sedang sesuaikan diri bahawa saya sekarang adalah seorang isteri. so, tugas saya agak berbeza sekarang ini. tidaklah berat mana kalau kita kupas satu-persatu cuma indah itu perlu digali untuk dapatkannya.
cuba seboleh mungkin ingin menjadi seorang "pelajar" kembali. banyak yang ingin saya belajar. dulu, saya teringin nak belajar tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. jadi sekarang ini, Tuhan telah makbulkan hasrat saya yang dulu. sudah diberikan masa cuma sekarang harus mengatur langkah untuk mencari peluang belajar agar masa yang diberikan tidak dipersia. Insyaallah.
semakin hari membuatkan saye semakin bersyukur. saya mempunyai famili yang amat menyayangi saya. hidup ditemani suami tersayang juga bersama satu makhluk berbulu putih yang sangat "fabulous". jauh disudut hati mereka inilah yang banyak menyokong saya. terima kasih.
Insyaallah, dengan izin Tuhan semuanya akan terlaksana. aminn.
No comments:
Post a Comment
terima kasih daun keladi :)