Friday, 28 October 2011

Prudential and me ;D

salam.
alhamdulillah.
sekarang saya sudah bekerja. flexy hour. work from home. and the best thing is I can share and help people. Insyaallah. itu la matlamat saye. cabarannye, how to create awareness to protect their future.

actually, saye tak pernah terfikir pon untuk join group ni. asalnya, saye hanya mahu mengambil plan untuk diri saye sendiri memandang umur kian meningkat dan saye pula sudah menjadi suri. tapi, sepintas lalu saye terasa ingin mencuba. dan bile sampai di ofis dan meet up dengan mereka yang berada di SAR Group. saye rase hepi dan bersemangat. niat saye, mahu menolong suami. dan juga to expand my knowledge and skills. tanpa fikir panjang, saye terus membayar yuran for 3 paper of exams. heheh. balik rumah baru inform hubby. alhamdulillah even hubby terkejut namun dia tetap menyokong saye. tenkiu sayang, love u much. hehe.

hubby ade bertanya, macam mana bole terfikir nak join group ni. saye pon tak dpt jawapan. mungkin ini ilham yang Allah swt berikan. kerana, sebelum ini, saban hari saye asyik berdoa mohon ditunjukkan jalan untuk mencari rezeki yang halal tanpa mengabaikan rumahtangga. hikss. ye la hubby kite kije 24 seven. tak macam hubby orang lain.

insyaallah.
saye berdoa harap jalan kali ni diredhai dan dirahmati Allah swt. semoga sentiasa dikuatkan semangat saye. aminn.

so, pada hari itu. pertama kali ke SAR Group saye bertuah sebab dapat duit raya. then dapat jumpe CEO Prudential. semua cakap saye bertuah. alhamdulillah. aminn.

my first picture with new friends ;D

so, kalu lepas ni sesape nak tanye pasal future protection. plz do ask me ya ;) insyaallah will help u up.


Saturday, 22 October 2011

my last day of 28th



Tuesday, 18 October 2011

Nenek ejen insurans





Che Azizah pernah bonceng kapcai jual polisi kini antara wakil berjaya di Pahang

ORANGNYA kecil molek, berperwatakan ceria dan cukup sederhana dalam penampilan. Sekali pandang, tiada apa yang luar biasa ketika pertama kali bertemu pengurus agensi insurans, Prudential Assurance Malaysia Berhad ini.

Namun, di sebalik tubuh kecil itu, Che Azizah Che Drauf, 52, cukup popular di kalangan ejen insurans dan pelanggan terutamanya di Kuantan, Pahang.
Kegigihan dan ketekunan wanita ini mencorakkan agensi insurans di bawah pengurusannya hingga meraih pengiktirafan tertinggi industri insurans iaitu ‘Million Dollar Agency’, cukup membanggakan.

Siapa sangka, wanita di sebalik semua kejayaan ini adalah nenek kepada enam cucu. Che Azizah hanya bersekolah setakat darjah enam dan tidak pandai berbahasa Inggeris. Wanita cekal ini juga hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa yang menetap di FELDA Bukit Sagu, kira-kira 40 kilometer dari bandar Kuantan, Pahang.

“Perkataan 'insurans' adalah perkara asing bagi peneroka ketika saya mula-mula menyertai industri ini. Apatah lagi selepas menyedari setiap bulan perlu membayar RM60 iaitu harga premium insurans terendah 13 tahun lalu sebagai komitmen bayaran, ramai yang awal-awal lagi menolak,” katanya ketika berkongsi kisah hidupnya bersama sisipan Inspirasi.

Che Azizah mengerti wang RM60 terlalu besar nilainya bagi sebuah keluarga peneroka FELDA. Namun, sekalipun sukar meyakinkan pelanggan kepentingan insurans bagi meringankan beban andai berlaku kecemasan, Che Azizah terus tabah mencari pelanggan.
“Saya bawa bekal air kosong dari rumah dan jika tekak sudah rasa perit, saya minum seteguk dan terus berusaha mencari pelanggan. Turun naik bas dan berjalan berpuluh kilometer sehari sudah menjadi perkara biasa hingga tapak kasut jadi haus,” katanya.

Ternyata, gambaran tipikal khalayak mengenai imej ejen insurans yang berdandan rapi serta bergaya sebelum berdepan pelanggan tidak dapat dikaitkan dengan wanita yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan ini.

Membuka cerita, Che Azizah berkata, beliau pertama kali diperkenalkan dengan polisi insurans pada 1998 oleh adiknya, Che Azizan Che Drauf.

Beliau berkata, sebaik lulus peperiksaan Institut Insurans Malaysia (IIM) yang ditanggung adiknya, Che Azizan, ibu kepada tujuh orang cahaya mata ini memulakan profesion sambilan sebagai ejen insurans.

