Saturday 23 July 2011

Al-Fatihah untuk Arwah Tok Che Mat

tiada gambar
kalu ade pon gamba arwah Tok Che Mat ngan suami saye je.
sebelum ni, saye tak berpeluang nak bergambar dengan dia.

tarikh 26 Jun 2011, Ahad, petang.
suami saya mendapat panggilan talipon daripada emak mertua saye, berita mengejut dan sedih disampaikan. kedengaran amat sayu suara suami saya.

lantas lengan saye dipegang "Yang..atok dah tak ade..."
Innalillah' wainna Illaihiraji'un
terus dengan pantas juga kelam kabut, barang semua dikemas.
Cheq dan Chiq pon ikot sama balik kampong.
laju sangat. rase macam naik kapal terbang. kereta yang dipandu oleh suami bagai tak cecah bumi.
sepanjang perjalanan, saya mainkan CD surah Yassin. mulot kami kumat-kamit ikot sama.

jam kurang-lebih 11malam, selamat sampai dikampong rumah atok.
saye hanya bersalam dengan segelinitr orang kerana hati nih tertumpu terus pada jenazah yang terbaring. Masya'Allah, sejuk saja wajahnya, bagaikan sedang rehat. terus surah Yassin dihadiah buat atok.

Arwah Tok Che Mat ini memang menarik orangnya. senyum tak pernah lekang dari bibir tiap kali berjumpa. selepas dia meninggal pon, dia tetap menarik perhatian saya.

Saya sekadar mahu kongsi cerita. Sebelum arwah meninggalkan, dia telah memesan pada anaknya supaya menggunakan sejumlah duit yang disediakan untuk segala urusan pengebumian, hadiah bagi mereka yang solatkan jenazah, hadiah bagi yang bacakan tahlil dan termasuk makan-minum sepanjang tahlil. Masya'Allah, semua itu telah disediakan dari awal lagi. Dan ape yang paling menarik perhatian saya, beliau telah menyediakan sendiri kain kafan untuk dirinya sendiri. Jadi pada hari pengebumiannya, Tok Imam tidak membuat banyak kerja, hanya membuka semua kain yang telah disediakan. Beliau telah bersedia untuk mati. Saya tersenyum. Atok ini memang menarik orangnya.

Masih ingat lagi pesannya kepada saya dan suami..
"buat lah nak buat ape pon tapi solat lima waktu jangan tinggal"

Pesanan tuh same dengan pesanan arwah Mek dan Ayoh..
"kak long, solat limo waktu ni tiye ugamo,jadi jange dok tingga.."

Insyaallah.
Saye amat bersyukur hingga ke hari ini pesanan tuh masih saye ingat dan terngiang-ngiang di telinga.

Al-Fatihah.


No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015