Thursday, 28 May 2015

Kelas Nasi Arab Anjuran PERKEP

Assalamualaikum.

Dua minggu lepas, Perkep (Persatuan Keluarga Polis) IPD Bera telah menganjurkan Kelas Nasi Arab. Kalau ikutkan letih, rasa macam tak larat dah nak pergi. Tapi dek kerana semangat untuk menyokong Perkep dan kawan-kawan, saya gagahkan diri. Walaupun sedikit lewat sampai. Chewahh!!!

Kelas ini telah diadakan di dapur Perkep kami dan gurunya adalah Pengerusi Perkep kami sendiri iaitu Puan Maslina. Berbekalkan yuran sebanyak RM25 sahaja. Kelas bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Cepat dan senang je nampak Puan Maslina masak. Heee!!

Ini pertama kali saya melihat periuk Noxxa serbaguna yang selalu diwar-warkan oleh Cikgu Zaila. Owh! Begini rupanya, ada banyak fungsi. Letak je beras basmathi, ayam dan segala rempah. Tekan fungsi yang dikehendaki dan biarkan je sehingga masak. Semudah itu saja. Kemudian diteruskan dengan memasak ayam madu. dan akhir sekali salad. Ya Allah! Kenapa senang sangat ni. Eheem buat nya belum lagi, cuma lihat demo nya je.










Dan, sebelum pulang setiap peserta dibekalkan dengan satu bekas Nasi Arab. Nyummmm!! Sedap!! Sangat!!! Kami juga diberikan resipi bertulis sebagai rujukan nanti.

Kesimpulannya, untuk kelas kali ini, saya terpikat dengan periuk elektrik serbaguna Noxxa dan juga resipi ayam madu itu. Sedap sungguh!




Wednesday, 27 May 2015

Small Token For Clients PruBSN Takaful

Assalamualaikum.

Tahun ini berlaku sedikit penangguhan dalam proses pengedaran 'tokens' kepada semua pelanggan insurans saya. Mohon maaf berbanyak kali ye. Sejak saya disahkan mengandung, pergerakan agak terbatas ditambah pula mengalami alahan yang teruk. 

Jadi, saya telah mengambil keputusan untuk membuat pengeposan kepada semua pelanggan saya. Alhamdulillah!! Saya mendapat respon dan kerjasama yang baik. Bermula daru semalam lagi saya, mengumpulkan semua alamat pelanggan dan membuat pembungkusan. Terasa macam orang buat bisnes online pula. Hikss!!! 







Pada mulanya, saya ada sedikit risau pelanggan akan tidak berpuas hati tapi sangkaan saya itu meleset. Saya sangat bersyukur dikurniakan pelanggan yang baik-baik belaka. Alhamdulillah!! Buat masa sekarang, saya banyak berhubung melalui media sosial, whatsapp dan panggilan telefon. 

Red Diary, Planner dan Calender adalah merupakan hadiah rutin setiap tahun yang saya berikan kepada semua pelanggan yang aktif. Ianya merupakan hadiah kecil daripada saya untuk semua pelanggan atas sokongan dan kepercayaan mereka selama perjuangan ini. Terima Kasih.

Ramai yang tidak tahu dan ada rakan yang bertanya, kenapa dia tidak mendapat semua ini daripada ejen mereka? Sedangkan mereka juga adalah pencarum PruBSN Takaful seperti pelanggan. Sebenarnya, pemberian hadiah ini bukan lah acara wajib, ianya terpulang kepada ejen tersebut. Ini kerana, semua hadiah ini, ejen tidak mendapatnya secara percuma, tapi harus memperuntukkan sejumlah wang bagi menempah dan membelinya. Alhamdulillah!! Bagi saya pula ini merupakan acara wajib setiap tahun yang saya berikan kepada semua pelanggan yang aktif sebagai tanda ingatan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan info tentang Takaful atau kerjaya bersama Takaful, boleh lawati laman rasmi saya PruBSN Takaful Untuk Kita.

Bertindak sebelum terlambat.

Terima Kasih sekali lagi !!

