Saturday, 31 December 2011

ada apa dengan 2011

wat la weh


Tuesday, 20 December 2011

iPad from Hubby with Love

Salam.
Hehhehe testing testing.
I'm so happy so I wanna share with u all.
I'm actually now using iPad to posting an entry to my blog.
Finally, I had this gorgeous iPad.
My lovely gave it to me as a prezent.
Thank you saying. Love u more.
Muahhhh.


Monday, 5 December 2011

blog yang tidak akan mati

bagaimananye bermulanya saye mempunyai blog sendiri?

sekitar tahun 2008. ketika itu saye baru berpindah tempat kerja juga tempat tinggal. new life konon yang tiada hebatnye. disangka panas berpanjangan. mase tu hepi la jugak dapat kije baru yang gaji yang lagi meningkat. dan rumah baru tinggal bersama kawan, ade bilik sendiri.

tapi semua itu, ntah lah.

ok, saye mula membeli laptop. dengan alasan kukuh sebab ketika itu sambung belaja kat uitm. mase tu broadband mahal. saye pegi maxis, katenye cash RM100 and carry. tanpa dia explain ape pon terus sy setuju. bayar bulanan RM120 tapi line slow nak mampos.

maka, disini bermula lah saye pergi melepak mane saje tempat yang ade wifi. saye pegi starbucks. saye pegi kopitiam. kadang tu kedai mamak pon ade. mase tu akaun fesbuk tak de lagik. ade friendster je. saye mula membaca blog, saye suka. seingat saye mase tu sy kerap baca blog Fynn Jamal dan Sue Anna Joe. lepas tu saye cube explore. senang je, tak susah buat blog free ni. punye la lame blaja nak wat template. then akhirnye blog saye alive. mase tu saye jarang post entri sebab tak dapat lagi style nak menulis. masih ade rase takot-takot dan malu. padahal blog saye ni bukan ade yang baca pon, cuma saya tau blog saye ni for public.

kemudian, penulisan saye pon bermula. saye mencuba mencari identiti sendiri. sehinggalah saye menemui gaya yang selesa. saye makin suka menulis dan menulis. tak kira la hepi ke, sedih ke, murung ke, tensi ke atau ape saje. saye akan tulis. paling saye suka setiap entri ade gamba. tapi tu la taks emua entri saye ade gamba. hahaaaa.

bermacam cerita ade dalam blog nih. saye sengaja tak delete even ade cerita yang dulunye saye suke tapi skang saye amat tak suke. ini kerana, inilah destiny saye. hidop ni bukan semuanya indah, banyak dugaan yang perlu ditempuhi.

saye tak mengharapkan blog ini akan jadi femes macam blog yang lain-lain. ini adalah sekadar blog yang menceritakan perihal saye. saye hanya ingin berkongsi dan meluah hati. itu saja.

namun, saye sentiasa mengharapkan andainya suatu hari nanti saye terpaksa pulang ke tempat 'asal', maka blog ini akan menjadi kenangan. saye harap suami, anak-anak, famili dan kawan bole membaca blog ini untuk lebih kenal siapa saya. setiap yang bernyawa pasti akan mati. tapi blog ini tidak akan walaupun selepas ini tiada orang yang mahu kemudi.

saye harap juga one day anak-anak saye akan baca blog ibu mereka. ini kerana, semuanya adalah kenangan.

hurmmm. sebenarnye, saye mula menulis blog kerana saye sunyi. ketika itu chenta hati saye pegi mengejar cita-cita, jadi dia tinggalkan saye sorang diri. jadi saye amat sunyi. hanya dialah teman saye, kawan saye, boyfriend saye, kawan gadoh juga peneman setia saye dalam ape jua keadaan. sebelah nyawa saye. lumpuh rasenye ketika itu. namun alhamdulillah, jodoh kami kuat. sekarang sudah menjadi suami saye. aminn. terima kasih Allah swt.


Sunday, 4 December 2011

positif itu perlu

wat la weh


Thursday, 1 December 2011

Buat Suami Saya

Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi suamiku.

Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar, 
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit, 
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,

Suamiku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, 
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. 
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. 
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, 
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. 
Setiap nafasku.

Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi suamiku tetapi menjadi suami yang disayangi Allah Ta’ala.

Suamiku, 
Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi suamiku, 
Selamat menjadi ayah pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, 
Selamat menjadi abang pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, 
Selamat menjadi pelengkap hidupku,
Selamat menjadi separuh dari aku.

love u abang








notatangan : saye pinjam puisi ini dari Zahiril Adzim.


Thursday, 17 November 2011

Wanita Hari Ini

semenjak saye menjadi suri kepada suami tersayang, saye banyak la menghabiskan masa dirumah. name lagik surirumah kan. hahhahah. jadi ramai orang pikir, saye mesti bangun tengahari dan bukan pagi. dok umah goyang kaki. ade jugak yang pikir saye ni kaya, dah tak de income mane datangnye kaya tu ye. hurmm.

ok la. pengenalan diatas tu saje je nak meluahkan rasa. sebenarnye ari ni saye nak share pasal satu show yang saye berpeluang tonton setiap hari siarannye semenjak saye menjadi suri. dan saye sukakan rancangan ni sebab tajuknya, sebab pengacaranya dan isu yang dibawakan. best. tapi tak tau la nape dia bersiaran pukul 12tengahari. adakah fokus pada surirumah saje? tapi isu yang dipaparkan bukan untuk surirumah saje. isunya agak global dan mengikuti keadaan semasa and more to family matters.

dan tajuk hari ini ialah "Wanita Inspirasi". ingatkan dorang jempot la Tun Siti Hasmah ke. rupanya dorang jempot orang biase-biase tapi yang dianggap berjaya. Pertama, salah seorang perunding unit trust yang berjaya namanya Norhaili. Kedua, seorang professor yang banyak buat kajian untuk mengubati kanser. Ketiga, salah seorang inspektor wanita yang bertugas bahagian polis trafik dibahunya baru ade 2 paku.

Komen saye disini, ape perlunya inspektor tu? adakah sebab dia bole bawak moto besar? atau sebab dia pakai uniform? atau sebab dia menyertai pasukan yang banyak dipelopori oleh kaum lelaki. Maaf, disini tiada reaslistiknya disitu.

Saye lebih suka apabila perunding unit bercerita pengalamannya dan bagaimana dia bermula. ape yang motivasi yang diperlukan untuk bangkit. ability to bounce back. Kemudian, seorang professor yang bijak mengetuai bidang sains. Kajian yang brilliant dan hasil kajian yang boleh diguna-pakai. Dan yang paling sedih apabile mendengar cerita inspektor tersebut, mungkin dia bole bermegah dengan gambar motor besar tersebut. Dia sendiri mengakui bahawa, dalam bidang ini kebanyakannya wanita hanya banyak dibahagian pengurusan. Enforcement banyak dilakukan oleh lelaki. So, kalu begitu anda hanya sama bagai kerani atau PA diofis sahaja. Ape yang beza, anda hanya memakai uniform dan mungkin sekali membawa senjata berpeluru namun tidak pernah diguna-pakai. So, kesimpulan bagi pendapat saye tiada apa yang perlu dibanggakan atau istimewanya anda ini. Dan bagi saye, bukan termasuk dalam kategori Wanita Inspirasi. Cuma kelakar saja yang lebih.

Wanita Inspirasi saye bukanlah seorang yang berpengajian tinggi atau berjawatan tinggi. Beliau hanya seorang surirumah, isteri kepada suami yang kuat bekerja, ibu kepada 6 orang anak yang bijak dan 'menjadi', dan juga nenek kepada saya. Seorang yang amat lemah lembut tetapi penuh dengan ketegasan. Beliau tidak pernah meninggikan suara, namun setiap kata-kata dan nasihat beliau amat berkesan. Seorang yang amat penyabar dan bijak.


Saturday, 12 November 2011

mood anasir hitam datang

mood malas dan geram.
bangun awal pagi dah kena bersihkan rumah sebab ade budak kencing merata. hadoiiii geram. dah semalam sebelum tido dah jadi otromen kemas tilam. grrrrrrr. sampai hati baby buat ibu macam ni ye.

kemas, dobi, masak segala. pastu penat. so, time bile nak buat homework. ari ni dah last day kena submit outline. hadoooiiii. malas malas. tak de mood. tadi lagi ngadapa lappy. tapi geram je manjang.


