Friday, 30 July 2010

kebahagian dalam perpisahan



Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang


Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih



Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur


Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti




3 comments:

  1. Kak Lin.. huhuh sedih ade makna tuh. ini lagu yang si Shahir nyanyi nih.

    by the way, i read ur first comment tuh. heheh

    :)

    ReplyDelete

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015