Monday, 9 March 2015

My Review : Holiday Villa Hotel, Kota Bharu

Assalamualaikum.

Dah cukup seminggu tak update blog ye? Wat a hectic week for me and my little family. Tak pe. Nanti kita share satu-satu ye.

Last week, on Tuesday ada hal emergency due to family matters. Jadi terpaksa la balik dalam keadaan yang agak kelam kabut. Perjalanan bermula dari rumah biru kami, jam 9 malam. Oleh kerana perjalanan kami tidak melalui mana-mana lebuhraya, maka masa diambil agak lama. Jam 5 pagi hari berikutnya, kami tiba di Kelantan.

Pada mulanya, kami bercadang untuk menginap di homestay yang berdekatan dengan kampung kami. Tapi nampaknya, tiada rezeki kami. Sudahnya, kami meneruskan perjalanan hingga lah ke Wakaf Che Yeh sambil mencari tempat penginapan sementara hanya untuk satu malam. 

Alhamdulillah!! Apabila singgah di Holiday Villa Hotel dengan walk-in sahaja tanpa room-booking, nasib baik masih ade kekosongan. Rate room pada hari tersebut untuk walk-in, Superior room berharga RM185. Tapi suami saya memohon untuk menggunakan government rates, makanya dapat sedikit diskaun RM165 per nite with breakfast for 2 pax.

Bagi saya, bilik ini selesa untuk famili kecil kami (2 +1). 





Apa yang saya PALING SUKA servis hotel ni, sejadah disediakan didalam bilik (saya lupa bawa sejadah) dan iron with iron-board juga dah ada. Senang!! Tak payah nak request dah. Tanda kiblat pon jelas dan senang. Yeayy!!!

Menu untuk breakfast pon ok. Ada pelbagai pilihan dan yang bagusnya ada Nasi Kerabu (local food). Gambar kat atas tu nasi kerabu la tu, tapi saya tak makan ulam jadi nya amek tumis, budu dan lauk ayam saja. Hiks!!



Bagi pelancong dari luar pula yang memang datang ke Kelantan untuk shopping, memang agak strategik sebab nya betol-betol berhadapan dengan Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Gedung jualan pula, memang tak payah cakap la kan, merata tempat ada. Boleh jalan kaki saja. 

Selamat Berkunjung ke Kelantan ye.

Thank you for reading this entry !





Monday, 2 March 2015

Sate Minang di Pekan Sehari Temerloh

Assalamualaikum.

Hujung minggu adalah hari yang paling saya suka. Saya paling suka hari ahad sebab ada pasar pagi atau pekan sehari. Saya suka pergi pasar. Saya suka tengok gelagat mereka yang ke pasar dan mereka yang berniaga di pasar. Dan paling best kat pasar biasanya ada banyak pilihan makanan atau sayuran kampung. Even lauk mentah pon ada pelbagai pilihan.

Ok. Ahad lepas, saya dan famili ke Pekan Sehari Temerloh. Pasarnya yang besar dan panjang sekali, di tepi sungai pula tu. Heaven!!!

Setiap kali ke Pekan Sehari Temerloh, sasaran utama saya ialah mahu makan Sate Minang kat tepi sungai tu. I cant remember since when I like Sate Minang. Sebab sebelum ni tak pernah kenal pon Sate Minang ni, now dah addicted la pula. Hiks!!!!

Kebiasaannya jam 12 tengahari, memang dah licin la Sate Minang ni, kuah pon licin. Alhamdulillah!! Semalam jam 12.30 kami sampai masih ade banyak lagi. Rezeki!! Terima kasih Allah!! So, this time dapat la order 3 set Sate Minang dan 2 pek keropok juga air. Tapi Dija punya tak ada kuah la, sebab rasanya agak sedikit pedas. Tak sesuai untuk kanak-kanak.


 Harga satu set Sate Minang RM3.50 ada 4 cucuk sate dan nasi impit
Keropok nya pula 1 plastik RM1


Tu dia Cik Jah sedang menikmati Sate Minang tanpa kuah. Hehehee!!




Setiap kali makan disini kami akan memilih meja yang menghadap sungai. Ini sungai Pahang. Itu signboard Temerloh selepas kejadian banjir hujung tahun lepas. Dan setiap kali menghadap sungai, ayah Khadijah akan bercerita mengenai banjir tahun lepas.


Inilah keadaan gerai Sate Minang tu. Sempoi je.