Best ke best??? Ada yang berkenan nak Red Diary?? Meh kita sembang kopi
Email : nurfahida.prubsntakaful@gmail.com
Facebook : Iyda Juhar
Telefon/ Whatsapp : +6010 401 2310






Book Reviews | Bekerja & Berniaga Panduan Kejayaan Untuk Suri

Assalamualaikum.

TAJUK BUKU : BEKERJA & BERNIAGA - Panduan Kejayaan Untuk Suri
PENULIS : PUAN AZURA ABDULLAH
VERSI : BAHASA MELAYU

 
Saya dipertemukan dengan salah sebuah buku ketika mengunjungi MPH Bookstore. Pada mulanya, saya tidak mengenali siapa Penulis tersebut. Tapi buku ini telah menarik hati saya dengan 'cover' depannya dan tagline nya "Panduan Kejayaan Untuk Suri". Tanpa berfikir panjang lagi saya telah membelinya.

Pembacaan saya bertambah rancak apabila mengetahui Penulis ini merupakan salah seorang 'blogger' tegar dan telah membabitkan diri di tapak maya beberapa tahun sudah. Wah!!! Bukan senang, nak senang. Azura Abdullah .

Perkongsian yang diberikan dalam buku ini sangat santai berdasarkan pengalaman dilalui oleh Penulis sendiri. Manusia seperti saya, memang suka membaca pengalaman mereka untuk mendapatkan inspirasi. Kisah benar adalah kisah yang paling mahal apabila dikongsikan. Garapan yang diberikan oleh Penulis pula sangat mudah difahami.

Buku ini mengandungi 14 bab yang tersusun dan santai. Bab 1, sudah pun membuat saya teruja iaitu tentang Niat. Apa yang menarik lagi, pembaca diberi pendedahan untuk memulakan perniagaan sebelum berhenti kerja. Mulakan sesuatu didalam keadaan yang selesa dan bukan terdesak. Penulis juga banyak menekankan tentang memulakan bisnes dengan kaedah 'lean' iaitu bermula dengan apa yang ada. Elakkan daripada berhutang.

Bekerja & Berniaga Panduan Kejayaan Untuk Suri merupakan salah satu buku motivasi bisnes yang "MUST HAVE & MUST READ" bagi mereka yang sedang mencari-cari bagaiman untuk bermula dalam bisnes.

Alhamdulillah!! Terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan. Semoga Puan Azura Abdullah terus maju dan hasilkan lebih banyak buku berbentuk motivasi begini.









Tuesday, 26 May 2015

Kegagalan Adalah Proses Kejayaan

Assalamualaikum.


 Sumber carian : Google.com


Sejak kebelakangan ini, saya meluangkan masa dengan membaca samada melalui buku atau pun secara online. Kebanyakan saya terbaca tentang suatu kegagalan dalam hidup dan bagaimana mahu bangkit.

Kebiasaannya, pakar motivasi akan menasihatkan bahawa suatu kegagalan adalah jalan proses untuk berjaya atau pun sebelum menempuh kejayaan. Maksudnya disini, gagal bukanlah jalan penyudah. Kita harus bangkit dan mengubah corak perjalanan.

Setiap 'quote' yang saya baca membuatkan saya terfikir, bahawasanya saya ini belum lagi berjaya dan saya harus meneruskan usaha. 

Saya bermula dengan menerima kegagalan yang saya hadapi. Saya mencari kelemahan yang perlu diperbaiki. Kemudian, saya cuba mendapatkan ilmu bagi mengubah jalan. Alhamdulillah!! Saya masih dalam proses tersebut.

Salah satu kelemahan saya ialah 'procrastination'. Ianya bermaksud sengaja melengah-lengahkan kerja dengan mencipta alasan tersendiri. Allahuakbar. Moga dijauhkan segera tabiat negatif ini yang boleh mempengaruhi masa depan. 

Contoh disini, saya selalu melengah-lengahkan untuk update blog secara konsisten. Walhal, saya sedia maklum masih lagi dalam Cabaran 44 enteri. Tapi saya masih melengahkannya dengan alasan tiada idea untuk ditulis sebagai entri. Sedangkan tips penulisan sudah diberikan oleh cikgu online, saya ada membacanya tapi saya tidak mempraktikkannya. Maka, kesimpulannya sebanyak mana pun ilmu yang kita cari dan dapat, jika kita tidak mempraktikkannya dengan segera, ianya akan menjadi sia-sia sahaja.

