Friday, 27 February 2015

Drawing and Coloring for Dija

Assalamualaikum.

Actually, lama dah nak try buat certain activity dengan my dobok-bok ni. So, last few weeks saya ada pergi ke Popular Bookstore, ada terjumpa macam-macam barangan untuk aktiviti kanak-kanak yang diawal usia. Harganya pun berpatutan dan mampu milik.

So, buat permulaan ni Ive decided to buy something yang related to painting/coloring. Hikss!!! Sebab saya pon suka coloring nih.






I bought Finger Paint, dalam tu ada 6 colours. Saya pilih yang ini, sebab nya, ianya boleh digunakan untuk mewarna kat kertas dan juga tangan. Paling penting senang cuci. Hehehe!!! Tak nak pakai berus pon tak apa, boleh pakai tangan sahaja. Menarik kan?? Harganya tak mahal, tapi dah lupa tapi yang pasti below RM15 la.



Tengok la warna-warna tu, Ya Allah geram nya. Saya suka sangat warna-warna yang macam ni. Hahahah!!! Ok, now ibu dah over excited.





And of course la, aktiviti mewarna ini perlu dilakukan diluar rumah. NO! NO! dalam rumah ye. Tak larat ibu nak bersihkan kalau ada kejadian pertumpahan warna. Makanya, aktiviti dilakukan digaraj berlapikkan kertas surat khabar lama. Protection untuk baju dan seluar pon mesti ada, apron yang Dija pakai tu saya beli kat Ikea dan material nya plastik, jadi senang la nak cuci.

Ok!! Barang semua dah ready dan preparation pon dah cukup. Boleh la Dija mulakan aktiviti. Let's go bebeh!!!!

I let her buat drawing and coloring sendiri. Kemain lagi fokus dan excited, tapi bila ibu nak snap gambar terus buat pose. Owh!! By the way, itu gaya Dija buat peace hahahahah!!!



After bertungkus-lumus, inilah hasilnya. Hasil pertama drawing and coloring dari budak tecik berusia 2 tahun 6 bulan. Good job Dija!!!! Ibu so proud of you sayang !!! Nanati kite tampal kat dinding bilik  ye. Heee!!!

Bagi untuk menambahkan pengetahuan ibu-ibu, saya juga ada membaca dari beberapa sumber mengenai manfaat melukis dan mewarna bagi pendidikan awal kanak-kanak. Aktiviti seni dan kraf adalah salah satu aktiviti yang baik dan berfaedah untuk anak-anak. Mereka akan berfikir dan berimaginasi tentang apakah kraf yang akan mereka lakukan dan ini akan meningkatkan daya kreativiti mereka. Bukan itu sahaja! Banyak lagi yang mereka belajar dari aktiviti sebegini.

1. Skil Komunikasi. Ketika anak melukis atau mewarna, mereka pasti akan berkomunikasi dengan orang sekelilingnya bagi membantunya melaksanakan aktiviti tersebut. Mereka akan menyebut warna yang akan digunakan, menyatakan bentuk yang akan dilukis atau pun memberikan idea di manakah akan digantung lukisannya kelak. Mereka juga akan bertanya adakah lukisan mereka cantik kepada kita. Itu semua melibatkan skil komunikasi. Nyata sekali aktiviti sebegini merangsang anak-anak berkomunikasi dan menambah kosa kata mereka.

2. Skil sosial dan emosi. Apakah kaitan aktiviti aktiviti sebegini dengan skil emosi dan sosialnya? Lihat bagaimana anak kita berkongsi warna bersama adik beradik dan kawan-kawannya. Mereka akan berkomunikasi sesama mereka dan belajar sabar ketika menunggu giliran. Kadang kala mereka akan rasa kecewa kerana lukisan mereka dikatakan tidak cantik oleh kawan-kawan atau mungkin mereka sangat gembira ketika dipuji oleh ibu kerana mewarna dengan baik. Ini semua melatih emosi anak dan membuatkan mereka cepat matang.

3. Skil menyelesaikan masalah. Apabila mereka melakukan aktiviti kraf, pelbagai idea yang datang menerjah ke dalam fikiran mereka. Apa yang saya hendak buat? Apa warna yang catik untuk buah epal ini? Bagaimana saya mahu menjadikan ia bertambah menarik? Mereka akan mencuba cara yang terbaik atau pun mencari idea baru untuk menjadikan kraf mereka cantik dan menarik.

4. Skil motor halus. Aktiviti seni dan kraf sangat penting bagi meningkatkan skil motor halusnya. Memegang benda kecil dan halus, menggunting, menampal antara latihan yang dapat melatih skil motor halusnya. Ini sangat penting kerana jika otot-otot kecil seperti di jari tidak digerakkan dan dilatih, anak akan sukar membuat aktiviti seperti menulis, mewarna atau membutang baju.

5. Fokus. Aktiviti sebegini dapat melatih anak-anak untuk fokus dengan lebih lama lagi. Ini penting bagi meningkatkan daya tumpuannya terutama apabila mereka sudah melangkah ke alam persekolahan nanti. 

6. Ekspesi diri dan kreativiti. Hebatnya seni dan kraf ini, kita dapat melihat emosi dan ekspresi anak pada waktu tersebut. Mereka melukis wajah ayah dan ibu kerana rindu yang teramat sangat atau melukis suasana kampung kerana ingin pulang ke kampung.

7. Mengeratkan hubungan. Luangkanlah masa bersama-sama anak-anak. Mereka pasti gembira jika kita dapat bersama-sama mereka melukis dan mewarna. Rasakan kebebasan serta keseronokan ini dan pasti mereka akan berkongsi dengan kawan-kawan bahawa ibu bapa mereka adalah yang paling 'cool' di dunia!

8. Tip mengurangkan aktiviti tidak berfaedah. Ada yang bertanya, bagaimana untuk mengurangkan aktiviti menonton televisyen atau bermain permainan video. Inilah solusinya. Adakan aktiviti kraf ini bersama mereka. mereka pasti tolak televisyen dan gajet yang lain ke tepi.

Dija pon kadang-kadang tu banyak habiskan masa dengan menonton tv (kartun) dan dengan gajet. So, saya rasa ini adalah salah satu aktiviti yang lebih baik dan boleh meluangkan masa bersama. Inshaallah kita akan cuba lakukan at least sekali dalam seminggu.

Saya pernah juga berangan nak hantar Dija ke play-school tapi kawasan tempat tinggal saya ni, tiada sekolah yang begitu. So, saya terpaksa mencari alternatif lain.Tambahan pula Dija masih berseorang (adiknya masih dalam perut) jadi kadang-kadang Dija akan berkawan dengan anak-anak jiran sekitar ini. Heee!!


Thank you for reading this entry!
  
 


2 comments:

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015