Seperti biasa selepas menikmati Sate Minang kat sini, kami akan meneruskan lagi perjalanan sehingga ke hujung pasar. Gerai ini, boleh dikatakan kami punya check-point la. Dan bermula dari gerai ni juga, cuaca dah tak panas dek kerana banyak pokok besar yang menutup panas matahari. Sejuk dan rendang je. 

Ok. Inshaallah!!! In future, saya akan cuba snap banyak gambar tentang keadaan Pekan Sehari Temerloh ye.


Thank you for reading this entry !


Saturday, 28 February 2015

#2nd Pregnancy : Pendarahan Di Awal Kehamilan

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak berkongsi pula tentang pengalaman mengalami pendarahan ketika mengandung pada first trimester. Selepas pergi check-up pertama kali di klinik, pada mulanya semua keadaan baik-baik belaka. Seingat saya, seminggu selepas check-up saya mengalami pendarahan. Actually, yang keluar/discaj itu bukanlah berwarna merah tapi agak brownish (coklat-coklat muda). Pada mulanya saya tak panik, sebab saya pernah ada pengalaman pendarahan ketika mengandungkan Siti Khadijah (anak pertama). Ianya berlaku ketika first trimester juga.

Pengalaman kali ini amat berbeza sekali. Semasa mengandungkan anak pertama, saya mengalami pendarahan tetapi ianya hanya dalam masa seminggu sahaja. Apabila dapat tahu saya mengalami pendarahan, saya terus ke Klinik Pakar Wanita & Bersalin Chan. Setelah doktor memeriksa keadaan saya, doktor memberikan satu suntikan untuk kuatkan rahim dan juga 2 jenis ubat, iaitu Duphaston dan Folic Acid. Selepas seminggu, Alhamdulillah saya beransur pulih dan tiada lagi pendarahan berlaku.




Pada kali ini, saya melakukan tindakan yang sama. Tapi pendarahan berlaku agak berpanjangan dan mengambil masa agak lama. Lebih kurang dalam 6 minggu, ianya berlaku on-off berdasarkan aktiviti harian saya. Saya terpaksa mengunjungi klinik pakar setiap 2 minggu untuk memastikan semuanya dalam keadaan terkawal. Doktor banyak menasihatkan saya supaya banyak berehat, tidak boleh mengangkat barangan berat, tidak boleh mendukung anak, tidak boleh travel jauh dan boleh dikatakan doktor mahu saya rest in bed. Saya hanya mengangguk sahaja. Tapi apabila difikirkan, apabila kita memegang jawatan ibu, isteri dan suri, bagaimana kita mahu rehat. Haishhh!!!!

Saya mula hadkan aktiviti harian untuk seketika dan fokus untuk berehat sahaja. Pernah satu hari, saya hanya rehat terbaring sahaja. Saya cuma bangkit apabila mahu solat, makan dan minum, atau apabila Dija perlukan apa-apa. Selain dari itu saya hanya terbaring dan rehat sahaja. Dari pemerhatian saya, tiada pendarahan pada ketika. Apabila menjelang senja, saya cuba untuk mandikan Dija, tetibe terasa ade sesuatu keluar dari faraj. Saya terus bergegas ke bilik air untuk mendapat kepastian. Ya Allah, terkejut, sebab ade darah yang keluar di panty liner. Saya memang mengamalkan memakai panty liner dan menukarkannya setiap kali sebelum solat. Besoknya, sekali lagi terus ke klinik pakar kerana terlalu risau.

Secara kesimpulannya, sepanjang tiga bulan usia kandungan ini, saya telah mendapat 2 suntikan untuk menguatkan rahim tapi bukan sekaligus. Rasanya selang 3 minggu. Dan meneruskan pengambilan Folic Acid dan Duphaston setiap hari. Kali terakhir saya check-up, doktor ada membuat scanning. Alhamdulillah!!! Katanya baby ok, air ketubahan ok, degupan jantung ok, cumanya uri saya berada dibawah (rendah). Doktor ada bagi tahu, biasanya uri akan naik sendiri, ini berlaku kerana ianya diawal kehamilan. Inshaallah!!! Perasaan saya yang mulanya agak sedih dan risau terus bertukar ceria apabila mendengar degupan jantung bayi yang kuat. Semangat!! Heee!!!

Alhamdulillah!!! Pendarahan sudah berhenti dan saya pon mula berhenti dari mengambil Duphaston, hanya meneruskan suplemen biasa. Terima kasih Allah !!!

Pendarahan diawal kehamilan selalunya disebabkan oleh sesuatu yang minor atau ‘hanya salah satu perkara biasa’. Namun ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius dan boleh membahayakan anda selain menimbulkan risiko terhadap kehamilan. Sebab itu amat baik untuk menganggap sebarang pendarahan semasa kehamilan itu sebagai perkara serius dan perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.