Sunday, 6 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 2011 !!

salam.

this time excited giler balik kampung halaman ku. Ye la sempat raye puasa ari tu tak dapat balik kampong kan. and this plak, my hubby amek bahagian dalam qurban. Saye tak de la paksa cuma bagi cadangan terus kepada keputusan. hahhaha. alhamdulillah nasib baik hubby setuju terus tanpa bertanya ape-ape.

so, nati awal pagi nye plan akan ke masjid untuk solat raya, ziarah pusara mek, ayoh dan moklong. pastu akan pergi ke Kampung Durian Pahit untuk lihat "Ismail" diqurban kan. Kat situ kampung arwah mek dulu. Mek cakap dia dilahirkan kat situ, kalo tak silap la. bestnye.
harap semuanya berjalan lancar. Insyaallah ;)


Friday, 28 October 2011

Prudential and me ;D

salam.
alhamdulillah.
sekarang saya sudah bekerja. flexy hour. work from home. and the best thing is I can share and help people. Insyaallah. itu la matlamat saye. cabarannye, how to create awareness to protect their future.

actually, saye tak pernah terfikir pon untuk join group ni. asalnya, saye hanya mahu mengambil plan untuk diri saye sendiri memandang umur kian meningkat dan saye pula sudah menjadi suri. tapi, sepintas lalu saye terasa ingin mencuba. dan bile sampai di ofis dan meet up dengan mereka yang berada di SAR Group. saye rase hepi dan bersemangat. niat saye, mahu menolong suami. dan juga to expand my knowledge and skills. tanpa fikir panjang, saye terus membayar yuran for 3 paper of exams. heheh. balik rumah baru inform hubby. alhamdulillah even hubby terkejut namun dia tetap menyokong saye. tenkiu sayang, love u much. hehe.

hubby ade bertanya, macam mana bole terfikir nak join group ni. saye pon tak dpt jawapan. mungkin ini ilham yang Allah swt berikan. kerana, sebelum ini, saban hari saye asyik berdoa mohon ditunjukkan jalan untuk mencari rezeki yang halal tanpa mengabaikan rumahtangga. hikss. ye la hubby kite kije 24 seven. tak macam hubby orang lain.

insyaallah.
saye berdoa harap jalan kali ni diredhai dan dirahmati Allah swt. semoga sentiasa dikuatkan semangat saye. aminn.

so, pada hari itu. pertama kali ke SAR Group saye bertuah sebab dapat duit raya. then dapat jumpe CEO Prudential. semua cakap saye bertuah. alhamdulillah. aminn.

my first picture with new friends ;D

so, kalu lepas ni sesape nak tanye pasal future protection. plz do ask me ya ;) insyaallah will help u up.


Saturday, 22 October 2011

my last day of 28th



Tuesday, 18 October 2011

Nenek ejen insurans





Che Azizah pernah bonceng kapcai jual polisi kini antara wakil berjaya di Pahang

ORANGNYA kecil molek, berperwatakan ceria dan cukup sederhana dalam penampilan. Sekali pandang, tiada apa yang luar biasa ketika pertama kali bertemu pengurus agensi insurans, Prudential Assurance Malaysia Berhad ini.

Namun, di sebalik tubuh kecil itu, Che Azizah Che Drauf, 52, cukup popular di kalangan ejen insurans dan pelanggan terutamanya di Kuantan, Pahang.
Kegigihan dan ketekunan wanita ini mencorakkan agensi insurans di bawah pengurusannya hingga meraih pengiktirafan tertinggi industri insurans iaitu ‘Million Dollar Agency’, cukup membanggakan.

Siapa sangka, wanita di sebalik semua kejayaan ini adalah nenek kepada enam cucu. Che Azizah hanya bersekolah setakat darjah enam dan tidak pandai berbahasa Inggeris. Wanita cekal ini juga hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa yang menetap di FELDA Bukit Sagu, kira-kira 40 kilometer dari bandar Kuantan, Pahang.

“Perkataan 'insurans' adalah perkara asing bagi peneroka ketika saya mula-mula menyertai industri ini. Apatah lagi selepas menyedari setiap bulan perlu membayar RM60 iaitu harga premium insurans terendah 13 tahun lalu sebagai komitmen bayaran, ramai yang awal-awal lagi menolak,” katanya ketika berkongsi kisah hidupnya bersama sisipan Inspirasi.

Che Azizah mengerti wang RM60 terlalu besar nilainya bagi sebuah keluarga peneroka FELDA. Namun, sekalipun sukar meyakinkan pelanggan kepentingan insurans bagi meringankan beban andai berlaku kecemasan, Che Azizah terus tabah mencari pelanggan.
“Saya bawa bekal air kosong dari rumah dan jika tekak sudah rasa perit, saya minum seteguk dan terus berusaha mencari pelanggan. Turun naik bas dan berjalan berpuluh kilometer sehari sudah menjadi perkara biasa hingga tapak kasut jadi haus,” katanya.

Ternyata, gambaran tipikal khalayak mengenai imej ejen insurans yang berdandan rapi serta bergaya sebelum berdepan pelanggan tidak dapat dikaitkan dengan wanita yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini.

Membuka cerita, Che Azizah berkata, beliau pertama kali diperkenalkan dengan polisi insurans pada 1998 oleh adiknya, Che Azizan Che Drauf.

Beliau berkata, sebaik lulus peperiksaan Institut Insurans Malaysia (IIM) yang ditanggung adiknya, Che Azizan, ibu kepada tujuh orang cahaya mata ini memulakan profesion sambilan sebagai ejen insurans.

"Saya bermula pada 21 Disember 1998 dan pada awal Januari 1999, saya mula keluar mencari pelanggan. Suami, Mohamad Noh Mohamad Nor, 58, yang ketika itu bertugas sebagai guru, banyak membantu untuk menemui pelanggan selepas habis mengajar.

"Dengan motosikal kapcai lapuk yang saya gelar 'Honda no door', kami mengelilingi kampung mencari pelanggan. Pantang berjumpa orang, kami akan berhenti dan saya akan mendekati mereka, memberi penerangan mengenai polisi dan produk insurans," katanya.

Sekiranya suami tidak dapat menemani, Che Azizah menaiki bas untuk bertemu pelanggan. Biarpun terik mentari seakan membakar kulit dan tubuh basah lencun dek peluh, sasaran untuk menemui sekurang-kurangnya 13 orang pelanggan perlu dipenuhi.

Peneroka tanah rancangan ketika itu kebanyakannya tidak mampu memiliki premium insurans berikutan belanja untuk menampung keperluan asas keluarga pun tidak mencukupi.

"Saya dan suami mengambil keputusan menjelajah ke kawasan kampung berdekatan. Prinsip saya tidak akan sesekali melafazkan tidak sekiranya ada bakal pelanggan yang mahu berjumpa biar di ceruk mana sekalipun," katanya.

Namun insiden tayar 'Honda no door' pancit selepas menemui pelanggan pada suatu malam meninggalkan kesan paling mendalam dan menguatkan semangat Che Azizah untuk bangkit membela nasib anak-anak agar tidak melalui kepayahan yang pernah dilaluinya.

“Saya dan suami bertolak dari rumah sekitar jam lapan malam dan menempuh jarak 50 kilometer dengan bermotosikal untuk bertemu prospek. Tetapi, apabila berjumpa dia nampaknya tidak berminat untuk mengambil premium insurans berharga RM60 seperti ditawarkan.

"Malam semakin larut dan kami terpaksa meredah jalan yang gelap gelita dengan hutan tebal di kiri dan kanan untuk pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan saya tidak berhenti berdoa semoga tayar motosikal tidak pancit,” katanya.

Namun apa yang menjadi kebimbangan Che Azizah dan suami menjadi realiti. Tayar motosikal yang dinaiki bocor dan kempis pada waktu tengah malam. Akhirnya, mereka terpaksa menolak motosikal untuk sampai ke rumah sejauh lima kilometer.

Mereka tiba di rumah kira-kira jam tiga pagi. Sebaik memasuki rumah, anak-anak Che Azizah nyenyak tidur bergelimpangan di ruang tamu rumah kuarters dua bilik dengan keluasan sekangkang kera.

Saat itu perasaan sayu dan hiba menyelinap ke sanubari melihat anak-anaknya tidur dalam keadaan berhimpit-himpit serta tidak selesa.

“Malam itu perasaan keibuan saya seakan tercabar. Saya bersumpah pada diri sendiri tidak mahu anak-anak hidup miskin dan susah. Biarlah saya dan suami saja yang berkerja keras untuk memberi kesenangan dan keselesaan kepada mereka,' katanya.

