Genap 6 tahun sudah berlalu..
*Imbas Kenangan
Enam tahun lepas pukol 11 malam lebih.. aku berada disisinya memegang tangan.. sambil mengucap Dua Kalimah Syahadatt tanpa putus dan berulang2.. biilik belakang dirumah kami penuh dengan sanak saudara..jauh dekat semuanya ada.. Ustaz Mat dan isterinya (arwah Mokcik) tekun membaca al-Quran senada dan serentak..lantang sekali..tanpa henti..
Dan pada hari ini, ingatan, kasih dan rindu masih segar dan sama. Tidak berganjak walau sedikit pon. Chenta hati saya tetap nombor satu dihati. Tiada ganti untuk selamanya.
Dan saya amat bersykur sekali, kebelakangan ini saya tersedar.. betapa saya jarang sekali memberi hadiah kepada chenta hati saya ini dek kerana saya sebok merindui orang lain yang sikit pon tak menghiraukan diri saya. Oleh itu,saya kuatkan semangat..saya cuba bangkit. Setiap hari saya pasti "menghadiahkan" sesuatu buat chenta saya. Terbayangkan saja senyumannya sudah cukop buat saya tersenyum..bukankah indah begitu..merindui orang yang menyayangi kita. Semakin lama kemanisan itu semakin mendalam.
Along harap Mek tak merajuk ngan along.. maafkan along kerna sebok mengejar cinta lain hingga terlupa akan chenta hati.. alpa barangkali..
Mek, along sekarang sudah besar..dewasa..tidak lagi macam dulu.. syukur alhamdulillah..
ucapan : Promise !!! I will make u proud as u wish before !!
Kuatkan hati, pasti berjaya menghadapi dunia ni =)
ReplyDelete