Teringat satu kursus yang pernah saya hadiri pada hujung lepas, dibawah anjuran Prudential. Pakar Kewangan pada hari itu telah memberikan kami satu format untuk menguruskan kewangan peribadi kepada setiap seorang peserta. Katanya lagi, format ini tidak akan membuahkan apa-apa sekiranya anda semua tidak mempraktikkan apa yang dipelajari dalam masa 24jam. 

Fuh!! Maka, buangkan sifat terlalu fikir panjang dan 'JUST DO IT' !!!






Monday, 25 May 2015

#2 Pregnancy : Apa itu 'Braxton Hicks'

Assalamualaikum.

Betul lah kata orang tua-tua, setiap kali mengandung akan menghadapi pengalaman yang berbeza-beza. Tidak kan sama. Pengalaman mengandung anak yang kedua ini memang jauh berbeza dan agak mencabar juga.

Kali ini, saya bertemu perkataan baru iaitu "Braxton Hicks". Apakah itu?? Ianya merupakan salah satu kontraksi yang berlaku pada peringkat awal.

Saya kerap bertanya kepada kawan-kawan rapat yang pernah mengalaminya. Setakat ini, masih belum berkesempatan untuk mendapatkan nasihat dari doktor berkenaan ini. Saya mula mengalami pengalaman ini daripada bulan lepas lagi.

Berikut adalah antara sumber informasi yang menjadi rujukan saya tentang "Braxton Hicks"  daripada laman babycentre.com

Apakah itu kontraksi Braxton Hicks?

Satu masa pada pertengahan kehamilan anda (atau lebih awal), anda akan merasakan otot uterus (rahim) anda mengecut. Jika anda meletakkan tangan pada perut semasa ini berlaku, anda boleh merasa betapa kerasnya uterus anda pada saat itu.

Setiap pengecutan hanyalah untuk setengah minit sahaja, dan barangkali anda tidak berasa tak selesa. Anda mungkin mengalami sensasi ini satu atau dua kali dalam satu jam, pada masa-masa tertentu dalam sehari. Bukan semua kita akan merasakan kontraksi-kontraksi ini, yang mengambil nama seorang doktor bangsa Inggeris yang mula mendeskripsikannya dalam tahun 1872.

 

Apakah tujuan kontraksi Braxton Hicks?

Kontraksi Braxton Hicks mungkin petanda yang uterus anda sedang melatih serat-serat ototnya. Mungkin kontraksi-kontraksi itu adalah cara uterus anda menjaga keadaan baik dan bersedia untuk bekerja keras bila tiba masa bersalin.

Ada pakar-pakar yang berpendapat bahawa kontraksi-kontraksi mempengaruhi serviks anda. Pada peringkat awal kelahiran, serviks anda mula memendek dan menjadi lebih lembut sebagai persediaan untuk mengembang bagi menyenangkan perjalanan bayi. Jadi mungkin kontraksi Braxton Hicks adalah cara serviks dilatih bagi peringkat ini.

Yang lain pula percaya bahawa kontraksi Braxton Hicks tidak membawa perubahan kepada serviks dan juga percaya bahawa perubahan hanya berlaku semasa pra-kelahiran, apabila kontraksi yang berkoordinasi bermula atau semasa proses kelahiran itu sendiri.

 

Bagaimana untuk saya mengetahui perbezaan antara Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar?

Kebanyakan wanita yang hamil buat pertama kali akan bertanya soalan ini kepada doktor atau rakan-rakan, dan jawapannya selalu kabur dan tidak memuaskan: "Anda akan tahu akan kelahiran sebenar apabila ianya berlaku."

