Showing posts with label Book Reviews. Show all posts
Showing posts with label Book Reviews. Show all posts

Wednesday, 27 May 2015

Book Reviews | Bekerja & Berniaga Panduan Kejayaan Untuk Suri

Assalamualaikum.

TAJUK BUKU : BEKERJA & BERNIAGA - Panduan Kejayaan Untuk Suri
PENULIS : PUAN AZURA ABDULLAH
VERSI : BAHASA MELAYU

 
Saya dipertemukan dengan salah sebuah buku ketika mengunjungi MPH Bookstore. Pada mulanya, saya tidak mengenali siapa Penulis tersebut. Tapi buku ini telah menarik hati saya dengan 'cover' depannya dan tagline nya "Panduan Kejayaan Untuk Suri". Tanpa berfikir panjang lagi saya telah membelinya.

Pembacaan saya bertambah rancak apabila mengetahui Penulis ini merupakan salah seorang 'blogger' tegar dan telah membabitkan diri di tapak maya beberapa tahun sudah. Wah!!! Bukan senang, nak senang. Azura Abdullah .

Perkongsian yang diberikan dalam buku ini sangat santai berdasarkan pengalaman dilalui oleh Penulis sendiri. Manusia seperti saya, memang suka membaca pengalaman mereka untuk mendapatkan inspirasi. Kisah benar adalah kisah yang paling mahal apabila dikongsikan. Garapan yang diberikan oleh Penulis pula sangat mudah difahami.

Buku ini mengandungi 14 bab yang tersusun dan santai. Bab 1, sudah pun membuat saya teruja iaitu tentang Niat. Apa yang menarik lagi, pembaca diberi pendedahan untuk memulakan perniagaan sebelum berhenti kerja. Mulakan sesuatu didalam keadaan yang selesa dan bukan terdesak. Penulis juga banyak menekankan tentang memulakan bisnes dengan kaedah 'lean' iaitu bermula dengan apa yang ada. Elakkan daripada berhutang.

Bekerja & Berniaga Panduan Kejayaan Untuk Suri merupakan salah satu buku motivasi bisnes yang "MUST HAVE & MUST READ" bagi mereka yang sedang mencari-cari bagaiman untuk bermula dalam bisnes.

Alhamdulillah!! Terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan. Semoga Puan Azura Abdullah terus maju dan hasilkan lebih banyak buku berbentuk motivasi begini.









Thursday, 23 April 2015

eBook Reviews | Yeay! Mama Sudah 'Resign'

Assalamualaikum.




Alhamdulillah!! Selesai sudah membaca e-book dari Puan Masayu Ahmad iaitu Yeay! Mama Sudah 'Resign'. Saya sangat teruja dan seronok membacanya, ini kerana saya benar-benar ingin tahu tentang WAHM dan bagaimana mereka bermula. Kandungan e-book ini sangat memberikan inspirasi dan membuat mata dan minda saya yang masih tercari-cari tentang WAHM. Di sini, saya akan memberikan sedikit ulasan tentang e-book ini dari sudut pandangan saya.

Bermula dengan tinta pengarang, sedikit pengenalan dari Puan Masayu Ahmad yang menceritakan bagaimana beliau sendiri bermula menjadi WAHM dan melakukan penghijrahan yang besar dalam hidupnya.

e-book ini mengandungi perkongsian daripada 5 wanita berjaya yang kini sudah bergelar WAHM. Saya amat teruja membaca kisah-kisah mereka dan bagaimana mereka bermula. Subhanallah!! Sesungguhnya sebaik-baik perancangan itu datangnya dari Allah swt. 

"Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana pendapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah. Sentiasa amalkan solat sunat Duha supaya rezeki kita dibuka seluasnya. Jangan takut untuk berhenti kerja. Allah yang memberi rezeki. Sentiasa berdoa agar kita boleh menjana perndapatan dari rumah. Perbaiki hubungan dengan Allah"  - (Puan Nor Atiqah Hamidi)

"Saya mahu buktikan, ibu yang tidak bekerja, jika bersungguh-sungguh, akan mendapat penghormatan yang baik. Letakkan harga diri kita lebih tinggi, kita adalah apa yang kita sangka."  - (Puan Nora Afzam)

Berikut adalah merupakan petikan daripada perkongsian 2 orang WAHM yang berjaya. Ayat-ayat berikut amat terkesan dihati. Saya membacanya berulang-ulang kali.

