ini mok lon (mak long).
namanya Hajjah Sabariah bt Haji Abdul Manaf.
kakak kepada mama saye dan juge kakak kepada mokni.
saye tak mahu katakan ianya musibah. tapi merupakan salah satu dugaan kepada keluarga besar kami. terutamanya kepada keluarga terdekat MokLon. minggu nih, ari khamis lepas, MokLon menjalani satu pembedahan apabila disahkan menghidapi kanser.
saye terkejut dan sedih. tambah sedih saye tak dapat ade bersama sewaktu pembedahan dijalankan di Hospital Kota Bharu. dan tambahan lagik saye tak dapat pulang untuk menjenguknye sebelum saye pergi ke Tanah Suci. ralat. dan amat ralat sekali. saye hanya diamkan diri. doakan untuknya dari jauh. bacakan Yassin. buat yang termampu. harap didengar Tuhan. Insyaallah.
Ya Allah Ya Tuhan ku Yang Maha Pengasih lagi Pengampun. Hanya Engkaulah yang mengetahui segala yang terbaik buat kami yang lemah lagi hina. sembuhkan lah MokLon dari kesakitan. tabahkan hati MokLon menghadapi setiap dugaan yang Engkau berikan. aminn.
No comments:
Post a Comment
terima kasih daun keladi :)