Sunday, 11 June 2017

Salam Ramadhan

 Assalamualaikum


Salam Ramadhan 2017. Alhamdulillah berjumpa sekali lagi untuk ramadhan kali ini. Cuma tahun ini agak berbeza sedikit daripada tahun-tahun sebelumnya 😅 Bulan puasa kali ini kebetulan adalah bulan berpantang buat saya. Hahahahah. Sebulan kot kena ganti puasa nanti. Fuh!!!

Selamat menyambut bulan ramadhan buat semua umat islam sedunia. Bulan yang penuh berkat. Ramai yang berlumba-lumba merebut pahala, dek kerana nikmatnya yang berganda.

Dalam bulan ni juga, kebelakangan ini saya menerima beberapa berita sedih. Salah satunya tentang kematian, walaupun mereka ini semua bukanlah rakan yang rapat tapi tetap berkesan dihati. Salah seorangnya adalah blogger terkenal, Shea Rasol yang melawan kanser semenjak tahun lepas. Saya ada melewati blog, IG dan FB beliau, ramai yang memberi ucapan takziah dan mendoakan yang baik.   Orang yang baik, ramai yang ingat. Jasad yang pergi, budi yang ditinggal. Al-fatihah buat Shea semoga tenang disana.




No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015