Mengakui dirinya seorang pemalu, Che Azizah dapat melihat peluang cerah untuk mengubah nasib keluarga sebagai ejen insurans. Baginya, polisi insurans mampu memberi suatu bentuk jaminan, perlindungan, sandaran serta cagaran ke atas keselamatan serta kesihatan individu dan keluarga.

Sejak terbabit dalam dunia insurans 13 tahun lalu pada usia 40 tahun, Che Azizah sukar memadam ingatan pahit manis yang dilaluinya.

“Doa anak-anaklah yang menjadi kekuatan dan tenaga saya sekaligus mengetepikan perasaan segan dan malu,” katanya.

Che Azizah berkata, pelbagai cemuhan dan fitnah pernah diterima ketika gigih memperkenalkan premium insurans. Ada yang menuduhnya penipu dan akan membawa lari wang pelanggan. Selain sering diperlekehkan kerana tidak berpendidikan tinggi, penampilan Che Azizah dengan baju kurung yang sentiasa dibasahi peluh menjadi bahan ketawa orang.

“Saya tidak pernah malu mengaku kebanyakan pelanggan awal saya membeli premium insurans yang ditawarkan sebab perasaan belas dan kasihan melihat saya bersusah payah ke hulu ke hilir mencari pelanggan,” katanya.

Namun kegigihan dan keikhlasan Che Azizah menjual premium insurans nyata menjalinkan satu ikatan istimewa dan membuatkan pelanggan selesa berurusan dengannya.

Pelanggan pertama, seorang jururawat yang menyambut kelahiran anak-anaknya masih lagi setia menjadi pelanggan dan sahabat tempat bermanja.

Selepas lima tahun menjadi ejen insurans, Che Azizah mula menerima habuan dari penat lelah dan usahanya. Pendapatan yang diterima ketika itu berada di tahap selesa malah antara ejen insurans berpendapatan paling lumayan.

Kini, Che Azizah dan suami berjaya menyekolahkan ketujuh-tujuh anaknya dengan sempurna malah semua anaknya menjejakkan kaki ke menara gading. Pendapatan lumayan yang diterima dilaburkan untuk membeli sebuah kediaman yang lebih selesa untuk seisi keluarga malah kini mampu memiliki sebuah kereta mewah. Empat daripada tujuh anaknya dibelikan kereta untuk kemudahan mereka bergerak.

Suaminya yang bersara awal sebagai guru kini turut terbabit dalam bidang insurans secara aktif. Malah, beberapa anaknya juga memilih tidak berkerja makan gaji bagi menyambung legasi Che Azizah sebagai antara ejen insurans paling berjaya di pantai timur.

Rezeki Tanah Suci

SEBAGAI pengurus agensi insurans yang berjaya menerima pelbagai anugerah, Che Azizah ditawarkan pelbagai insentif termasuk melancong ke luar negara.

Namun kunjungan ke kota suci Mekah al-Mukarramah bagi mengerjakan umrah adalah antara pengalaman paling manis pernah ditempuhi wanita gigih ini. Ternyata, lawatan itu tidak mampu dibandingkan dengan keseronokan kunjungan ke tempat lain.

Memori di Tanah Suci tersirat cerita menarik yang memahat pengalaman unik dan meninggalkan kesan tersendiri terhadap dirinya. Ketika mengerjakan umrah, Che Azizah berpeluang bertemu seorang usahawan wanita yang sebelum ini dikhabarkan sukar dirapati.

“Pada suatu hari dengan keizinan Allah SWT ketika menunaikan solat di masjid Masjidil Haram, saya terserempak dengan individu yang dimaksudkan malah bersolat dalam saf (barisan) yang sama dengan beliau.

“Peluang bertemu empat mata dengan beliau datang beberapa kali ketika hendak bersolat. Saya ambil peluang itu untuk berkenalan dengannya dan menghulurkan kad perniagaan.

“Sekembalinya ke tanah air, selepas sebulan menunaikan umrah, beliau menghubungi dan menyatakan hajat untuk membeli premium insurans daripada syarikat saya untuk semua kakitangan yang berkerja dengannya. Beliau adalah antara pelanggan saya yang mengambil premium insurans terbanyak setakat ini,” katanya membuka kisah di Tanah Suci.

Sehubungan itu, Che Azizah sentiasa berpegang pada prinsip untuk berfikiran positif dan optimis dalam mendepani cabaran kehidupan. Selain percaya kepada ketentuan rezeki kurniaan Allah SWT, setiap individu seharusnya tidak putus-putus berdoa dan harus berani mencabar diri mencuba sesuatu yang mungkin difikirkan mustahil untuk direalisasikan.



sumber dari Berita Harian.


FOTORADUAN #Jomblo

ahaa !!!
ok, kali ni Ladynoe dengan baik hati nye telah anjurkan satu contest dan hadiahnya adalah camera tersebut seperti yang terpampang dalam poster tuh. sape tak mo beb. so, saye mencuba nasib. harap dipilih la kan. aminn. untuk sesape yang nak juge join contest ni, sile lah ke blog Perempuan Jomblo untuk more info.

so, setelah dipikir-pikir dan dipilih-pilih. saye cuba mempertaruhkan gamba anak sulong saye iaitu Cheq (baby-yang-kiut-ever). Cheq ni memang eksperesi wajah memang gini. tak pernah senyum. saiko plus emo. hope we can win baby.

so, here we goes..


jomblo
***
**
*



sunyi aku sendiri
sunyi tiada kawan
namun kasih yang penuh disini
mungkin diluar lebih menarik
tapi aku mahu indah yang didalam ini
jadi, aku putuskan untuk terus bersama kasihnya disini
hidup bersama ibu
biar aku sunyi tapi aku tidak sepi
maka, biarlah hanya melihat dari sini saja



Monday, 17 October 2011

so, nak tulis ape yer?

yer begitu lah keadaan nye tiap kali blur.
sebenarnye, idea tuh datang time dok masak, basuh kain, sidai kain atau juga dalam bilik air.
bile mane dok je depan laptop nih, semuanya akan jadi beku gitew. maklumlah terlampau banyak idea mendatang. ha ha haaa dan haaaaaaaaaaaaaaa..

maka, banyak sebenarnye saye nak share dan cerita. macam-macam. memula rase macam nak wish selamat hari jadi kat MOKNI sebab semalam besday dia. then, nak cite pasal kehebatan solat lima waktu. then, pasal surirumah dan saye. then, pasal saye dah masuk industri baru. then, pasal saye ade banyak homework yang banyak tak siap. then, pasal saye yang penat lelah ulang alik untuk suami tercinta. then, pasal mood saye yang malas nak masak lately. then, pasal orang yang susah nak terima keburukan orang.

lately ni saye dah dapat detect la sket pasal kelemahan saye yang perlu diperbaiki. bak kate mat salleh.. "those things that you have to de-junk" gitu la lebey kurang. yang paling ialah bangun lambat. actually Im a morning person, before. tapi skang macam liat nak bangun. except kalu dok serumah ngan mama, mesti bangun cepat sebab terngiang-ngiang suaranya. ahakss. I like !!
dan saye juga kurang fokus. hurmmm. ouchhh. macam skang ni la kan, saye bukak laptop, dan bile online, first sekali saye akan bukak fesbuk, then bukak blog saye, pastu iluvislam, then gmail. daripada situlah saya kan explore satu persatu yakni akan menghabiskan mase saye. skang ni pon baru habis baca blog si FynnJamal, owh dia dah ke Uralsk, but this time with her hubby. good for her. new journey.

dan skang ni saye amat rindu nak travel. rindu sangat nak ke Thailand la. macam last year. rindunye. tapi tak de geng la this time :(

ni gamba mase kat Chiang Mai last year ;D


tapi kalo bercakap pasal life plak. hurmmm alhamdulillah bole dikatakan semakin ok dan baik dari segala semua sudut. walaupon belom totally baik tapi nampak gayanye menuju ke arah kebaikan. Insyaallah harap berjaya la hendaknye.

aminn :D


Wednesday, 12 October 2011

saya nak iPad !!


lately ni amat mengidamkan iPAD.
actually dah lame minat ngan Apple punye product tapi bile sebab tak mampu jadi saye pon tak suke mane la nak berangan kan. tapi tu la skang ni berangan tu datang balik la pulak. nak sangat iPhone juge iPad. muahahahhaha. tamak ke?

tak lah, mane ade tamak.
maybe angan-angan ni datang balik lepas kena brain-wash mase oegi seminar hari tuh. dan lagi saye akan start bekerja kembali. insyaallah. even saye agak nervous. eh bukan!! saye amat nervous. skang ni berdebar je rase. heart beat makin laju.

kenapa saye nak iPad?
sebab skrin nye besar dan colorful. dan easy to carry. paling penting senang saye nak surf internet walau dimana jua. itu yang penting. setelah surney, harganya RM1899. waaaaaaaahh!!!! almost 2k !! insyaallah.

