Assalamualaikum.
Hari ini saya nak buat sharing tentang e-book pertama yang saya beli. Kebiasaannya saya lebih suka membeli buku dikedai buku sahaja. Tapi tajuk e-book ini amat menarik perhatian saya dan didorong perasaan ingin tahu yang mendalam. Suri Rumah Juga Boleh Berbisnes merupakan e-book pertama yang saya baca dan sangat teruja.
E-book ini berkisar pengalaman seorang wanita yang dahulunya bekerjaya dan kini sudah bergelar WAHM. Tahniah kak
Zaila Mohamad !!! Buku ini ditulisa berdasarkan pengalaman beliau sejak dari permulaan lagi, bagaimana beliau melepaskan jawatan. Setiap pengalaman, diselitkan dengan motivasi dan senario semasa. Gaya bahasa yang santai dan mudah untuk dihadam.
Alhamdulillah!! Saya amat puas membacanya. Sedikit demi sedikit pencerahan diberikan. Secara umumnya, ramai wanita
mengalami dilema samada ingin terus bekerja atau melepaskan kerjaya demi
keluarga. Pilihan ini sememangnya bukan mudah. Terutama bagi orang yang degil seperti saya. Hikss!!
Honestly, dari dahulu hingga sekarang, saya sangat kagum dan dalam masa yang sama tertanya-tanya bagaimana mereka ini (WAHM) boleh mengambil keputusan sebegitu. Semakin lama perasaan ingin tahu itu semakin mendalam.
Selain itu, pembaca juga sangat bertuah, bukan sahaja pengalaman yang dikongsikan, malahan tips dalam memulakan perniagaan secara online.
Kak Zaila Mohamad juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Pelbagai kelas secara online atau pun offline yang ditawarkan bagi mereka yang mahu bermula dari bawah. Alhamdulillah!! Saya juga kini telah bergelar salah seorang pelajar beliau dan masih lagi dalam proses pembelajaran.
Kalau diikutkan, memang saya mula ber-blogging sejak tahun 2008 lagi. Ketika itu masih bujang dan blog ini dibuat secara suka-suka dan syok sendiri sahaja. Niat saya mula terdetik sejak tahun lepas lagi, mahu menjadikan blog saya ini lebih informatif dan Inshaallah akan berkongsi serba sedikit ilmu yan saya ada.
Berbalik kepada e-book tadi, saya berpendapat setiap wanita patut memilikinya bagi menambahkan pengetahuan dan jadikan pengalaman Kak Zaila Mohamad sebagai contoh atau penggerak kepada 'our first baby step'. Inshaallah!!!
Harga e-book ini hanya RM25 sahaja.
Untuk pembelian dan tempahan boleh hubungi saya ye :
Whatsapp : +6010 4012310
Email : iydajuhar@gmail.com
FB : iyda juhar
Apalah sangat harga RM25 itu jika dibandingkan dengan ilmu yang kita dapat. Harga hanya sekadar harga.
Terima kasih kepada suami yang sudi tolong print kan e-book ini untuk saya, siap binding dan ade cover lagi. Katanya lagi senang untuk saya baca dan simpan. Thank you sayang!!!
Thank you for reading this entry !!