Assalamualaikum.
Kali ni saya nak berkongsi pula tentang pengalaman mengalami pendarahan ketika mengandung pada first trimester. Selepas pergi check-up pertama kali di klinik, pada mulanya semua keadaan baik-baik belaka. Seingat saya, seminggu selepas check-up saya mengalami pendarahan. Actually, yang keluar/discaj itu bukanlah berwarna merah tapi agak brownish (coklat-coklat muda). Pada mulanya saya tak panik, sebab saya pernah ada pengalaman pendarahan ketika mengandungkan Siti Khadijah (anak pertama). Ianya berlaku ketika first trimester juga.
Pengalaman kali ini amat berbeza sekali. Semasa mengandungkan anak pertama, saya mengalami pendarahan tetapi ianya hanya dalam masa seminggu sahaja. Apabila dapat tahu saya mengalami pendarahan, saya terus ke Klinik Pakar Wanita & Bersalin Chan. Setelah doktor memeriksa keadaan saya, doktor memberikan satu suntikan untuk kuatkan rahim dan juga 2 jenis ubat, iaitu Duphaston dan Folic Acid. Selepas seminggu, Alhamdulillah saya beransur pulih dan tiada lagi pendarahan berlaku.
Pada kali ini, saya melakukan tindakan yang sama. Tapi pendarahan berlaku agak berpanjangan dan mengambil masa agak lama. Lebih kurang dalam 6 minggu, ianya berlaku on-off berdasarkan aktiviti harian saya. Saya terpaksa mengunjungi klinik pakar setiap 2 minggu untuk memastikan semuanya dalam keadaan terkawal. Doktor banyak menasihatkan saya supaya banyak berehat, tidak boleh mengangkat barangan berat, tidak boleh mendukung anak, tidak boleh travel jauh dan boleh dikatakan doktor mahu saya rest in bed. Saya hanya mengangguk sahaja. Tapi apabila difikirkan, apabila kita memegang jawatan ibu, isteri dan suri, bagaimana kita mahu rehat. Haishhh!!!!
Saya mula hadkan aktiviti harian untuk seketika dan fokus untuk berehat sahaja. Pernah satu hari, saya hanya rehat terbaring sahaja. Saya cuma bangkit apabila mahu solat, makan dan minum, atau apabila Dija perlukan apa-apa. Selain dari itu saya hanya terbaring dan rehat sahaja. Dari pemerhatian saya, tiada pendarahan pada ketika. Apabila menjelang senja, saya cuba untuk mandikan Dija, tetibe terasa ade sesuatu keluar dari faraj. Saya terus bergegas ke bilik air untuk mendapat kepastian. Ya Allah, terkejut, sebab ade darah yang keluar di panty liner. Saya memang mengamalkan memakai panty liner dan menukarkannya setiap kali sebelum solat. Besoknya, sekali lagi terus ke klinik pakar kerana terlalu risau.
Secara kesimpulannya, sepanjang tiga bulan usia kandungan ini, saya telah mendapat 2 suntikan untuk menguatkan rahim tapi bukan sekaligus. Rasanya selang 3 minggu. Dan meneruskan pengambilan Folic Acid dan Duphaston setiap hari. Kali terakhir saya check-up, doktor ada membuat scanning. Alhamdulillah!!! Katanya baby ok, air ketubahan ok, degupan jantung ok, cumanya uri saya berada dibawah (rendah). Doktor ada bagi tahu, biasanya uri akan naik sendiri, ini berlaku kerana ianya diawal kehamilan. Inshaallah!!! Perasaan saya yang mulanya agak sedih dan risau terus bertukar ceria apabila mendengar degupan jantung bayi yang kuat. Semangat!! Heee!!!
Alhamdulillah!!! Pendarahan sudah berhenti dan saya pon mula berhenti dari mengambil Duphaston, hanya meneruskan suplemen biasa. Terima kasih Allah !!!
Pendarahan diawal kehamilan selalunya disebabkan oleh sesuatu yang minor atau hanya salah satu perkara biasa. Namun ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius dan boleh membahayakan anda selain menimbulkan risiko terhadap kehamilan. Sebab itu amat baik untuk menganggap sebarang pendarahan semasa kehamilan itu sebagai perkara serius dan perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.
Sumber bacaan dari © Utusan Melayu (M) Bhd :
Ini selalunya disebabkan oleh sesuatu yang minor atau hanya salah satu perkara biasa. Namun ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius dan boleh membahayakan anda selain menimbulkan risiko terhadap kehamilan. Sebab itu amat baik untuk menganggap sebarang pendarahan semasa kehamilan itu sebagai perkara serius dan perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.
Mengalami pendarahan
Jumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan nasihat, walaupun pendarahan itu berhenti selepas sedikit masa. Anda mungkin memerlukan pemeriksaan vagina atau ujian imbasan ultrabunyi untuk mengesan sebarang komplikasi selain memastikan anda dan bayi adalah sihat. Anda mungkin akan menjalani ujian urin kehamilan dan ujian darah (untuk memeriksa tahap hormon anda).
Pemeriksaan menggunakan imbasan ultra bunyi melalui faraj (vagina) selalunya adalah yang terbaik untuk memeriksa sama ada semuanya baik atau tidak. Kesakitan abdomen yang teruk dan berlarutan dengan pendarahan ataupun tiada, mungkin ia tanda kehamilan di luar rahim atau kehamilan ektopik yang memerlukan anda mendapatkan rawatan di hospital dengan segera.
