tapi tak kurang jugak ramai artis yang kawen. alhamdulillah. dan juga Tahniah !!
hari ni aku nak kongsi sket, pasal penyampaian atau tuturkata yang diluahkan oleh orang tengah pada end user. pagi tadi dalam kol 10 setengah pagi lebey kurang. aku mendengar radio Era, tapi tak tau la segmen ape pada ketika itu.yang aku tahu ada 3 penyampai.seorang minah dan 2 orang mamat.celoteh mereka yang sebagai deejay amatlah bersahaja.jadi aku dengarkan saja.dalam berceloteh,minah si deejay ni ucapkan tahniah pada artis yang lately ni baru berkahwin.
dalam salah satu pot pet nye itu,minah si deejay ni ucapkan tahniah pada pasangan yang bukan islam.baru saje kawen. iaitu Rich Estrange dan pasangannya Velvet AF.mereka ini pasangan bukan islam.ngan selambernye minah si deejay ni cakap
"selamat pengantin baru pada Rich dan Velvet yang baru saja diijab kabulkan pada jumaat yang lepas lepas"
ha?? aku terkedu sekejap.terus aku tanyakan pada si Abu disebelah.nape dia cakap macam tuh?? bukan ker ijab kabul ni untuk orang islam jer? Abu anggukkan pertanyaan aku tadi. haihhh.
yer.mungkin dia boleh tersilap cakap.tapi dia bukannye baru sehari jadi deejay.dan aku rase sebagai deejay radio yang rating nya tinggi dinegara kite ni,perlu lah dia berhati-hati.sebab dia adalah pengantara dalam menyampaikan maklumat.ramai pendengar yang mendengar.even gaya perantaraan adalah santai dan bersahaja, namun gaya bahasa harus dijaga.tak manis la kalu semuanya nak maen bantai saje.nampak sangat kekurengan nyer tuh.
dan bagi aku memang lah aku tak suke apa yang aku dengar tadi.
kawe meme tok suko benar lah !!!
bukan mahu cari salah orang atau nak besarkan perkara kecil. cuma andai ini berulang lagi, memang tidak bagus bagi kite yang mendengar.
macam juga kalu orang yang sudah meninggal dunia. bagi orang islam kita akan panggil sebagai "arwah". dan bagi orang yang bukan islam pula kita akan panggil "mendiang".
notatangan : apa kata bagi kamu semua deejay buat homework dan jangan maen bantai je bile bercakap. ok ?? dah memang itu kije kamu jadi penyampai maklumat kan??
No comments:
Post a Comment
terima kasih daun keladi :)