bujang tapi dah kawen?
single but not available?
actually dah lama nak buat entri berkenaan bujang ni. cuma sebelum agak kurang berani sebab belom nikah lagi. so, memandang sekarang saye sudah bergelar seorang isteri jadi bole saye menulisnya dengan lebih terbuka dan santai giteww.
so, lets start hu hu..
bujang? andartu? kertu? banyaknye label yang diberikan oleh masyarakat manusia ni kan. Tuhan tak de pon sebok nak keluarkan status tuh tapi pepandai plak masyarakat ni kan. biasenye mereke yang suka bagi label ni kat orang ialah mereka yang dah kawen dan juga mereka yang muda remaja tapi belom kawen. bagi orang yang dah kawen, dia fikir macam dia dah terselamat la kan untuk dapat gelaran tu so itu yang sedap mulot je. bagi orang yang usia muda dan belom kawen pulak, maybe dorang ni dah ade boyfriend. and even dorang ni tak de boyfriend pon dorang macam yakin akan kawen satu hari nati jadi sebab usia muda tak leh la nak dah dapat label andartu kan.
apabila orang tua-tua bercakap-cakap
"nape tak kawen lagi tu? memilih sangat la tu. jangan memilih sangat "
apabila orang yang sudah kawin dan dapat anak bercakap
"aku rase ko ni kena kawen cepat-cepat."
"nikah la wei. best woooo nikah."
apabila orang yang sudah kawin dan tiada halangan semasa nak kawin, bercakap
"korang ni kenapa complicated sangat, kawin je senang"
apabila orang yang sudah kawin dan semua perbelanjaan ditanggung keluarga, becakap
"ko ni jangan pikir panjang sangat, kawin je"
apabila orang yang belom kawin tapi dah ade boyfriend, bercakap
"nape dia emo semacam tu? teroknye. dia dah kawen ke belom? belom. patot la. meroyan la tuh"
well, amacam?? banyak kan situasinye apabila kalo jadi orang bujang yang umor ke 25tahun ke atas ni kan. such do a BIG CRIME !!
saye tak tahu la pada mereka yang bercakap tu ape yang mereka fikir. ingat orang bujang ni suka sangat ke nak jadi bujang? ha?? bukankah sudah menjadi fitrah yang ditentukan Allah s.w.t setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan. dan yang paling penting harus diingat Jodoh, Ajal dan Maut semuanya ditangan Allah s.w.t. sudah lupe agaknye yer?
saya secara jujur, paling tak suke setiap kali mendengar komen-komen di atas. sebelum dan selepas menikah pon saye masih tak suka dengan statement pasal orang bujang nih. haallllooooo !!! sape tak nak ade teman dan sentiase didampingin orang yang kita sayang. tapi itu semua bukan mudah. dan harus diingat jalan kite semua tak sama ok.
nikah. bukan lah penutup cerita tapi pembuka cerita kepada satu ceritera yang baru yang lebih mencabar. suami, adalah ketua kelaurga juga imam dan isteri, adalah ketua roh keluarga yang membentuk imej kelurga. nikah adalah perkongsian hidup dan penyatuan dua kelaurga. jangan ingat bila dah nikah takkan ade masalah lagi ye. andai tiada kekuatan iman, mungkin bole tumbang.
couple. korang ingat korang dah ade couple tu korang akan nikah la yer. belom tentu lagi dek non oiii. so, jangan dok galak sangat. tak de untungnye couple ni sebab dalam islam pon tak de cakap menda ni. tapi inilah trend. kalu dah couple tu jalan mesti nak kena pegang tangan kan, tak bole larang dah. kalu nasihat sket pon dah muncung. silap haribulan kite ni dilawan balik. tapi itu dah nambahkan dosa. ade korang ingat? mane nak ingat, sebab dunia kami yang punya. haihhhhh. pastu kalu time gaduh, sakit hati, nangis, tak mo makan minum. silap2 ganggu pelajaran dan mood kerja. ape untungnya? kalo macam ni baik single kan, tak de pon sakit hati.
oleh itu, jangan la suka hati nak labelkan orang. just mind ur business ok.
ok. so untuk yang single mingle ni plak. kalu nak cari pasangan pon berpada-pada la. jangan sampai porak-perandakan hubungan orang. tak kira la kalu orang tu dah tunang atau pon dah nikah, even hanya couple saja pon. jangan la begitu, tak elok. ko pergi bertarung macam-mana pon kalu dah bukan jodoh kau tak kan jadi jugak. tapi kalu dari awal lagi niat dan jalan dah salah, macam mane hubungan tu nak elok. simple kan?
ok la. bagi saye semua ni balance. oleh kerana perangai mereka yang single makin haprak nih la buat orang selalu pikir bukan-bukan. tapi tak semua orang yang single macam tu.
nasihat saye kepada orang yang single, jangan fikirkan sangat pasal nikah tu ye sebab mulot orang ni kite memang tak leh nak tutup sampai bile pon. ingatlah, anda adalah insan terpilih oleh Allah s.w.t sebab anda masih bebas dan todak terikat, jadi boleh jaga ibu bapa, bole banyak bekerja, bole banyakkan ibadat pada Allah s.w.t dan pastinya bole explore islam dengan lebih dekat. andai Tuhan sudah sediakan jodoh buat anda, Insyaallah ianya pasti yang terbaik. jangan dikejar jodoh itu, elok lagi kalu kejar cinta Allah.
good things come to those who wait.
notasaya : maaf andai entri diatas ade mengguris sesiapa yang membaca. ianya sekadar pendapat dari saya.
No comments:
Post a Comment
terima kasih daun keladi :)