Ya Allah Ya Tuhan ku, hanya pada-Mu tempat aku bermohon. permudahkanlah perjalanan baru ku ini. permudahkan setiap langkahku menuju ke jalan-Mu Ya Allah. jauhkan aku dari segala hasad dengki syaitan. permudahkanlah urusan ku untuk mendapat iPAD. aminn.



notatangan : Gambar tersebut dipinjam dari blog Kak Emila Yusof ;)


Saturday, 1 October 2011

bangun pagi gosok gigi


bangun pagi gosok gigi
cuci muka pakai baju
minum milo makan roti
kenyang perut senang hati



ehekk !!
sejak dua menjak kebelakangan ini memang susah nak bangun pagi
mane taknye dah tido lewat malam kan
itulah salah satu cabaran apabila kita bekerja senndiri
masa bekerja ditetapkan sendiri so disiplin lagi la kena ketat
kalo tak semua lingkup
so, bersyukur la mereka yang bekerja 9-5 tu ye. ade baiknye disitu.

bangun pagi memang susah
apatah lagi kalu nak bangun solat subuh, sebab setan laknat yang jahat tu dok tiup kat telinga tak kasik bangun. jadi bagi orang yang kena masuk kije awal pagi, secara nak-tak-nak pon kena bangun jugek. maka, akan memudahkan lagi dorang untuk solat susbuh. alhamdulillah.

ape yang makin tak elok pernah melanda diri ini ialah saye tido balik lepas solat subuh
fuhhhhhhhhhhhh!!!! memang susah nak bangkit beb. bestnye tido time tuh. kadang tuh kol 11pagi adalah kebiasaan jer. saye kadang agak pelik sebab Im not that kind of person. I mean Im a morning people. Kalo dulu, hujung minggu pon saye bole peram mata sampai pukol 8 pagi je. Then bangun kejutkan adik saye bangun untuk pegi bekpes. well, that was me before.

bangun lewat amatlah rugi ye kawan-kawan.
arwah Mek dan Ayoh dulu paling tak suka orang bangun lambat
Mek selalu cakap, rezeki pon kedekut nak masuk
Ayoh cakap, orang malas je yang suka bangun lambat
Mek dan Ayoh are morning people, and that how they taught me before ;)
Mek cakap bangun awal ni amat elok untuk memulakan hari. Segala kerja pon elok. Dan kalu dah penat sangat, tido sekejap waktu tengahari.  tapi jangan tido lepas waktu asar plak yer.

saye memang macam tuh
saye memang budak kampong yang kekampungan
dan tak kesah if orang cakap saye masih kolot or wat
memang saye tak suke orang tido waktu maghrib
kalo bole elakkan tido lepas waktu asar, kalu penat sangat, lelap la sekejap
bangun lambat pon tak suke
heeeeeeeeeeeeeeee !!!!

so, kesimpulannnye saye cube mengembalikan diri saye
mula mengatur jadual rutin yang lebih efektif..ehemmm
cube tido awal kalo tak de kije penting
akan bangun seawal bole
bangun lambat pagi jumaat tu dikecualikan la :p

notatangan : semenjak ade seluar baru nih, dah rajin pegi jogging :)


Tuesday, 27 September 2011

cuti seminggu yang osemm !!

sejak semalam saye balik ke tempat asal setelah seminggu bercuti.
sangat best even penat dan sangat penat. lewat semalam, sampai je rumah terus saye pengsan. penat.

actually, saye punye cuti ni bermula dengan kelas yang saye kena attend. maklum la skang ni saye kan dah jadi student. heheheh. sedikit agak terkilan sebab tak dapat attend open house mokni :(

bermula dengan pagi ahad, bangun awal sangat then terus pegi ke kelas. seksyen 17 plak tuh, tak tau kat mane. nasib baik Encik Suami Tersayang tolong cari dan tunjukkan jalan. then send him at stesen komuter. pisah jap. sob sobbbb :( memang dari dulu lagi saye macam tuh. tiap kali berjauhan ngan hubby mesti nangis. macam la tak jumpe dah lepas ni kan. tapi itu la saye. tak tau la ngade atau manja. ha hahaa

seterusnya, pagi isnin macam seprti dahulunya saye bekpes kat uia. best. saye suke suasana kat situ.

bermula dengan monday hingga lah ke sunday semalam, jadual saye amat penuh. dan saye amat suka. alhamdulillah. syukur. buat pertama kalinya saye menjadi seorang yang komited dan punctual. I like new me :)

dengan izin Allah swt, 85% perancangan saye berjalan lancar. alhamdulillah. saye tak balik dengan tangan kosong kali ni. saye amat gumbira.

ade beberapa perkara yang pending :
1. claim duit dewan kat MBSA
2. swimming
3. pergi kareoke + makan nasi arab + makan steambot
4. pegi umah mertua (lupe la plak dah ade mertua ;p )

kalo diikotkan banyak perkara yang pending, tapi yang kat atas tuh pending yang penting la. hehheheh.

so, bile sampai dirumah, perkara yang paling best ialah dapat jumpe anak-anak. i miss them so much. seminggu tak jumpe dan tak dengar suara, rindu sangat. tu pon my hubby sentiasa update gamba dorang thru mms. rindu sangat. i love u baby and adhik.

tapi perkara yang geram dan penat ialah rumah yang tak macam rumah. hadooooooooooiii. penat nye nak ngemas. nak tanak pon kena buat jugak kan. so, for today dah 80% dah siap kemas. alhamdulillah. tapi tak sempat pegi kelas mengaji sebab penat sangat. ish ishh. kalo kecik-kecik dulu mane bole ponteng suke hati, nati Mek marah.

so, saye harap the "new me" akan berlanjutan dan harap juga "istiqamah" itu ade :)

notatangan : apebila dah lame tak update blog, ini la jadinye. cakap merapu dan mesej kurang padat. hurmm.


Sunday, 18 September 2011

kelas

today is my first day attending a class for first semester.



Thursday, 15 September 2011

tumblr and me

salam.
lately nih mood sedang enak untuk photoshoot.
dan sedang untuk tarik mood untuk editing plak.
belaja sket, sket dan sket.
banyak tanye dan sharing dengan mereka yang tak kedekut ilmu.
suka sangat bile tangok blog, web, flickr, facebook atau tumblr mereka yang mempunyai gamba yang menarik. amatlah buat hati ini tertarik. nak pulak kalo gamba tuh smooth dan agak vintage atau classy. owh i really love that.
but, seriously I didnt know how they did, gamba jadi besar gedabak. lawa.

so, cadang nak try explore tumblr la plak kan. tadi bile nak sign up. tup tup!! ler dah ade la account ngan tumblr. terpampang satu gamba kat situ. hahahaha!! Im so excited. tarikh post plak 12 March 2009. wow!! dah 2 tahun lebih. how come I bole lupe. hu hu!! so, tadi dah update and Im happy with my new tumblr. cuma tak habis explore jew lagik. he he!!

so, my friends presented to you my new photoblog maybe. but I dont like to reblog.





Saturday, 20 August 2011

sesuatu yang dirindu


ini gamba pertama kami.
snap by henpon sabun kepunyaan dia.
hampir 6 tahun sudah berlalu tapi gamba nih tetap indah bagi saye.
kenapa? sebab satu gamba seribu cerita.
setiap gamba ade lagu, melodi dan emosi.
gamba ni sangat indah dengan senyuman kami berdua.
sepasang couple yang baru declare bercinta.
malu tapi mahu, benci tapi rindu.

gamba ni sangat riang penuh dengan senyuman bersih.
masih ingat lagi saye dipaksa bergamba.
saye malu, sebab saye tahu saye tak lawa.
tapi dia buat saye tersenyum.
dan saat itu satu memori telah "dibekukan" menjadi satu gamba.

saye amat bersyukur kerana masih bole melihat memori ini.
saye amat bersyukur kerana Allah telah menetapkan jodoh kami.
terima kasih Ya Tuhan kerna sudi mendengar permintaan dari insan hina ini.

andai dapat diundurkan masa
saye mahu kembali ke saat ini
saye dan dia masih malu-malu
saye dan dia masih tak tau ape itu cinta
saye dan dia hanya tahu sayang

saye rindu.