Memang ada perbezaan antara kontraksi Braxton Hicks dan kontraksi kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks:
  • biasanya tidak melebihi satu atau dua kali dalam masa sejam, beberapa kali sehari;
  • lazimnya berhenti bila anda bertukar aktiviti, jadi pergilah berjalan kalau anda berduduk, dan sebaliknya;
  • tidak teratur, dan jika teratur pun hanya untuk sekejap sahaja;
  • tidak tahan lama, biasanya kurang dari satu minit;
  • terus tidak boleh diduga dan tidak beritma;
  • tidak bertambah intensiti.
Dibanding dengan kontraksi Braxton Hicks, kontraksi yang sebenar:
  • tahan lama;
  • lebih teratur;
  • lebih kerap;
  • lebih menyakitkan;
  • lebih panjang dan lebih berkala, lebih kerap dan lebih sakit.

Anda mungkin juga mengalami sakit kelahiran palsu. Ini berlaku bila kontraksi Braxton Hicks lebih beritma, iaitu mungkin setiap 10 hingga 20 minit pada peringkat terakhir kehamilan.

Mungkin sukar bagi anda membeza sakit kelahiran palsu dengan yang benar, terutamanya jika kerengangan uterus sungguh tidak selesa. Tetapi, sakit kelahiran palsu tidak akan membawakan sebarang perubahan pada serviks anda. Doktor anda boleh membuat pemeriksaan vagina untuk menentukan.

 

Apa akan jadi jika kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih sakit?

Apabila kehamilan anda berlalu, kontraksi ini mungkin menjadi lebih sakit dan kadangkala amat tidak selesa. Walau bagaimanapun, jika anda merasakan kontraksi anda menjadi reda dengan cara apapun, kemungkinan besar ianya Braxton Hicks.

Setengah profesional kesihatan mengesyorkan supaya anda menganggap Braxton Hicks sebagai "kontraksi latihan" bukan saja bagi uterus anda, juga bagi anda sendiri supaya boleh berlatih menggunakan latihan pernafasan yang anda akan memperolehi di kelas antenatal anda.

Anda mungkin sedar yang kontraksi datang dengan lebih kerap jika anda melakukan aktiviti fizikal walaupun ringan, seperti membawa barang beli-belah dari kereta. Jika anda merasa kurang selesa, kadangkala ianya membantu jika anda berbaring, atau sebaliknya, bangun dan pergi berjalan-jalan - perubahan aktivitilah yang akan meredakan sebarang kesakitan yang dirasakan. Kadangkala mandi air panas juga membantu.

 

Bilakah saya harus memanggil doktor?

Jika anda hamil kurang dari 37 minggu panggillah doktor anda jika kontraksi diikuti oleh:
  • lelehan yang melekit dan berdarah;
  • sakit pinggang atau kekejangan.
Ini semua adalah tanda-tanda yang menunjukkan kelahiran pramatang.

Selepas 37 minggu, panggil doktor anda jika:
  • pergerakan bayi anda sudah mengurang;
  • anda fikirkan anda sudah pecah ketuban;
  • jika anda mengalami sebarang pendarahan.
Rujuk simptom-simptom kehamilan anda tidak harus abaikan.

Jika kontraksi menjadi lebih panjang dan kuat, lebih berkala dan kerap, ini menunjukkan proses kelahiran mungkin sudah bermula. Doktor anda mungkin sudah bercakap dengan anda tentang apa harus dilakukan apabila anda merasakan yang kelahiran sudah bermula, tetapi jika anda merasakan sebarang keraguan, hubungilah dia.





#ilovebeingpregnant








Sunday, 24 May 2015

Lingerie, Rahsia Wanita

Assalamualaikum.

Hari ini kite bercakap tentang salah satu rahsia wanita. Rahsia ini secara tak langsung boleh memberi kenyakinan kepada wanita itu sendiri. Ramai yang segan, ramai malu tapi mahu. Ramai yang menidakkan tapi ada rasa mahu mencuba. Biasa lah tu sikap wanita Melayu yang pemalu. Hahahaaa!!

Ok! Dah dah!! Kalau dah malu-malu mahu membelinya di tempat terbuka, boleh pakat kunjungi online shop dibawah ye. Banyak pilihan yang merambangkan mata.



