ahad lepas kami dikejutkan dengan panggilan yang mengatakan Ayoh kurang sehat. sudah pon dimasukkan ke hospital. tulang punggung patah akibat jatuh 2 minggu lepas. jadi harus dibedah segera. tulang patah harus ditukar dengan tulang besi sebagai ganti. ayoh sudah tak boleh jalan lagi.
aku terkejut. tapi riak itu aku selindungkan. air mata juga sempat aku seka. begitu lah aku yang keras kepala. kata Mek, aku ini sama ikot perangai Ayoh. kan Mek??
jadi aku terus kemaskan barang. bersedia untuk pulang ke kampung bersama Mokni (mak sedara). mama juga pulang sama. hampir 1 pagi sampai di Kota Bharu. kami terus ke hospital. dek kerana hospital bukan kerajaan,kami dibenarkan masuk tanpa had waktu. kami tersu menuju ke tingkat 4. bilik 454. aku terus masuk. kelihatan Ayah Ek (pakcik) ada disitu. aku terus hampiri Ayoh. dah tido rumah. macam biase la. kalu tido pasti diselimutkan semua muka. aku diam saja. 10minit kemudian,Ayoh tersedar. dia senyum saja. aku terus salam cium tangan nyer yang semakin berkedut tuh.
....Oleh kerana tulang besi yang di order tuh belom sampai lagi. pembedahan ditunda ke hari selasa. jadi sepanjang hari isnin aku menjga Ayoh dihospital bersama Mokni. sian Ayoh, makan pon tak lalu sangat. agaknya risau pasal pembedahan la tuh.
....Pagi Selasa, 14 Julai 2009, kami semua bangun awal. bersiap ke untuk berkhemah disana. sempat kami belikan kuih kegemaran Ayoh. kuih gulong (ketayap). sampai saja kat sana, aku tengok Ayoh dah siap dipakai baju khas untuk ke dewan bedah. dia diam saja. aku sempat snap gambar juga videokan saat2 tu. bila nurse datang nak amek Ayoh,kami semua turut ikot same hantar Ayoh ke dewan bedah. kami tunggu diluar dan seterusnya ke bilik 454. kemudian bergilir baca surah Yassin. Mak Long mulakan dulu. kemudian Mama. Then aku dan Mokni.
pembedahan yang sepatutnya 2jam berlarutan ke 3jam lebih. kol 12 setengah hari. Ayoh dihantar ke bilik 454 kembali. Ayoh masih mamai. ubat bius tak habes lagi. melalui laporan dari doktor,semuanya selamat. Alhamdulillad. syukur pada Tuhan Yang Maha Kuasa.
Ayoh tak dibenarkan bergerak selama 6 jam selepas pembedahan. sian Ayoh. aku dapat rasekan betapa boring nyer Ayoh bile dia tersedar nanti. yer la, Ayoh tu bukan nya reti dok diam. lewat meniti senja Ayoh tersedar. tanya makan pon dia tak mau. nak minum air je katenya. terus aku dapatkan air kosong dan straw untuk mudahkan Ayoh minum.
..... semalam, hari rabu,aku dah kena pulang ke kolumpo. tuntutan hidop. jadi harus kerja. kena kerja. berat hati mahu tinggalkan Ayoh yang masih lagi dalam keadaan begitu. boleh dikatakan stabil tapi tak sepenuhnya. Ayoh tak dibenarkan bangun lagi. harus baring lagi. kaki harus extra jaga lagi. aku janji akan pulang lagi. pasti.
jadi,kami putuskan untuk pulang ke kolumpo after zohor. sebelum pulang aku salam tangan Ayoh. aku bagi tau aku nak balik dah. tapi nati aku akan balik kampong semula tengok dia. Ayoh anggok saja macam biase dan sempat senyum.
doa untuk Ayoh
Ya Allah Ya Tuhan ku, hanya pada-Mu aku bermohon, sesunggohnya aku ini insan yang lemah lagi hina. Ya Allah Ya Tuhan ku,tabahkan lah Ayoh dan kuatkan lah semangat Ayoh untuk hadapi dugaan ini................................................
notatangan : rindu yang amat sangat.
smoga keluarga akan tabah..
ReplyDeletesbab ayoh kuatlaa Allah bg ujian ni...
smoga sihat & dirahmati oleh NYA!
Makcu :
ReplyDeleteterima kasih Makcu :)
assalamualaikum
ReplyDeletesyafakallah
semoga cepat sembuh
sampaikan salam dari bumi maghribi buat tok yah
ok wassalam
hope he get well soon.
ReplyDeleteTanpa Nama :
ReplyDeleteWaalaikumssalam.
terima kaseh atas doa itu.
InsyaALLAH.
TH :
ReplyDeletetenkiu :)
semoga tabah selalu.. insyaallah..
ReplyDeleteida, sabar yer, harap2 ayoh sembuh cepat.. insyaallah..
aishah :
ReplyDeletehai aishah. time kaseh yer.
tumpang lalu...
ReplyDeletesinggah2 my blog...
http://daniel-syaf7788.blogspot.com/