Wednesday, 17 August 2011

Salam Nuzul Al-Quran

malam dah hampir tamat tapi baru nak cakap pasal nuzul al-Quran


Friday, 12 August 2011

Im back !! Being a student again !!

Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Illahi.

buat kali keduanya saye mohon untuk sambung belajar. dan saye diterima. saye check permohonan melalui online on 11 August 2011. Syukur !! Im so happy.



Wednesday, 10 August 2011

Berpuasa Tanpa Solat Ibadah Sia-sia.

BERPUASA tetapi tidak menunaikan solat. Mereka sanggup berlapar dahaga tetapi tidak sanggup menunaikan solat. Ada yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika Ramadan.

Kita bimbang nanti puasa dan sedekah tidak bermanfaat kepadanya kerana solat tiang agama. Ada juga kalangan kita menyuruh anak berpuasa tetapi membiarkan mereka tidak solat.
Tidak menjaga batas agama seperti pergaulan lelaki dan wanita serta menutup aurat. Lelaki masih berseluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa dan ada wanitanya pula tidak bertudung malah memakai baju tidur kelawar semasa mencari juadah.
Ada juga wanita tidak berpuasa kerana uzur syarie (haid dan nifas) pula tidak menghormati Ramadan kerana berani makan di khalayak tanpa segan silu.

Menghabiskan masa menonton televisyen, video cakera padat (VCD), sedangkan hari dan malam yang datang setahun sekali itu patut digunakan bagi memperbaiki amalan serta mengingati kesalahan lalu.

Sepatutnya pada bulan ini kita gandakan bacaan al-Quran, cuba menghafal beberapa surah pendek dan sentiasa pasangkan niat berkhidmat kepada insan lebih memerlukan.

Membazir ketika berbuka puasa disebabkan nafsu membeli tinggi. Semua hendak dibeli tetapi apabila tiba masa berbuka, makanan yang dibeli tidak dihabiskan. Membiarkan anak bermain mercun sehingga mengganggu jemaah yang menunaikan solat tarawih di masjid atau surau berdekatan. Sebaiknya galakkan anak solat tarawih dan tilawah al-Quran bersama.

Hanya puasa makan dan minum, tetapi tidak menjaga pancaindera seperti mata, lidah dan telinga ketika berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum.”

Tidak mahu bersahur mengurangkan berkat dan pahala puasa kerana tidak menurut wasiat Rasulullah yang bersabda maksudnya: “Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.”

Semoga kita dapat memperbaiki puasa kali ini dan menjadikannya lebih baik dari tahun lalu.




Notatangan : Sumber dari Berita Harian.



Saturday, 6 August 2011

bidaan kurang mengena

salam.

begitulah lately ni yang terjadi pada saya. plus minus kurang lebih jugak lah bidaan saya kurang mengena pada targetnye. Subhanallah. namun, saye tetap bersyukur sebab Tuhan amat sayangkan saya oleh itu banyak dugaan diturunkan untuk saya sentiasa mengingatinya. Terima Kasih Ya Tuhan.

hurmmm. mengeluh.
tapi dah kurang mengeluh compared to dulu.
dulu lagi banyak mengeluhnya. heheee.

Ya Allah kuatkan semangat ku dan tunjukkanlah aku jalan yang lurus.
aminn.


Tuesday, 26 July 2011

Al-Fatihah untuk Arwah Ayoh Haji Manaf untuk tahun ke-2

al-fatihah


Saturday, 23 July 2011

Al-Fatihah untuk Arwah Tok Che Mat

tiada gambar
kalu ade pon gamba arwah Tok Che Mat ngan suami saye je.
sebelum ni, saye tak berpeluang nak bergambar dengan dia.

tarikh 26 Jun 2011, Ahad, petang.
suami saya mendapat panggilan talipon daripada emak mertua saye, berita mengejut dan sedih disampaikan. kedengaran amat sayu suara suami saya.

lantas lengan saye dipegang "Yang..atok dah tak ade..."
Innalillah' wainna Illaihiraji'un
terus dengan pantas juga kelam kabut, barang semua dikemas.
Cheq dan Chiq pon ikot sama balik kampong.
laju sangat. rase macam naik kapal terbang. kereta yang dipandu oleh suami bagai tak cecah bumi.
sepanjang perjalanan, saya mainkan CD surah Yassin. mulot kami kumat-kamit ikot sama.

jam kurang-lebih 11malam, selamat sampai dikampong rumah atok.
saye hanya bersalam dengan segelinitr orang kerana hati nih tertumpu terus pada jenazah yang terbaring. Masya'Allah, sejuk saja wajahnya, bagaikan sedang rehat. terus surah Yassin dihadiah buat atok.

Arwah Tok Che Mat ini memang menarik orangnya. senyum tak pernah lekang dari bibir tiap kali berjumpa. selepas dia meninggal pon, dia tetap menarik perhatian saya.

Saya sekadar mahu kongsi cerita. Sebelum arwah meninggalkan, dia telah memesan pada anaknya supaya menggunakan sejumlah duit yang disediakan untuk segala urusan pengebumian, hadiah bagi mereka yang solatkan jenazah, hadiah bagi yang bacakan tahlil dan termasuk makan-minum sepanjang tahlil. Masya'Allah, semua itu telah disediakan dari awal lagi. Dan ape yang paling menarik perhatian saya, beliau telah menyediakan sendiri kain kafan untuk dirinya sendiri. Jadi pada hari pengebumiannya, Tok Imam tidak membuat banyak kerja, hanya membuka semua kain yang telah disediakan. Beliau telah bersedia untuk mati. Saya tersenyum. Atok ini memang menarik orangnya.

Masih ingat lagi pesannya kepada saya dan suami..
"buat lah nak buat ape pon tapi solat lima waktu jangan tinggal"

Pesanan tuh same dengan pesanan arwah Mek dan Ayoh..
"kak long, solat limo waktu ni tiye ugamo,jadi jange dok tingga.."

Insyaallah.
Saye amat bersyukur hingga ke hari ini pesanan tuh masih saye ingat dan terngiang-ngiang di telinga.

Al-Fatihah.


Monday, 18 July 2011

stuck with too much thinking

ganah dop tajuk kat atas tuh? hahahhah
sekian lama tak update blog tetibe update ngan tajuk sebegitu.
tapi memang betol pon macam tuh, kadang tuh terasa bagaikan out from mulot buaya, go in to mulot naga. am i correct? well, maybe ini la dikatakan cabaran hidop. kan? atau tu hanya ayat nak sedapkan hati. atau yang betol saje je nak carik nahas.

so, itu memang la ceritanya, bak kate omputeh destiny. dalam sedar atau tidak, ape pon jua sebagai umat yang amat disayangi Allah swt kita haruslah berbalik pada yang asal. Bak kate lagu Maher Zain :

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah
Insya Allah you’ll find your way

lately saye sebok, ntah ape yang disebokkan saye pon kurang pasti. tapi saye suke sebab banyak sudah pending task yang dapat disettlekan. alhamdulillah. cuma, saye ni masih lagi orang yang masih begini. susah nak adapt dengan keadaan baru. Bak kate Hafez Ibrahim (hok saye beso kekoh tuh), itu semua drama. Itu kata Hafez la. Katanye lagi, wat pe ko nak pikir-pikir, buat je la. banyak sangat pikir nanti banyak la ko punye drama. hurmmm.

Julai 2011 memang cepat sangat berlalu. tak dan nak kato apo doh. bedesyummm gitu jah. hurmm. ari ni dah 18hb dah. cepat nyo.

kadang tu saye rindukan rumah bujang saye kat Gombak. saye rindu nak amek dan anta Angah kije. kalu pagi bole bekpes kat uia, saye suko even sy tak mandi pon lagi. ari Ahad plak saye akan mati kutu sebab dia akan kuar dating. ade je ari free, kami akan "jimba-jimba". Pastu pakai jangok-jangok. Saye suka. Dan skang adik bongsu saye dah habis belaja, owh amat saat yang dinantikan. saye suke kalu dia bole dok Gombak untuk gantikan tempat saye. tapi tu la, rezeki dia untuk sambung belaja tu murah. so, maybe mek Ngah akan dok ngan osmate baru. haihhh.

so, apa akan berlaku pada saya selepas ni? 2011 saye nak rest dan kemudian akan buat comeback walaupon saye belom pernah ade album pertama lagi.

heh!



