Tuesday, 3 May 2011

pengajaran atau bukan rezeki saya

 after jual-beli selesai- 2008

last moment - 2010

saya rindukan kamera dslr saya :(
semua yang kenal saya pasti tahu betapa amat saya sayangkan kamera ni.
sebenarnye saya tak mampu nak beli kamera ni tapi suami (pada ketika itu boyfren) yang hadiahkan
dia tahu saya amat sukakan kamera ni, jadi dia belikan
saya ingat lagi, katanya sebab pada ketika itu dia tiada dekat dengan saya jadi biarlah ade kamera agar saya tak sunyi. macam-macam cerita disebalik kamera ni. kalo gadoh je mesti dia mintak balik. saya plak takkan pernah bagi. ha ha. biase la sama-sama keras kepala.

maybe musibah ini adalah pengajaran besar buat saya dan hikmah besar disebaliknya

hari tu. pada tarikh 4 disember 2011. pulang awal dari ofis. awal dari biase sebab mahu jumpe seorang kawan. ari itu hari lahirnya jadi mahu makan-makan. saya belanja. parking keta depan kedai. terlupa, ditinggalkan kamera dalam kereta seat depan. makan sambil borak, nampak kereta ade disitu. ketika sedang makan, secara tak sengaja saya menemui sesuatu yang amat "private" dicuri dalam diam dari saya tanpa kebenaran dan pengetahuan saya. selain saya amat marah dan bodoh juga sangat memalukan. apa tidaknya, orang yang selama ini kita anggap kenal dan baik hati bole melakukan benda bodoh macam tu. nafsu syaitan durjana. saya amat benci. terus bertukar pandangan saya terhadap dirinya pada ketika itu. sedih. saya ditipu. saya diam dan terus diam saja. Subhanallah!!!

siap makan. saya terus menuju ke kereta. pelik. alarm bunyi dengan tiba-tiba. tapi oleh kerana amat marah, saya terus saja pulang even diminta untuk tunggu seketika. saya ingat lagi, buat muka kasihan konon. I wont believe you anymore. saye pulang, solat. diam saja. lepas azan isyak baru la saye teringatkan kamera saya. terus saya lari keluar rumah mencari ke dalam keta. tiada. sah!! hilang!! saya meraung bagai gila dan menagis teresak-esak. call suami saya (pada ketika itu tunang), tapi dileter pula. ini kerana saya amat cuai even sudah banyak kali diingatkan supaya hati-hati. 

laporan polis dibuat. tapi apalah sangat. polis banyak lagi kije lain nak buat daripada mencari kamera saya yang hilang.

saya inform pada kawan tersebut yang kamera saya hilang. dia tanya samada mahu digantikan atau tidak. huh!! saya diam. tak mau percaya lagi pada cakap-cakap kosong. seminggu selepas kejadian pernah dia inform saya, dia akan gantikan kamera tapi kena tunggu seminggu dulu. saya hanya diam. wait and see. selpeas itu dia ada inform lagi, mungkin permohonannya tak berjaya untuk membeli kamera secara ansuran. kan saya dah cakap, itu harapan kosong.

memang saya amat terkilan. dan musibah ini amat menyedihkan. rahsia ini agak berjaya dismpan oleh saya dan angah. namun begitu, saya amat bersyukur dengan hikmah yang diberikan Tuhan kerna saya sudah tahu siapa dia yang sebenar. dan hingga begitu sekali dia mengambil kesempatan ke atas saya. banyak hari bersedih dan termenung. namun, inilah kebenaran yang harus saya terima.

maaf, entri ini bukan bermaksud mahu salahkan siapa-siapa atau aibkan. cuma amat terkilan bila teringatkan tentang kehillangan kamera tersebut. saya berjanji dengan diri saya, insyaallah kija diizinkan Tuhan saya akan beli kamera dengan duit saya sendiri.

notatangan : ingatlah setiap musibah pasti akan disusuli dengan hikmah. Tq Allah ;)



No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015