Tuesday 24 March 2009

60 MINIT - BUMI JAM


sekadar mahu war-warkan kepada semua!!! tak kisah lah sape, ape, bagaimana atau ntah hape hape pon asalkan korang tau nak nutup suis,maka, andalah orang yang dicari. YA!!!

korang mesti tahu pasal 60 EARTH HOUR kan???? ha?? ape?? korang tak tahu. sila updatekan diri anda. mesti korang semua pernah dengar tentang kempen besaran ni kan. yang mengajak semua mereka yang menginap dimuka bumi ini untuk menjayakan kempen kebaikan ini.

NAPE MAU TUTUP SUIS LAMPU ?? - Sebab..sudah masanya untuk kite semua sebagai penghuni dibumi ini sedar tentang pembaziran tenaga elektrik selama nih. Secara tak langsungnya telah memberi kesan terhadap kenaikan suhu dunia. 60 minit tanpa lampu, diharap dapat memberi impak.

SO,TUTOP LAMPU JE EK ?? - YER BETOL !!. Hanya tutup lampu selama 60 minit pada hari Sabtu 28 Mac 2009 ini,bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam. Itu jer yang korang perlu lakukan sebagai tanda sokongan. Dan,dalam dok bergelap tuh bukannyer soh korang tidor tapi try pikir sekejap tentang hidup tanpa lampu. dan juga korang boleh register di SINI. tak pon klik jer kat gambar switch sebelah kanan ni ha. huhuhuhuhauhauhauh !!!

BOLEH KER BUAT MENDA NIH ?? - BOLEH !! MALAYSIA !! Hanya memerlukan hujung jari untuk menutup suis lampu. Apa?? Tak sampai?? Sebab suis tuh tinggi sangat?? Takpa, amek kerusi tak pon mintak la bapak dokong ker, abang dokong ker, atauuuuuuu suami dokong. Hikkkk hikk.. sweetnyer. dah..dahh !! jangan nak merapu,tutop jer suis tuh. KLIK !!

SAPE YANG MEMANDAI START MENDA NI WEH ?? - Ianya bermula sebagai sebuah kempen di Kotaraya Sydney , pada tahun 2007. Kempen ini mendapat sokongan dan amat berjaya , apabila hampir 2.2 milion rumah dan kedai perniagaan bersama-sama menutup lampu. Setahun kemudian acara ini telah menjadi sebutan di seluruh pelusuk bumi - dengan penyertaan hampir 50 million orang dan merangkumi sejumlah 35 buah negara. Acara ini diraikan , sebagai satu simbol harapan kepada satu perubahan.

APE MATLAMAT TAHUN NIH ?? - Tahun ini , diharapkan sebanyak 1 billion umat manusia yang bertaburan di lebih 1000 buah kotaraya . Akan bersama-sama berganding bahu dalam projek global ini. Ini akan menjadi pemangkin yang kita boleh sama-sama mengambil tindakan bersama , dalam menangani isu pemanasan suhu dunia yang berlaku sekarang ini.

NAK AJAK SAPE LAGI NIH ?? - SEMUA !!! Yang mane penghuni bumi. Yang rerase dari planet lain,korang tak yah sebok nak join. Huhuuuuuuu.

So,bagi sesape yang nak join kempen nih tapi takot dok dalam gelap tuh, jangan la dok sensorang. ajak famili juga sanak saudara dan rakan-rakan.

notatangan : pasang pelita bole tak?? huhhuuuuuu


6 comments:

  1. Program ni ko rasa tak bahaya ke dari segi keselamatan? macam makin senang perompak nak buat jahat..

    ReplyDelete
  2. احمد نظيف بن اسحاق :
    dari segi keselamatan,rasenye ok kot. kalu tak,tak kan gomen kite setuju kempen ni dijalankan.
    ko tutop pintu/tingkap rapat2,kunci leklok,then dok dediam.
    InsyaALLAh ok....

    (;

    ReplyDelete
  3. susudalambotol :
    Yer ker???
    Selamat Hari Lahir buatPuan Susudalambotol !!!

    heheheheh.
    mesti besday diz dapat hadiah advance spesel kan???

    (;

    ReplyDelete
  4. Happy birthday Susudalambotol!

    Anyway, Aki tutup lampu lebih dr sejam semlm! Hehe... since Aki duduk kawasan pangsapuri.. Aki dpt lihat ramai tul jiran2 participate dgn program ni... bagus tul rakyat Malaysia....

    ReplyDelete
  5. Mr.Aki :
    Wahhhh !!!
    semangat sunggoh Mr.Aki.heee
    bagus..bagus..bagusss.

    semalam dari jauh jer saye dapat nengok dari jauh jer lampu kat KLCC dipadam. huhuuhuhuh.

    Yer. Malaysia Boleh !!

    ReplyDelete

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015