Tuesday, 5 July 2011

hepi besday angah 25th !!


ucapan dari alon :
selamat hari Angah yang ke-25!!
semuga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki dunia akhirat.
alon doakan supaya Angah lekas bertemu jodoh yang direstui Allah swt dan mendapat keberkatan dari setiap apa yang didoakan. sentiasa menjadi anak dan adik yang soleh dan penyabar.




nota : tahun ni celebrate kat umah je la kot kan. alon kurang bujet.
credit gambar to 4by6 Pictures


Friday, 24 June 2011

Pastry Class

topping fondant

topping fondant for cupcake

one and only

roti yang dibakar dalam masa 40 minit 

 coklat..nyummmmm
Saya tak pernah ade pengalaman lagi menghadiri mana-mana kelas masakan. So, ini dikira first time la kan. Kelas ini dianjurkan oleh salah satu kedai yang menjual bahan-bahan membuat pastri. Yuran dikenakan RM50.  Saye terus mendaftar dek kerana excited nak belaja buat coklat.

Tiba hari yang dinanti, saye penuh semangat hadir ke kelas. Waaaaaaaa.. rupenye kite tak buat ape-ape pon. Just observe ape yang chef buat and take note. Bermula sengan cara-cara membuat topping menggunakan fondant, macam tanah liat je caranya. Heeee..heee. Kemudian topping untuk cupcake pon menggunakan fondant. Bagi membuat roti plak, dorang kasik resipi jer, then sambil promo alat yang nak buat roti tuh. Kire letak je semua bahan dalam mesin tu, then tunggu 40minit, masak lah roti tuh. Alaaaaaa macam mesin basuh la jugak. 

Part yang paling saya suka ialah bile chef tu ajar cara-cara membuat coklat. Amatlah simple cuma fokus yang tinggi diperlukan untuk menghasilkan coklat yang sedap dan menarik. 3 bahan je yang diperlukan untuk membuat coklat. Heee.

Selesai je kelas ni, kami ade bergambar dan semua yang hadir kebanyakkannye makcik-makcik. Ade la jugak yang siap bawak anak kecik lagik tuh. So, before balik kami dapat goodies bag dan dalam tu ade sedikit bahan yang simple untuk buat coklat. So, ramai gak lah yang terus membeli bahan kat kedai tuh. Saya ni agak jakun, so ramah la nak bertanya. Mak aihhhh salah tanye, rupenye ramai antara yang hadir tu mengaku adalah pengusaha kek dan coklat. Ahakkkkss!! Rilex ar makcik mane la saye nak kenal, lenkali bikin fesbuk yer.

So far, ok lah kelas ni. Cuma ade sedikit kurang puas hati sebab dorang tak inform awal-awal yang this is not a class but only like a demo. Tiada sijil diperuntukkan. Dan juga chef tu hadir lebih kepada untuk promote barang. But, ok lah at least saye dah dapat ilmu untuk buat coklat tapi tak de kesempatan nak buat lagi. Heee hehhe.


nota : bercita-cita nak masuk kelas Macaroon plak ;)


Thursday, 23 June 2011

this is my card

ok.
I admit that Im not type of "google" person actually. ramai je my friends yang belaja sendiri melalui online. tak kira la belaja masak ke, craft ke dan ape je la. dorang belaja sendiri je. kadang tu tengok u-tube ke. I tengok je bole la. tapi kalo buat mesti problem. kadang tuh half-way jew.

so this time I challenge myself to create a simple name card for me guna Adobe Photoshop. sambil tu mata dok perhati kat u-tube. dan alhamdulillah im done. berjaya !!!!

tadaaaaaaa!!!

mesti korang cakap, ni pon berjam ke nak siap. biase la kan I tak tau pon ape tools semua yang ade dalam tuh. td baru tahu ape itu layer. sebelum kek layer tau la. hahhaha.


notatangan : besok nak cari kedai yang bole kasik print ini murah-murah juga. kalo tak, printer hubby kat opis jadi sukarelawan la. hahha


Thursday, 16 June 2011

Kelas Asas Fotografi

Saye sangat hepi dan berbangga, akhirnye saya dapat completekan kursus pendek ini yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti melalui Program 1Malaysia. Kursus ini dikendalikan oleh Encik Edi Kasim. Memulanya rase agak janggal, dan terasa macam agak formal. Tapi lama-lama tu rase enjoy. He He.
Kursus ini  berlangsung selama 3 hari dan 20 jam. Teori dan praktikal adalah selari dengan silibus.




Terima Kasih kepada Kolej Komunti.
Terima Kasih kepada Encik Edi Kasim.
Terima Kasih kepada kawan-kawan.
dan yang utama Terima Kasih kepada Encik Suami yang menyokong saye dalam usaha ini even dia tau wife dia sokmo dok merengek itu dan ini. Tq abang.

Nota : Syukur alhamdulillah. At least I know how to use a Nikon. ha ha


Friday, 10 June 2011

Potato Pictures


ehekk.
saye dengan jayanya telah meng'ADA'kan new account for my flickr. he he. sebelum ni pernah ade. tapi saye buat-buat lupe password. malas nak cari. tapi address nye masih saye ingat. so, nak delete/update gambar kat situ pon tak leh.

maka, dengan itu new account telah tercipta dengan baik with fresh photos dan clean energy giteww. harap this time takkan jadi sesawang lagik kan. dan macam biase model utama saye ialah anak lelaki saye, jeng jengg CHEQ !!!

feel free to visit my flickr ya as Potato Pictures ;)


Saturday, 28 May 2011

happy birthday 3D !!

hari ini saye dan famili menghadiri majlis hari jadi 3D !! these 3 cute kidos are my anak sepupu. anak kepada sepupu saya Kak Ina + Abang Joe. Kami dijemput untuk meraikan hari jadi 2D iaitu si kembar yang pada 11 Mei dan adik mereka Dhia pada Disember akan datang. Dan majlis ini juga untuk adalah majlis aqiqah untuk si Dhia. so, kire satu majlis untuk banyak tema la kan. dorang buat sekaligus.

Kak Ina, can say is one of my good sister. Seorang yang sangat positif dan kuat semangat. Kami saling "berbalas pantun" melalui email dikala office hour. Ha ha. Sebab kalu kat rumah, Kak Ina mana sempat dah nak bukak laptop. Sambil sharing ideas, luahan perasaan dan juga gossip untuk hilangkan mengantuk dan boring kat office. If Im not mistaken kami mula berhubung semasa saya masih bekerja di Comptel lagik. Lame tuh. Dan sampai la skang ni. Kalo ade email yang tak berbalas tuh, maka paham la ade yang cuti, mc dan sebagainya. Ha ha.

So, untuk majlis ini saya meminta kebenaran Kak Ina untuk membuat goodies bag sebanyak 100 kuantiti. Mulanya Kak Ina seakan menolak untuk tidak menyusahkan saya, tapi bila saye berkeras juga jadi dia pon izinkan. Saya bagi alasan saya nak cuba promo servis nih.

Maka, minggu lepas saya pon sebok la mencari gula-gula dan segala bahan untuk dibuat goodies bag. Apakan daya, kawasan yang didiami tuh agak terhad dengan barangan yang saya perlukan, jadi ianya sekadar ala-kadar sahaja. Suami saya sanggop sponsor semua barangan untuk goodies bag nih. Tenkiu sayang !!! Tambahan lagi, suami saya plak terlebih excited. Katanya, biar budak-budak hepi. So, semalam kami berdua sama-sama usahakan goodies bag yang pertama dan simple lah sangat dan memang berpatutan.

Rentetan dari itu, hinggalah timbul idea untuk saya ingin serius dalam hal ini andai ade permintaan. Maka, fan page kat fesbuk pon dah ade juga blog sudah tersedia cuma perlu lagi dikemaskini. Insyaallah ;)


untuk itu sile lah visit Delicious Goodies !!


Thursday, 26 May 2011

English Course

English Course??

Ha ya. Im taking an English Course now at one of  the college here. Actually this is a short course and it have to be complete for 20 hours. You know what the fee for this is cheaper ever!! So, I have to take this opportunity rite? Ahaks. Hope I can finish it with excellent result and get a certificate.

Tonight is my second day attending the class. Im supposed update this last night but my verukband is so veruk. It so awesome. Im so impressed got a new friend. She ask me to call her Umi. She is 52 years old. But still got passion to learn English skill. Not bad ha.

Hope I can improve my English skill much more better.


