Lately, saye dikutuk, saye dimaki, diperlekeh, dan dihambur kata yang bermacam-macam.
Nape ye?? Sebab saye pernah menghancurkan, melukakan, menyakiti dan menghampakan hati dia. Jadi bila marah dan kecewa, semua itu 'dihadiahkan' pada saya.
Ape saye rase?? Benci?? Tidak. Same sekali saye tidak benci, apatah lagi mahu marah-marah. Saye cuma rase sedih dan terhina. Sesekali nangis pon ade. Termenung pon iye juga. Memikirkan sebesar manakah dosa aku pada manusia ini hingga aku diperlakukan sebegini.. Haihh..
Kenapa semua harus diungkit? Kenapa kesilapan silam harus diulang berkali2 ?Tidak cukup kah, jika seseorang itu sudah menyesal dan berubah juga berjanji tidak akan mengulanginya lagi? So, harus bagaimana? Masa sudah tidak bole diundur, seharusnya jadikan itu semua pengajaran. Tapi, seandainya hati sudah tidak bole terima juga, lepaskan sahaja. Tidak perlu timbulkan benci.
Awak, tidak perlulah awak hamburkan kata-kata benci hanya sekadar awak mahu saya bencikan diri awak. Tak perlu begitu. Kerna saye tidak akan dan tidak pernah membenci awak. Saya redha walau ape pon yang berlaku. Takdir, mungkin.
Ape lagi yang saye perlu lakukan? Ape yang awak mahu saye lakukan? Ikot saja kata telunjuk awak seperti sebelumnya tanpa memikirkan masa depan saya? Begitukah yang awak mahu? Barulah saye ini dikatakan baik suci murni. Begitu??
Pernah serahkan hati saya, telah saye berada dalam genggaman awak pon, tapi awak lepaskan kerna memburu 'keinginan' awak. Saye, pernah ditarik, ditolak, diambil dan dicampak. Haruskah begitu lagi??
Ini bukan mencari salah sesiapa pon. Ini telenovela yang terlalu letih untuk diceritakan. Ini fakta. Bukan begitu??
Bencilah diri saye semahu yang awak boleh. Saye redha. Jika itu yang awak mahu. Tapi untuk saye membenci awak, TIDAK.
Peringatan buat diri sendiri :
"Kenapa awak tak bersyukur? Allah dah jaga awak cukup sempurna.. Baju awak pakai, siapa bagi? Ilmu awak belajar, siapa ajar? Makanan awak makan dari kecil sampai besar, siapa kasi? Pernah tak, tak makan setiap hari? Kaki yang awak guna berjalan, siapa bagi? Dan yang paling penting, akal yang awak guna untuk fikir itu, siapa kurniakan? Janganlah putus asa. Allah sayang awak melebihi awak menyayangi diri awak sendiri."
notatangan : Subhanallah !!!