Assalamualaikum
Alhamdulillah cepat masa berlalu, Ramadhan sudah pun menghampiri 10 hari terakhir. Misi mencari malam Lailatulqadar. Inshaallah. Walaupun Ramadhan kali ini tidak dapat ditunaikan dengan sepenuhnya, saya sedang mencari apa yang boleh dimanfaatkan.
Sudah lama, saya berangan untuk berkongsi resepi di blog. Buat permulaan ini, mungkin tidak dapat sediakan gambar yang berkaitan dek kerana kurang mahir lagi ๐
tambah lagi, saya update blog menggunakan ipad. Agak kurang selesa sebenarnya, sebab sudah terbiasa dengan laptop atau komputer. Saya lebih suka menggunakan 'mouse' berbanding 'swipe'. Agak kuno disitu, tapi itulah keselesaannya.
Inshaallah saya akan cuba slowly untuk buat post tentang resepi. Tapi kalau dapat berkongsi tentang makanan atau destinasi tempat makan lagi best. Semua itu banyak saya kongsikan di Instagram. Ianya lebih cepat dan ringkas. Dan yang paling penting selesa untuk berinteraksi. Blog ni bagi saya, kadang-kadang lebih kepada macam bercakap sorang diri ๐
Hahahaha
No comments:
Post a Comment
terima kasih daun keladi :)