;)


Monday, 23 May 2011

explorasi dan adaptasi

salam. actually tak de la stuck mane pon, cuma agak busy tapi tak de la busy mane pon. maybe sebok ngah exploration and adaption. juggling and adjusting. biase la sebab saye ni kan seorang yang stubborn jadi amat memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan sesuatu yang baru. management diri jugak ade lari. tapi alhamdulillah not really out of tune.

sedang sesuaikan diri bahawa saya sekarang adalah seorang isteri. so, tugas saya agak berbeza sekarang ini. tidaklah berat mana kalau kita kupas satu-persatu cuma indah itu perlu digali untuk dapatkannya.

cuba seboleh mungkin ingin menjadi seorang "pelajar" kembali. banyak yang ingin saya belajar. dulu, saya teringin nak belajar tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. jadi sekarang ini, Tuhan telah makbulkan hasrat saya yang dulu. sudah diberikan masa cuma sekarang harus mengatur langkah untuk mencari peluang belajar agar masa yang diberikan tidak dipersia. Insyaallah.

semakin hari membuatkan saye semakin bersyukur. saya mempunyai famili yang amat menyayangi saya. hidup ditemani suami tersayang juga bersama satu makhluk berbulu putih yang sangat "fabulous". jauh disudut hati mereka inilah yang banyak menyokong saya. terima kasih.

Insyaallah, dengan izin Tuhan semuanya akan terlaksana. aminn.


Sunday, 15 May 2011

bodoh

bodoh.
not a good word rite?
these what I got from e-kamus, the meaning of bodoh.
  1. sukar mengerti atau mempelajari sesuatu, bebal, dungu, tolol
  2. bodoh alang agak bodoh
    bodoh sepat nampaknya bodoh, tetapi sebenarnya tidak
    bodoh sombong tidak cerdik, tetapi enggan pula menerima fikiran, pertolongan, dan sebagainya orang lain
  3. membodohkan menjadikan bodoh, membiarkan bodoh
  4. menganggap bodoh
  5. mengakali, menipu
  6. kebodohan perihal bodoh, kebebalan, kedunguan, ketololan

have mention this word?
and why did you mention it?
normally when you get angry with something? have you ever think before you mention it?
if this word dedicated wrongly, then it might hurt.
so, careful with your word.




notasaya : You can anything about me, but remember this word will hunt you till you down ;)




Wednesday, 11 May 2011

bujang

bujang or single?
bujang tapi dah kawen?
single but not available?

actually dah lama nak buat entri berkenaan bujang ni. cuma sebelum agak kurang berani sebab belom nikah lagi. so, memandang sekarang saye sudah bergelar seorang isteri jadi bole saye menulisnya dengan lebih terbuka dan santai giteww.

so, lets start hu hu..


bujang? andartu? kertu? banyaknye label yang diberikan oleh masyarakat manusia ni kan. Tuhan tak de pon sebok nak keluarkan status tuh tapi pepandai plak masyarakat ni kan. biasenye mereke yang suka bagi label ni kat orang ialah mereka yang dah kawen dan juga mereka yang muda remaja tapi belom kawen. bagi orang yang dah kawen, dia fikir macam dia dah terselamat la kan untuk dapat gelaran tu so itu yang sedap mulot je. bagi orang yang usia muda dan belom kawen pulak, maybe dorang ni dah ade boyfriend. and even dorang ni tak de boyfriend pon dorang macam yakin akan kawen satu hari nati jadi sebab usia muda tak leh la nak dah dapat label andartu kan.

apabila orang tua-tua bercakap-cakap
"nape tak kawen lagi tu? memilih sangat la tu. jangan memilih sangat "

apabila orang yang sudah kawin dan dapat anak bercakap
"aku rase ko ni kena kawen cepat-cepat."
"nikah la wei. best woooo nikah."

apabila orang yang sudah kawin dan tiada halangan semasa nak kawin, bercakap
"korang ni kenapa complicated sangat, kawin je senang"

apabila orang yang sudah kawin dan semua perbelanjaan ditanggung keluarga, becakap
"ko ni jangan pikir panjang sangat, kawin je"

apabila orang yang belom kawin tapi dah ade boyfriend, bercakap
"nape dia emo semacam tu? teroknye. dia dah kawen ke belom? belom. patot la. meroyan la tuh"

well, amacam?? banyak kan situasinye apabila kalo jadi orang bujang yang umor ke 25tahun ke atas ni kan. such do a BIG CRIME !!

saye tak tahu la pada mereka yang bercakap tu ape yang mereka fikir. ingat orang bujang ni suka sangat ke nak jadi bujang? ha?? bukankah sudah menjadi fitrah yang ditentukan Allah s.w.t setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan. dan yang paling penting harus diingat Jodoh, Ajal dan Maut semuanya ditangan Allah s.w.t. sudah lupe agaknye yer?

saya secara jujur, paling tak suke setiap kali mendengar komen-komen di atas. sebelum dan selepas menikah pon saye masih tak suka dengan statement pasal orang bujang nih. haallllooooo !!! sape tak nak ade teman dan sentiase didampingin orang yang kita sayang. tapi itu semua bukan mudah. dan harus diingat jalan kite semua tak sama ok.

nikah. bukan lah penutup cerita tapi pembuka cerita kepada satu ceritera yang baru yang lebih mencabar. suami, adalah ketua kelaurga juga imam dan isteri, adalah ketua roh keluarga yang membentuk imej kelurga. nikah adalah perkongsian hidup dan penyatuan dua kelaurga. jangan ingat bila dah nikah takkan ade masalah lagi ye. andai tiada kekuatan iman, mungkin bole tumbang.

couple. korang ingat korang dah ade couple tu korang akan nikah la yer. belom tentu lagi dek non oiii. so, jangan dok galak sangat. tak de untungnye couple ni sebab dalam islam pon tak de cakap menda ni. tapi inilah trend. kalu dah couple tu jalan mesti nak kena pegang tangan kan, tak bole larang dah. kalu nasihat sket pon dah muncung. silap haribulan kite ni dilawan balik. tapi itu dah nambahkan dosa. ade korang ingat? mane nak ingat, sebab dunia kami yang punya. haihhhhh. pastu kalu time gaduh, sakit hati, nangis, tak mo makan minum. silap2 ganggu pelajaran dan mood kerja. ape untungnya? kalo macam ni baik single kan, tak de pon sakit hati.

oleh itu, jangan la suka hati nak labelkan orang. just mind ur business ok.

ok. so untuk yang single mingle ni plak. kalu nak cari pasangan pon berpada-pada la. jangan sampai porak-perandakan hubungan orang. tak kira la kalu orang tu dah tunang atau pon dah nikah, even hanya couple saja pon. jangan la begitu, tak elok. ko pergi bertarung macam-mana pon kalu dah bukan jodoh kau tak kan jadi jugak. tapi kalu dari awal lagi niat dan jalan dah salah, macam mane hubungan tu nak elok. simple kan?

ok la. bagi saye semua ni balance. oleh kerana perangai mereka yang single makin haprak nih la buat orang selalu pikir bukan-bukan. tapi tak semua orang yang single macam tu.

nasihat saye kepada orang yang single, jangan fikirkan sangat pasal nikah tu ye sebab mulot orang ni kite memang tak leh nak tutup sampai bile pon. ingatlah, anda adalah insan terpilih oleh Allah s.w.t sebab anda masih bebas dan todak terikat, jadi boleh jaga ibu bapa, bole banyak bekerja, bole banyakkan ibadat pada Allah s.w.t dan pastinya bole explore islam dengan lebih dekat. andai Tuhan sudah sediakan jodoh buat anda, Insyaallah ianya pasti yang terbaik. jangan dikejar jodoh itu, elok lagi kalu kejar cinta Allah.

good things come to those who wait.



notasaya : maaf andai entri diatas ade mengguris sesiapa yang membaca. ianya sekadar pendapat dari saya.


