Tuesday, 20 July 2010

mok lon (part 2)

Salam.
Al-Fatihah.

Sukar mahu dilelapkan mata. Petang tadi dalam pukol 3 baru je sampai Kolumpo dari kampong. Penat. Rehat yang belom cukop. Esok harus mula kerja balik. Tapi mata belom mahu lelap. Mahu bercerita tapi rase tersekat-sekat.

Begini sajalah, mohon doa kalian yang sudi singgah diblog ini untuk sedekahkan Al-Fatihah buat MokLong saye. dia bagaikan seorang ibu bagi saye. ape tidaknya, arwah selalu cerita, ketika mama mahu melahirkan saye dihospital, MokLong setia menunggu disisi untuk pastikan saye dan mama selamat. Dan sambil dibacakan surah yang sepatutnya. Indah bukan?? Mana mahu dicari lagi pengganti seperti dia.

Pemergian MokLon disabitkan oleh kanser usus perut. Itu hanya dunia. Namun, pemergian dia sudah dijemput oleh Allah swt.

Ahad lepas, petang, mokni tepon saye. Mengatakan MokLon tenat dan kami semua harus pulang. Saya panik bercampur bingung tapi hati ini kalu bole mahu sekelip mata terus berada dikampong. Janji temu bersama Kak Dayah segera dibatalkan. Inform Angah supaya stop berdating dan terus ke rumah mokni. Pack semua keperluan angah ke dalam bag, kemudian baru pakaian saye. Tergerak hati mahu memakai jubah hitam yang biase dipakai ketika berada di Tanah Suci, namun niat dibatalkan, tapi jubah tetap dibawa pulang bersama. Hampir 7petang jumpa mokni di Karak Haiwei, nasib baik ade osmate yang baik hati tolong hantarkan ke sana. Beli sedikit bekalan sebab belom sempat lunch lagi. Terus bertolak ke Kampong Buloh Poh. Ketika itu, MokLon masih lagi berada di ICU, Hospital USM.

Mama tepon mokni around 8.30pm, katenye tak jadi nak buat solat hajat dan bacaan Yassin kat rumah sebab hospital dah call sudah datang. MokLon makin tenat. Saye berdebar. Saye berdoa semuga segala urusan dipermudahkan Allah swt, sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik. Terhangguk-hangguk dalam kereta, mata kurang mahu lelap. 12.45pagi mama call mokni lagi, saye senyap saja, diamkan diri. Habis bercakap, mokni bagi tau, MokLon dah tak de... Innalillahwainnailahirajiun.. *sigh*

Saye tidak nangis. Saye diam. Dan terus diam.
Hanya terngiang perbualan terakhir dengan MokLon sewaktu saye mengurut kakinya..
"Dok Mekkah sedap la bole minum air zam-zam sokmo dop.."
"Ha.. meme kaklon minum sokmo. kaklon tak minum doh air lain tekoh dok denun"
Dan kami berbalas senyum. Itu saja. Saye rindu. Rindu sangat.

ketika diHospital Pakar Perdana

tarikh penting : 19 Julai 2010, Isnin, 12.30pagi telah direkodkan pemergian Hajjah Sabariah binti Haji Abdul Manaf. 


Al-Fatihah.


No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015