Friday, 17 September 2010

hukum pertunangan

Hendaklah diketahui bahawa bertunang belum menjadikan satu pasangan itu sebagai isteri melainkan selepas melakukan aqad nikah. Walau bagaimana pun haram hukumnya menikahai dengan tunang orang kerana perbautan tersebut di cela oleh Rasul Allah saw.

Pertunangan sebenarnya sebagai satu janji yang mana wajiblah ditunaikan janji tersebut dan haram melanggar janji tersebut melainkan dengan uzur yg diharuskan oleh agama.

Jika pihak perempuan tidak mahu meneruskan pernikahan maka mereka hendaklah memberitahu kepada pihak lelaki tentang perkara tersebut yakni dengan maksud memutuskan pertunagan itu. Dan jika tidak diberitahu maka hukumnya adalah haram.

Pihak ketiga pula jika mereka tidak mengetahui perempuan tersebut sudah menjadi tunang orang maka tidaklah menanggung dosa. Tetapi jika mereka mengetahuinya maka mereka juga berdosa kerana dikira sengaja merampas tunang orang.

Tentang pernikahan tersebut jika cukup segala rukun dan syarat maka ianya adalah sah.

Pihak tuan sebaiknya jangan bertindak untuk membalas perbutan pihak perempuan itu. Angaplah ini semua sebagai ujian Allah swt terhadap hambanya. Berlapang dadalah menghadapi situasi ini dengan penuh hikmah.

Bukankah setiap musibah yang menimpa hambaNya yang beriman akan dibalas oleh Allah swt nanti dengan pahala yang berlipat ganda.

InsyaAllah jodoh pasti akan ditemui jika Allah swt berkehendak.

wallahua'lam

dikerat dari : sumber

notatangan : janji jangan tinggal janji.


No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015