Saturday, 7 May 2011

tempat letaknya syurga saya


 imam

mama




Tuesday, 3 May 2011

pengajaran atau bukan rezeki saya

 after jual-beli selesai- 2008

last moment - 2010

saya rindukan kamera dslr saya :(
semua yang kenal saya pasti tahu betapa amat saya sayangkan kamera ni.
sebenarnye saya tak mampu nak beli kamera ni tapi suami (pada ketika itu boyfren) yang hadiahkan
dia tahu saya amat sukakan kamera ni, jadi dia belikan
saya ingat lagi, katanya sebab pada ketika itu dia tiada dekat dengan saya jadi biarlah ade kamera agar saya tak sunyi. macam-macam cerita disebalik kamera ni. kalo gadoh je mesti dia mintak balik. saya plak takkan pernah bagi. ha ha. biase la sama-sama keras kepala.

maybe musibah ini adalah pengajaran besar buat saya dan hikmah besar disebaliknya

hari tu. pada tarikh 4 disember 2011. pulang awal dari ofis. awal dari biase sebab mahu jumpe seorang kawan. ari itu hari lahirnya jadi mahu makan-makan. saya belanja. parking keta depan kedai. terlupa, ditinggalkan kamera dalam kereta seat depan. makan sambil borak, nampak kereta ade disitu. ketika sedang makan, secara tak sengaja saya menemui sesuatu yang amat "private" dicuri dalam diam dari saya tanpa kebenaran dan pengetahuan saya. selain saya amat marah dan bodoh juga sangat memalukan. apa tidaknya, orang yang selama ini kita anggap kenal dan baik hati bole melakukan benda bodoh macam tu. nafsu syaitan durjana. saya amat benci. terus bertukar pandangan saya terhadap dirinya pada ketika itu. sedih. saya ditipu. saya diam dan terus diam saja. Subhanallah!!!

siap makan. saya terus menuju ke kereta. pelik. alarm bunyi dengan tiba-tiba. tapi oleh kerana amat marah, saya terus saja pulang even diminta untuk tunggu seketika. saya ingat lagi, buat muka kasihan konon. I wont believe you anymore. saye pulang, solat. diam saja. lepas azan isyak baru la saye teringatkan kamera saya. terus saya lari keluar rumah mencari ke dalam keta. tiada. sah!! hilang!! saya meraung bagai gila dan menagis teresak-esak. call suami saya (pada ketika itu tunang), tapi dileter pula. ini kerana saya amat cuai even sudah banyak kali diingatkan supaya hati-hati. 

laporan polis dibuat. tapi apalah sangat. polis banyak lagi kije lain nak buat daripada mencari kamera saya yang hilang.

saya inform pada kawan tersebut yang kamera saya hilang. dia tanya samada mahu digantikan atau tidak. huh!! saya diam. tak mau percaya lagi pada cakap-cakap kosong. seminggu selepas kejadian pernah dia inform saya, dia akan gantikan kamera tapi kena tunggu seminggu dulu. saya hanya diam. wait and see. selpeas itu dia ada inform lagi, mungkin permohonannya tak berjaya untuk membeli kamera secara ansuran. kan saya dah cakap, itu harapan kosong.

memang saya amat terkilan. dan musibah ini amat menyedihkan. rahsia ini agak berjaya dismpan oleh saya dan angah. namun begitu, saya amat bersyukur dengan hikmah yang diberikan Tuhan kerna saya sudah tahu siapa dia yang sebenar. dan hingga begitu sekali dia mengambil kesempatan ke atas saya. banyak hari bersedih dan termenung. namun, inilah kebenaran yang harus saya terima.

maaf, entri ini bukan bermaksud mahu salahkan siapa-siapa atau aibkan. cuma amat terkilan bila teringatkan tentang kehillangan kamera tersebut. saya berjanji dengan diri saya, insyaallah kija diizinkan Tuhan saya akan beli kamera dengan duit saya sendiri.

notatangan : ingatlah setiap musibah pasti akan disusuli dengan hikmah. Tq Allah ;)



Monday, 2 May 2011

jantung saya

salam.

saya ingin buat pengakuan, saya sekarang tidak sehat. dah lama. bole dikatakan selepas 12 March 2011. bermula dengan demam. tubuh seram sejuk. kadang ok kadang tak ok. kadang lemah sangat hingga tak ada tenaga cuma daya yang ada bantu menggerakkan tubuh. selepas demam, saya dapat selsema. berkali-kali dan ulang alik ke klinik namun belom juga kembali normal. salah seorang doktor mengesahkan saya mendapat sinus. so, dia bagi spray hidung. lama-lama masih juga sama. jumpa doktor lain, katanya tonsil pula.

pada ketika ini, saya bagaikan tiada suara. batok yang berterusan. perit di tekak makin pedih. tido tak pernah lena. dan sekarang ini pula, saya muntah. sakitnya ulu hati saya.

pada malam ni, saya terfikir. dah sebulan lebih saya sakit. saya tak pernah sakit begini lama. saya terima ujian Allah s.w.t untuk saya. cuma saya berdoa agar Allah kuatkan semangat saya menghadapi dugaan ini. hingga kadang saya terfikir, adakah usia saya makin singkat? alamak. saya belom lagi langsiakan solat sunat taubat dengan sepenuhnya. hutang pon banyak lagi tak langsai, hutang keta, hutang PTPTN dan hutang maaf sesama manusia. makin hari tubuh saya makin letih tapi saya tak mau peduli hingga hari ini baru saya terasa nak peduli.

                                                                                               




Jasad tanpa jantung tidak akan bergerak...
 dan inilah jantung saya..nyawa saya..
semoga kasih sayang dan cinta ini Allah pinjamkannya sampai ke syurga
aminnnn


selamat ulang tahun ABAH !!!

1 Mei 2011 semua orang cuti sebab sambut hari lahir abah saya ;p
Hikssss.

abah hepi sebab bole pegang pedang..he he

abah on my big day ;)

selamat hari tua abah !!
ha ha hahahah.. hehhehe
semoga dipanjangkan usia abah
dan disehatkan tubuh badan juga minda untuk terus beribadat kepada Allah s.w.t
semoga abah sentiasa dimurahkan rezeki dunia akhirat
aminn



notatangan : untuk tahun ini saya agak terkilan tidak dapat sambut hari lahir abah bersama famili even mama dan abah datang ke KL namun saya berada di Pahang :(


Thursday, 28 April 2011

all about him




all about him.
all about baby.
all about my son.

lately, kami banyak spend time together.
he is so cute and so adorable.
time saya masak pon cheq temankan.
time saya lipat kain pon cheq temankan.
time saya sidai kain pon cheq temankan.
time saya makan pon cheq temankan.
time saya tengok tv pon cheq temankan.
time saya mandi pon cheq temankan. (tapi dok luar pintu je la)
time saya tido pon cheq temankan.
so, every single time we are together.

he is so one of a kind.

so, I've been thinking ape nak buat kat my son. kesian dia asyik dok dalam rumah je. bukan tak mo bawak dia kuar jalan-jalan. tapi dah trauma rase. ari tu pernah bawa keluar bersiar-siar kat UIA temankan my sister nak jogging. dah pakai tali kat leher tapi cheq tak selesa. so, saya buka sekejap tali tuh. tup tup just suddenly cheq lari masok lubang longkang. dan lobang tu menghala ke sungai dan tangki besar. saye menangis. me and my sister chasing for me. keep on calling him. untill budak-budak UIA tolong carikan untuk kami. and thank God, salah sorang budak tu jumpe cheq. aarrrrrghhhhhh geramnye dengan cheq mase tuh. so, starting from that time Im too scared to bring him out.

Jadi, saye sedang meng"search" kat google untuk mencari sebarang kelab atau juga society yang berkaitan dengan kucing yang boleh saye join. so, I can bring him there plus to learn more how to take care of kucing.

Nati dah dapat gaji rase macam nak pegi beli toys lagi for him. Sian dia asyik dok kejar lipas je. Pastu kena marah. he he he..


Sunday, 24 April 2011

Memory of Hajjah Juhar 7th

Al-Fatihah

Genap sudah 7 tahun berlalu.
ketika Hari Raya Puasa 2010

Last night while preparing myself to sleep, suddenly heard a beep.. ringing beep.. and its repeated. My hubby looking for that sound. I told him that was my handphone. But, he refused and keep on looking that sound. Finally, he found that beep came from my second handphone (well ya not get wrong, im not so rich in having 2 phones ya).

Then my hubby read up "Tahun ke 6 Mek".

I said "Ha? Dah pukol 12 ke? hari dah 24 April dah?"

My hubby just show a "Yes" signal

Then I replied "Cepatnye. Tapi bukan 6 tahun. Dan masuk 7 tahun. Salah set tu"

Return to get my sleep back. Then my heart speak up.
"Its already past 7 years. But, Im still remember her like non-stop. And Im proud being that way. This is love"

Then I started to make a doa
"Ya Allah Ya Tuhan ku berkatilah Mek disisi-Mu. Tempatkan bersama orang-orang yang beriman yang kau kasihi. Ya Allah sampaikanlah salam rindu ku pada nya. Dan bila tiba masa ku dijemput oleh Mu, biarlah dia yang jadi penyambutku. Aminn"


Notes : Alon rindu sangat-sangat kat Mek. Tak pernah tak rindu. Makin lama rasa makin dekat. Love u.


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015