Pesanan dari tuan kedai :

Hye darlings!!
.
pada gadis 👯yg nak naik pelamin masih mencari pakaian tidur yg sexy & hottss?😘 jom follow @nn_lingerie
.
.
Yg nak beli utk hadiahkan pada pasangan 💑tersayang pon digalakkan..
.
.
💏kakak, adik yg dah berkahwin harus beli tau!😍 jadikan setiap malam malam pertama anda..eceeewaahh!!
.
.
👉Cepat follow laju2 @nn_lingerie tak yah segan malu buat pilihan pelbagai pattern, size yg penting sgt berkualiti....ingat ya jangan malu segan sb semuanya dirahsiakan..
🎀@nn_lingerie
🎀@nn_lingerie
.
.
👉kami akan memberi panduan untuk memilih saiz lingerie yg sesuai untuk saiz badan anda
.
.
💋sesuai dihadiahkan pada pasangan yg baru mendirikan rumahtangga
💋sesuai dihadiahkan pada pasangan sebagai hadiah harijadi atau ulangtahun
💋sebagai persiapan awal honeymoon anda
.
.
**ppsstt....kekakak yg chubby2 , baby plumm tu jgn risau sb @nn_lingerie ada sizenya...



Instagram : @nn_lingerie 


=================================================
For Events, Review, Advertorial & Advertising 
Kindly email me iydajuhar@gmail.com or Whatsapp +60104012310
The rate can be negotiate, please put your price range and request.
=================================================




Sunday, 17 May 2015

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum.


 Sumber carian : Google.com


Seperti biasa dan tahun-tahun sebelumnya, setiap 16 Mei adalah tarikh keramat bagi pendidik/ guru/ cikgu. Dan dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua para pendidik terutama mereka yang telah banyak berkongsi dan mencurahkan ilmu kepada saya. Alhamdulillah!! Terima kasih cikgu!! Jasa mu tetap dikenang.




Friday, 15 May 2015

Resipi Saya : Mini Pizza

Assalamualaikum.

Kali ini, nak kongsi cara-cara buat Mini Pizza. Senang jer!! Hahhah!! Saya tak pernah buat sebelum ni. Idea ni tercetus, apabila ada jiran saya yang jual Mini Pizza RM10/ 4 keping. Bagi menunjukkan sokongan kepada surirumah yang berbisnes dari rumah. Oleh kerana Dija makan Mini Pizza tersebut dengan begitu berselera, maka mood rajin si ibu pon datang la kan. Hahhah!!






Bahan-bahan untuk Mini Pizza :
Roti Sandwich (saya pakai roti Gardenia)
Prego Puree Tomato

Untuk 'topping' :
Keju (kalau nak pakai keju biasa macam ni pon bole atau yang 'sprinkle' tu pon bole)
Sosej (rebus,tos dan potong bulat-bulat)
Cendawan butang (rebus, tos dan potong)
Bawang besar (potong halus-halus

Jom!!! Kita buat Mini Pizza
Mula-mula sapukan marjerin pada permukaan roti. Kemudian, sapukan Tomato Puree mengikut kemahuan tersendiri, saya suka sapu banyak dan tebal. Setelah itu, letak semua bahan-bahan 'topping' tadi di atas permukaan roti. Untuk 'topping', saya mulakan dengan meletakkan sosej, cendawan, keju, bawang besar dan tambahkan kembali tomato puree tadi. Bagi membakar pizza, saya tak menggunakan oven, hanya pemanggang ajaib sahaja. Hee !!! Jimat dan cepat. 




Biasanya, saya akan panaskan terdahulu pemanggang ajaib. Apabila sudah sedia untuk proses membakar, saya akan perlahankan api dan sapukan sedikit marjerin pada lantai pemanggang ajaib. Kemudian tutup dan biarkan selama beberapa minit, biasanya sehingga keju itu cair.




Wah!!! Ada chef kecik membantu la kat dapur. Heee!!! Best kan? Boleh dijadikan salah satu aktiviti memasak bersama anak-anak. Thanks Dija !!




Tattttt Tadaaaaaaaaaaaaaa!!!! Ok yang ni dah siap. Boleh nampak kan, keju nya cair disitu. Nyummeh!!

Selamat mencuba ye.




Wednesday, 13 May 2015

Ejen Takaful Prudential/ PruBSN Takaful

Assalamualaikum.

