Friday, 10 September 2010

Salam Aidilfitri !!


;D


Thursday, 2 September 2010

blogging waktu kije #0011

senyum.

nape senyum?? sebab saye selamat datang opis hari ni untuk bekerja. syukur, alhamdulillah.

lately saye rasekan amat penat, mahu rehat. setiap weekend ke sana ke mari. ade saje yang nak dikejarkan. public holiday lepas pon tak rehat. memang la seronok. tapi maybe badan dah penat. otak pon dah slow. semalam saye sendiri amok. saye mahu rehat. berkira-kira mahu cuti 'on d spot'. heeee.

*tanduk dah naik*

pagi tadi bangun sahur,makan nasi + ikan bawal goreng + kicap lagik = mabeless. pastu tido. pastu bangun solat suboh. sambung tido lagi. otomatik 3minit sebelum kol 8pagi dah terjaga. haiyaakkkk !!!! mahu pegi opis tak?? banyak kije nih. tapi nak rehat. tangguh la. dalam hati berdarab bahagi.

tak pe lah mandi je dulu. lepas tu pikir balik. bangkit je dari katil. otomatik saye bersiap ke opis. pakai baju hijau + shawl cotton hitam. rase macam lawa. terus drive pegi opis.

efek : saye dah dapat siapkan satu bank recon dan suda submit pada boss. juga ade beberapa payment yg perlu disettlekan. juga siap bole update blog lagi. hahaaaa.

kesimpulan : sabar. dan jangan lekas mengalah. tapi raye nih saye cuit panjang. Yeayyy !!!


Wednesday, 1 September 2010

Mencari Lailatul Qadar

Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah nampak macam biasa je..macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

Tetiba.....

" Kenapa? " tanya Abah.

" Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

" Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

" Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh, " sambung Abah memaki lagi



notatangan : so, rajin-rajin ke masjid dan same2 beribadah merebut peluang yang diberikan ;)


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015