Sumber bacaan dari © Utusan Melayu (M) Bhd :

Ini selalunya disebabkan oleh sesuatu yang minor atau ‘hanya salah satu perkara biasa’. Namun ia juga boleh menjadi tanda bagi keadaan yang lebih serius dan boleh membahayakan anda selain menimbulkan risiko terhadap kehamilan. Sebab itu amat baik untuk menganggap sebarang pendarahan semasa kehamilan itu sebagai perkara serius dan perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.
 
Mengalami pendarahan
Jumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan nasihat, walaupun pendarahan itu berhenti selepas sedikit masa. Anda mungkin memerlukan pemeriksaan vagina atau ujian imbasan ultrabunyi untuk mengesan sebarang komplikasi selain memastikan anda dan bayi adalah sihat. Anda mungkin akan menjalani ujian urin kehamilan dan ujian darah (untuk memeriksa tahap hormon anda).
 
Pemeriksaan menggunakan imbasan ultra bunyi melalui faraj (vagina) selalunya adalah yang terbaik untuk memeriksa sama ada semuanya baik atau tidak. Kesakitan abdomen yang teruk dan berlarutan dengan pendarahan ataupun tiada, mungkin ia tanda kehamilan di luar rahim atau kehamilan ektopik yang memerlukan anda mendapatkan rawatan di hospital dengan segera.
 
Punca pendarahan semasa awal kehamilan
Terdapat banyak punca pendarahan pada awal kehamilan dan sesetengahnya lebih serius daripada yang lain. Terdapat dua punca biasa yang menyebabkan pendarahan awal dan selalunya akan berhenti dengan sendiri tanpa sebarang masalah. Pendarahan tersebut ialah pendarahan ‘penebusan’ (breakthrough). Ini kerana hormon yang mengawal kitaran haid anda boleh menyebabkan pendarahan penebusan apabila tiba masa haid sekiranya tidak hamil. Sesetengah wanita mengalami pendarahan seperti ini lebih daripada sekali semasa kehamilan, selalunya pada masa biasa kitaran haid mereka. Selain itu, keadaan ini mungkin disebabkan oleh pendarahan ‘pelekatan’ telur yang disenyawakan akan menempel pada dinding rahim dan ini menyebabkan pendarahan. Anda mungkin mengalami sedikit pendarahan yang selalunya berlaku selama satu atau dua hari.
 
Kesan
Senario paling teruk ialah pendarahan menunjukkan kehamilan anda akan berakhir. Pendarahan boleh menjadi tanda awal keguguran atau kehamilan ektopik, terutamanya jika disertai dengan kesakitan abdomen atau kekejangan.
 
Anda perlu bersedia untuk menghadapinya tetapi jangan berputus asa. Bergantung kepada punca, kebanyakan kehamilan boleh diteruskan walaupun terdapat masalah pendarahan awal. Dianggarkan kira-kira separuh daripada wanita yang memerlukan bantuan disebabkan pendarahan pada awal kehamilan berjaya melahirkan bayi mereka.
 
Risiko kepada bayi
Sukar untuk meramalkan sama ada pendarahan akan berakhir dengan keguguran atau tidak. Pun begitu, terdapat beberapa perkara yang menunjukkan kemungkinan keguguran berlaku amat tinggi. Ini termasuk pendarahan yang semakin banyak, usia anda di bawah 25 tahun atau lebih daripada 35 tahun, risiko untuk keguguran tinggi, sama ada anda merokok atau terdedah kepada perokok pasif, kedua-duanya dikaitkan dengan keguguran dan jika mempunyai sejarah keguguran. 


Nasihat saya pada ibu-ibu sekalian, seandainya mengalami keadaan seperti saya, mohon jangan berlengah ya. Segera dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor. Ya, saya tahu semuanya rezeki dari Allah swt. Tetapi sekurang-kurangnya kita berikhtiar dari awal. Seandainya itu bukan rezeki kita, Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk kita. Setakat ini, saya mempunyai 2 orang kenalan yang mengalami pendarahan diawal kehamilan seperti saya, tetapi kedua-dua mereka agak lambat mendapatkan nasihat dari doktor. Sudahnya, kandungan mereka mengalami keguguran. Allahu'akbar!!

Berusaha dan bertawakal lah. Tapi sekiranya tidak dapat diselamatkan, Redha la dengan "Qada' dan Qadar", sesungguhnya Allah itu adalah sebaik-baik perancanganNya.

Thank you for reading this entry !





Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015