Bahagian seterusnya, sesi Soal Jawab mengenai bagaimana dan apakah persediaan sebelum menjadi WAHM. Kepada mereka yang tertanya-tanya seperti saya, perlu menjawab soal jawab ini. Setiap persoalan dirungkai dengan pencerahan. 

Dan, bahagian yang terakhir pula adalah Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah). Dimana, 10 pengalaman yang berbeza telah dikutip dan dikongsi. Bukan mudah untuk kita bertemu atau mendengar perkongsian yang terperinci begini.

e-book ini boleh dijadikan panduan dan juga memberi idea dan pencerahan kepada ibu-ibu yang baru mahu melangkah ke dunia WAHM. Dan boleh juga dijadikan pencetus inspirasi dan motivasi.


Thank you for reading this entry!






Saturday, 4 April 2015

eBook Reviews | Suri Rumah Juga Boleh Berbisnes

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak buat sharing tentang e-book pertama yang saya beli. Kebiasaannya saya lebih suka membeli buku dikedai buku sahaja. Tapi tajuk e-book ini amat menarik perhatian saya dan didorong perasaan ingin tahu yang mendalam. Suri Rumah Juga Boleh Berbisnes merupakan e-book pertama yang saya baca dan sangat teruja.

E-book ini berkisar pengalaman seorang wanita yang dahulunya bekerjaya dan kini sudah bergelar WAHM. Tahniah kak Zaila Mohamad !!! Buku ini ditulisa berdasarkan pengalaman beliau sejak dari permulaan lagi, bagaimana beliau melepaskan jawatan. Setiap pengalaman, diselitkan dengan motivasi dan senario semasa. Gaya bahasa yang santai dan mudah untuk dihadam.

Alhamdulillah!! Saya amat puas membacanya. Sedikit demi sedikit pencerahan diberikan. Secara umumnya, ramai wanita mengalami dilema samada ingin terus bekerja atau melepaskan kerjaya demi keluarga. Pilihan ini sememangnya bukan mudah. Terutama bagi orang yang degil seperti saya. Hikss!! 

Honestly, dari dahulu hingga sekarang, saya sangat kagum dan dalam masa yang sama tertanya-tanya bagaimana mereka ini (WAHM) boleh mengambil keputusan sebegitu. Semakin lama perasaan ingin tahu itu semakin mendalam. 




Selain itu, pembaca juga sangat bertuah, bukan sahaja pengalaman yang dikongsikan, malahan tips dalam memulakan perniagaan secara online. 

Kak Zaila Mohamad juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pelbagai kelas secara online atau pun offline yang ditawarkan bagi mereka yang mahu bermula dari bawah. Alhamdulillah!! Saya juga kini telah bergelar salah seorang pelajar beliau dan masih lagi dalam proses pembelajaran.

Kalau diikutkan, memang saya mula ber-blogging sejak tahun 2008 lagi. Ketika itu masih bujang dan blog ini dibuat secara suka-suka dan syok sendiri sahaja. Niat saya mula terdetik sejak tahun lepas lagi, mahu menjadikan blog saya ini lebih informatif dan Inshaallah akan berkongsi serba sedikit ilmu yan saya ada. 

Berbalik kepada e-book tadi, saya berpendapat setiap wanita patut memilikinya bagi menambahkan pengetahuan dan jadikan pengalaman Kak Zaila Mohamad sebagai contoh atau penggerak kepada 'our first baby step'. Inshaallah!!!

Harga e-book ini hanya RM25 sahaja.

Untuk pembelian dan tempahan boleh hubungi saya ye :
Whatsapp : +6010 4012310
Email : iydajuhar@gmail.com
FB : iyda juhar 


Apalah sangat harga RM25 itu jika dibandingkan dengan ilmu yang kita dapat. Harga hanya sekadar harga.

Terima kasih kepada suami yang sudi tolong print kan e-book ini untuk saya, siap binding dan ade cover lagi. Katanya lagi senang untuk saya baca dan simpan. Thank you sayang!!!


Thank you for reading this entry !!


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015