Assalamualaikum.
Betul lah kata orang tua-tua, setiap kali mengandung akan menghadapi pengalaman yang berbeza-beza. Tidak kan sama. Pengalaman mengandung anak yang kedua ini memang jauh berbeza dan agak mencabar juga.
Kali ini, saya bertemu perkataan baru iaitu "Braxton Hicks". Apakah itu?? Ianya merupakan salah satu kontraksi yang berlaku pada peringkat awal.
Saya kerap bertanya kepada kawan-kawan rapat yang pernah mengalaminya. Setakat ini, masih belum berkesempatan untuk mendapatkan nasihat dari doktor berkenaan ini. Saya mula mengalami pengalaman ini daripada bulan lepas lagi.
Berikut adalah antara sumber informasi yang menjadi rujukan saya tentang "Braxton Hicks" daripada laman babycentre.com :
Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?
Satu
masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan
merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan
pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus
anda pada saat itu.
Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali
anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu
atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari.
Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil
nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam
tahun 1872.
Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?
Kontraksi
Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih
serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus
anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.
Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi
serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek
dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi
menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks
adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.
Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa
perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku
semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau
semasa proses kelahiran itu sendiri.
Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?
Kebanyakan
wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada
doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak
memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya
berlaku."
Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.
Kontraksi Braxton Hicks:
- biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
- lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
- tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
- tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
- terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
- tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
- tahan lama;
- lebih teratur;
- lebih kerap;
- lebih menyakitkan;
- lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.
Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila
kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20
minit pada peringkat terakhir kehamilan.
Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar,
terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit
kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks
anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.
Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?
Apabila
kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan
kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan
kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya
Braxton Hicks.
Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap
Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda,
juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.
Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda
melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang
beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya
membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi
berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang
kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.
Bilakah saya harus memanggil doktor?
Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
- lelehan yang melekit dan berdarah;
- sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.
Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
- pergerakan bayi anda sudah mengurang;
- anda fikirkan anda sudah pecah ketuban;
- jika anda mengalami sebarang pendarahan.
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.
Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap,
ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda
mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila
anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan
sebarang keraguan, hubungilah dia.
#ilovebeingpregnant
#ilovebeingpregnant
Blackjack Archives - Dr.MCD
ReplyDeleteBlackjack is 오산 출장샵 one of the most popular games to play with real dealers. For 구리 출장마사지 the dealer to 영천 출장샵 place a bet, the first player to 파주 출장마사지 bet 계룡 출장안마 on one of the dealer's cards is