dan panjang sekali, di tepi sungai pula tu. Heaven!!!

Setiap kali ke Pekan Sehari Temerloh, sasaran utama saya ialah mahu makan Sate Minang kat tepi sungai tu. I cant remember since when I like Sate Minang. Sebab sebelum ni tak pernah kenal pon Sate Minang ni, now dah addicted la pula. Hiks!!!!

Kebiasaannya jam 12 tengahari, memang dah licin la Sate Minang ni, kuah pon licin. Alhamdulillah!! Semalam jam 12.30 kami sampai masih ade banyak lagi. Rezeki!! Terima kasih Allah!! So, this time dapat la order 3 set Sate Minang dan 2 pek keropok juga air. Tapi Dija punya tak ada kuah la, sebab rasanya agak sedikit pedas. Tak sesuai untuk kanak-kanak.


 Harga satu set Sate Minang RM3.50 ada 4 cucuk sate dan nasi impit
Keropok nya pula 1 plastik RM1


Tu dia Cik Jah sedang menikmati Sate Minang tanpa kuah. Hehehee!!




Setiap kali makan disini kami akan memilih meja yang menghadap sungai. Ini sungai Pahang. Itu signboard Temerloh selepas kejadian banjir hujung tahun lepas. Dan setiap kali menghadap sungai, ayah Khadijah akan bercerita mengenai banjir tahun lepas.


Inilah keadaan gerai Sate Minang tu. Sempoi je.


Seperti biasa selepas menikmati Sate Minang kat sini, kami akan meneruskan lagi perjalanan sehingga ke hujung pasar. Gerai ini, boleh dikatakan kami punya check-point la. Dan bermula dari gerai ni juga, cuaca dah tak panas dek kerana banyak pokok besar yang menutup panas matahari. Sejuk dan rendang je. 

Ok. Inshaallah!!! In future, saya akan cuba snap banyak gambar tentang keadaan Pekan Sehari Temerloh ye.


Thank you for reading this entry !


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015