Thursday, 7 April 2011

rabun

andai disebut fasal rabun. pasti ianya dikaitkan dengan mata. kan?? adakah rabun ini satu penyakit atau simptom.dan megikut kefahaman saya, rabun ialah kesukaran untuk melihat objek samada dekat atau jauh. that i swhy, rabun ini terbahagi kepada dua iaitu rabun dekat dan rabun jauh.

macam mana mahu mengatasi keadaan ini?? mereka yang mengalami rabun boleh mengguna kaca mata, kanta lekap atau membuat pembedahan bagi membantu memperjelaskan lagi penglihatan. senang kan? dengan izin Allah, manusia dapat membuat semua ini. dengan berbekalkan duit dan mendapatkan khidmat pakar, insyaallah semuanya bakal kembali pulih.

tapi bagaimana pula kalu rabun hati atau rabun jiwa?? dahsyat. dan amat dahsyat sekali. ini kerana, tiada doktor atau pakar atau juga ubat secara fizikalnya yang boleh menbantu. jawapan untuk ini hanya ada pada diri sendiri atau individu tersebut.

atau jika dipendekkan kiasnya rabun hati adalah mereka yang tiada Iman-nya. jauh dari pandangan hati dari Islam-nya. maaf andai statement ini agak terkasar. tapi itu adalah hakikatnya. ramai yang terlepas pandang dan tiada teliti akan hal ini, mungkin disebabkan ego diri atau bodoh-sombong. oleh itu, amat susah untuk ditegur atau dinasihati dalam hal ini. dan sangat susah untuk memberitahu mereka apa yang tidak baik untuk diri mereka, even mata kasar pon bole membacanya.


No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015