Punca pendarahan semasa awal kehamilan
Terdapat banyak punca pendarahan pada awal kehamilan dan sesetengahnya lebih serius daripada yang lain. Terdapat dua punca biasa yang menyebabkan pendarahan awal dan selalunya akan berhenti dengan sendiri tanpa sebarang masalah. Pendarahan tersebut ialah pendarahan penebusan (breakthrough). Ini kerana hormon yang mengawal kitaran haid anda boleh menyebabkan pendarahan penebusan apabila tiba masa haid sekiranya tidak hamil. Sesetengah wanita mengalami pendarahan seperti ini lebih daripada sekali semasa kehamilan, selalunya pada masa biasa kitaran haid mereka. Selain itu, keadaan ini mungkin disebabkan oleh pendarahan pelekatan telur yang disenyawakan akan menempel pada dinding rahim dan ini menyebabkan pendarahan. Anda mungkin mengalami sedikit pendarahan yang selalunya berlaku selama satu atau dua hari.
Kesan
Senario paling teruk ialah pendarahan menunjukkan kehamilan anda akan berakhir. Pendarahan boleh menjadi tanda awal keguguran atau kehamilan ektopik, terutamanya jika disertai dengan kesakitan abdomen atau kekejangan.
Anda perlu bersedia untuk menghadapinya tetapi jangan berputus asa. Bergantung kepada punca, kebanyakan kehamilan boleh diteruskan walaupun terdapat masalah pendarahan awal. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita yang memerlukan bantuan disebabkan pendarahan pada awal kehamilan berjaya melahirkan bayi mereka.
Risiko kepada bayi
Sukar untuk meramalkan sama ada pendarahan akan berakhir dengan keguguran atau tidak. Pun begitu, terdapat beberapa perkara yang menunjukkan kemungkinan keguguran berlaku amat tinggi. Ini termasuk pendarahan yang semakin banyak, usia anda di bawah 25 tahun atau lebih daripada 35 tahun, risiko untuk keguguran tinggi, sama ada anda merokok atau terdedah kepada perokok pasif, kedua-duanya dikaitkan dengan keguguran dan jika mempunyai sejarah keguguran.
Nasihat saya pada ibu-ibu sekalian, seandainya mengalami keadaan seperti saya, mohon jangan berlengah ya. Segera dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor. Ya, saya tahu semuanya rezeki dari Allah swt. Tetapi sekurang-kurangnya kita berikhtiar dari awal. Seandainya itu bukan rezeki kita, Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita. Setakat ini, saya mempunyai 2 orang kenalan yang mengalami pendarahan diawal kehamilan seperti saya, tetapi kedua-dua mereka agak lambat mendapatkan nasihat dari doktor. Sudahnya, kandungan mereka mengalami keguguran. Allahu'akbar!!
Berusaha dan bertawakal lah. Tapi sekiranya tidak dapat diselamatkan, Redha la dengan "Qada' dan Qadar", sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancanganNya.
Thank you for reading this entry !
TAKE CARE SIS
ReplyDeleteUmie Sue : Tenkiu sis :)
ReplyDeleteoyeeeahh
DeleteAssalam sis...nak tnya...1hari berapa kali sis makan asid folik dan ubt duphston tu
ReplyDeleteSalam sis..mase pendarahan tu, ade rase sakit perut x..?
ReplyDeletesy bru sahaja lepas bleeding. kandungan 9 minggu.kluar darah+air..mengalir2 di peha sy. kebetulan masa tu sy xpkai seluar dalam menitik2 darah di lantai. tapi selepas tu tak ada dah. sy akui sy banyak buat kerja rumah n jaga 2 org anak yg masih kecil memandangkan suami oustation 2 hri. sy 1st time berlaku perkara ni kpd sy. tertanya2 masih boleh selamat ke kandungan? insyaallah, esok mmg akan berjumpa doc. doakan sy
ReplyDeleteSis. Cmana keadaan sis skg ?
Delete๐Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐ข
ReplyDelete๐ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐ข๐
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing manis dan jugak kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yang pulih dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit....
Boleh Call atau Wasap terus pengasas die..nanti blh cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2.. direct terus senang kn .ni nmbor dia.๐๐ผ *En Mohd Zuhairi- 0174687570*
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau..kanser yg sudah merebak ke organ2 lain pon boleh diubati insya Allah.☺๐๐ป
3)Pengamal perubatan herba ni dh banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser..ade ramai yg dh pulih....
5)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.
6) Bagi yang ada sakit *KENCING MANIS* pon boleh mendapatkan ubatan *paling mujarab* , termasuk *kencing* *manis* *kronik* seperti *kaki* *berlubang* dan *bernanah* *sehingga* *tidak* *perlu* *dipotong* .
Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sdri pon guna produk die (jus herba) dh 3thn.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar knser yg tepat .๐ช๐ผ
Nanti dh beli produk die blh join group wasap..boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4..
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan setahun saja untuk hidup.setia dengan jus herba ini.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
*Skg sudah sembuh dr kanser.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 *sekarang dh sembuh*
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja *
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Rugayah Jilani -
Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- *sudah sembuh !*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- *sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dan ramai lg lah yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna produk jutawan herbs nih....ini kenyataan..bkn rekaan.nti blh cntct en zuhairi dn pm sdri testimoni2 td tu yer..๐
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐๐ป
*En. Mohd Zuhairi - 017468 7570 ..*
๐๐ปIn sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 kanser yg lain
๐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐คฒ๐ผ
*NOTE* :
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- *0174687570*
๐kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Boleh ke URI bawah di awal kehamilan brlaku pendarahan. Makan ubat duphaston tu?
ReplyDelete