Assalamualaikum
Hari ni nak bercakap tentang susu. Kalau diikutkan saya ni bukan peminat susu pon. Boleh dikatakan tak minat langsung. Tapi saya mula kenal dan minum susu Anmum Materna ni semasa sebelum mengandungkan anak pertama.
Ramai yang bertanya, belum pregnant lagi dah bole minum ke?? Maklum la kat kotaknya tu gambar orang mengandung. Ye !!!! Dah boleh minum even belum pregnant lagi. Doktor nasihatkan saya, untuk amalkan meminum susu Anmum Materna ni sebanyak dua kali sehari, iaitu setiap pagi dan malam. So, maksudnye 2 gelas la dalam sehari. Dan juga pengambilan Folic Acid setiap hari, biasanya saya akan makan setiap pagi untuk setiap hari. Ini adalah persediaan bagi mereka yang bersedia dan merancang untuk hamil. Alhamdulillah!!! Setelah disahkan mengandung anak pertama, saya masih meneruskan pengambilan susu Anmum Materna dan supplement yang disarankan.
Susu Anmum Materna ni ade banyak perisa, sebelum ni ada perisa vanilla dan coklat, dan terbaru ade perisa mangga. Semua perisa saya dah try, tapi saya tetap sukakan perisa vanilla. Saya suka minum suam-suam panas, dan terus habiskan satu gelas. Alhamdulillah!! Tak ada masalah dalam bab nak minum susu ni.
Doktor ada pesan, susu ni agak manis. Jadi kurangkan dari 4 sudu ke 2 sudu sahaja. Tapi sebab saya sukat pekat (degil sebenarnya), jadinya saya tetap minum 4 sudu untuk satu gelas. Cumanya, saya memang banyakkan minum air masak/ air putih. So, it depends pada tubuh masing-masing ye. kalau manis sangat pon tak bagus, risau nanti dapat kencing manis pula. Alhamdulillah!! Sepanjang mengandung anak pertama, saya tak kena kena kencing manis dan tak disuruh minum air gula. Sebab tiap kali check-cup, HB dan gula semuanya ok ok. Weeeee!!!! Selamaaaaatttttt !!!
Yeayyy!!!
Thank you for reading this entry !
Trm ksh
ReplyDeleteDari kisah kawan kawan, tiap kali waktu mengandung anak berbeza akan cuba susu baru. Macam Ibu sendiri waktu anak sulung, ibu pakai anmum. Anak kedua pakai pula susu kambing. Pendapat ibulah, harga anmum waktu hamil agak mahal, lepas tu agak manis. Kawan kawan pun ramai juga yang sependapat.
DeleteAssalammualikum hai sye nk tnya susu annum dgn ape ye Supaya cepat mngandung
ReplyDelete