Kebelakangan ini, ada segelintir kenalan dan rakan agak keliru dengan status kerja saya. Hahah!! Alhamdulillah!! Saya masih lagi Ejen Takaful bersama dengan Prudential. Cumanya tahun ini agak berbeza dengan tahun-tahun yang sebelumnya dek kerana faktor kesihatan.

Apabila disahkan mengandung anak kedua, pelbagai cabaran saya hadapi berkenaan dengan alahan. Bermula dengan 'bleeding' kemudian gatal-gatal dan itu belum lagi termasuk mual dan pening. Allahuakbar. Betul la kataorang tua-tua, mengandungkan anak pertama, kedua, ketiga dan seterusnya, semuanya berbeza.

Oleh itu, saya telah menghadkan aktiviti saya untuk 'travel' dalam jarak yang jauh. Jadinya, saya banyakkan berehat dirumah. Banyak membuat kerja dari rumah. Berinteraksi dengan 'clients' dari rumah sahaja melalui email, watsapp, facebook dan segala media sosial yang memudahkan.

Ini adalah salah satu 'Beauty of  This Business'. Kita bukan bekerja makan gaji tapi ini adalah bisnes kita sendiri. Selagi bergelar ejen, kita lah bos dan kita lah pekerjanya. Lain pula apabila, kita mahu dinaikkan pangkat menjadi Unit Manager.

Alhamdulillah!! Kerja dengan masa yang fleksibel dan boleh diaturkan sendiri. Tak perlu pening kepala untuk minta cuti bila tak sihat atau ada sebarang kecemasan. Ini lah yang saya cari. Dalam masa yang sama, gaji saya masuk seperti biasa.

Semalam, setelah sekian lama tak bertandang ke pejabat, saya ke sana atas urusan kerja. Dija pun ikut sama sebab tak mahu tinggal dengan pengasuh. Sebenarnya, bermula tahun ini, saya mengambil keputusan menjaga Dija sendiri di rumah.




Kami ke Prudential/PruBSN Cawangan Mentakab untuk mengambil borang proposal yang baru sambil menyelesaikan beberapa tugas penting.

Kemudian, kami terus ke Old Town White Coffe, Temerloh untuk berjumpa dengan Unit Manager saya, Puan Kaiulani Bujang yang datang dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah!! Saya sangat teruja dan gembira. Ye lah, saya kan 'outstation agent' jadi nya bila UM datang tu semangatnya lebih la. Hahhaha!! Terima kasih Kay sudi datang ke sini. Kami memulakan dengan 'coaching session' macam biasa dan seterusnya bergilir-gilir untuk kemaskini aktiviti semasa juga memberikan laporan semasa.





Alhamdulillah!! Semuanya berjalan lancar. Terima kasih Kay !!

Senang menjadi Ejen Takaful bersama Prudential ni, banyak cawangan yang ada disetiap negeri untuk memudahkan kita bekerja.

Contohnya, macam saya yang berdaftar di bawah SAR Group Million Dollar Agency dan lokasinya di Petaling Jaya. Tapi saya menetap di Pahang, maka untuk sebarang urusan rasmi, saya boleh keman-mana sahaja cawangan yang terdekat di Pahang. Biasanya, saya akan ke Prudential/PruBSN Cawangan Mentakab untuk menyelesaikan sebarang urusan.

Dan kerjaya ini juga boleh menyertainya sebagai 'Full-timer' atau pun 'Part-timer', terpulang pada diri dan keadaan masing-masing.

Best kan?? Mahu tahu lebih lanjut boleh hubungi saya ye :

Email : nurfahida.prubsntakaful@gmail.com
Facebook : Iyda Juhar
Telefon/ Whatsapp : +6010 401 2310






Friday, 1 May 2015

#1 | Pantun Petang




Kalau sedih,
Ingatlah waktu gembira

Kalau stress kije,
Ingat balik kenapa kita bermula

Kalau lemah semangat,
Tengok balik gamba handbag yang kite idam

Kalau letih ngan anak,
Ingat balik masa kite beranakkan dia

Kalau nyampah ngan suami,
Belek semula gamba kawen ke gamba couple ke

Gitu la kite ade ups ade down,
Yang penting jangan jauh dari Allah swt


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015