"Saya bermula pada 21 Disember 1998 dan pada awal Januari 1999, saya mula keluar mencari pelanggan. Suami, Mohamad Noh Mohamad Nor, 58, yang ketika itu bertugas sebagai guru, banyak membantu untuk menemui pelanggan selepas habis mengajar.

"Dengan motosikal kapcai lapuk yang saya gelar 'Honda no door', kami mengelilingi kampung mencari pelanggan. Pantang berjumpa orang, kami akan berhenti dan saya akan mendekati mereka, memberi penerangan mengenai polisi dan produk insurans," katanya.

Sekiranya suami tidak dapat menemani, Che Azizah menaiki bas untuk bertemu pelanggan. Biarpun terik mentari seakan membakar kulit dan tubuh basah lencun dek peluh, sasaran untuk menemui sekurang-kurangnya 13 orang pelanggan perlu dipenuhi.

Peneroka tanah rancangan ketika itu kebanyakannya tidak mampu memiliki premium insurans berikutan belanja untuk menampung keperluan asas keluarga pun tidak mencukupi.

"Saya dan suami mengambil keputusan menjelajah ke kawasan kampung berdekatan. Prinsip saya tidak akan sesekali melafazkan tidak sekiranya ada bakal pelanggan yang mahu berjumpa biar di ceruk mana sekalipun," katanya.

Namun insiden tayar 'Honda no door' pancit selepas menemui pelanggan pada suatu malam meninggalkan kesan paling mendalam dan menguatkan semangat Che Azizah untuk bangkit membela nasib anak-anak agar tidak melalui kepayahan yang pernah dilaluinya.

“Saya dan suami bertolak dari rumah sekitar jam lapan malam dan menempuh jarak 50 kilometer dengan bermotosikal untuk bertemu prospek. Tetapi, apabila berjumpa dia nampaknya tidak berminat untuk mengambil premium insurans berharga RM60 seperti ditawarkan.

"Malam semakin larut dan kami terpaksa meredah jalan yang gelap gelita dengan hutan tebal di kiri dan kanan untuk pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan saya tidak berhenti berdoa semoga tayar motosikal tidak pancit,” katanya.

Namun apa yang menjadi kebimbangan Che Azizah dan suami menjadi realiti. Tayar motosikal yang dinaiki bocor dan kempis pada waktu tengah malam. Akhirnya, mereka terpaksa menolak motosikal untuk sampai ke rumah sejauh lima kilometer.

Mereka tiba di rumah kira-kira jam tiga pagi. Sebaik memasuki rumah, anak-anak Che Azizah nyenyak tidur bergelimpangan di ruang tamu rumah kuarters dua bilik dengan keluasan sekangkang kera.

Saat itu perasaan sayu dan hiba menyelinap ke sanubari melihat anak-anaknya tidur dalam keadaan berhimpit-himpit serta tidak selesa.

“Malam itu perasaan keibuan saya seakan tercabar. Saya bersumpah pada diri sendiri tidak mahu anak-anak hidup miskin dan susah. Biarlah saya dan suami saja yang berkerja keras untuk memberi kesenangan dan keselesaan kepada mereka,' katanya.

Mengakui dirinya seorang pemalu, Che Azizah dapat melihat peluang cerah untuk mengubah nasib keluarga sebagai ejen insurans. Baginya, polisi insurans mampu memberi suatu bentuk jaminan, perlindungan, sandaran serta cagaran ke atas keselamatan serta kesihatan individu dan keluarga.

Sejak terbabit dalam dunia insurans 13 tahun lalu pada usia 40 tahun, Che Azizah sukar memadam ingatan pahit manis yang dilaluinya.

“Doa anak-anaklah yang menjadi kekuatan dan tenaga saya sekaligus mengetepikan perasaan segan dan malu,” katanya.

Che Azizah berkata, pelbagai cemuhan dan fitnah pernah diterima ketika gigih memperkenalkan premium insurans. Ada yang menuduhnya penipu dan akan membawa lari wang pelanggan. Selain sering diperlekehkan kerana tidak berpendidikan tinggi, penampilan Che Azizah dengan baju kurung yang sentiasa dibasahi peluh menjadi bahan ketawa orang.

“Saya tidak pernah malu mengaku kebanyakan pelanggan awal saya membeli premium insurans yang ditawarkan sebab perasaan belas dan kasihan melihat saya bersusah payah ke hulu ke hilir mencari pelanggan,” katanya.

Namun kegigihan dan keikhlasan Che Azizah menjual premium insurans nyata menjalinkan satu ikatan istimewa dan membuatkan pelanggan selesa berurusan dengannya.

Pelanggan pertama, seorang jururawat yang menyambut kelahiran anak-anaknya masih lagi setia menjadi pelanggan dan sahabat tempat bermanja.

Selepas lima tahun menjadi ejen insurans, Che Azizah mula menerima habuan dari penat lelah dan usahanya. Pendapatan yang diterima ketika itu berada di tahap selesa malah antara ejen insurans berpendapatan paling lumayan.

Kini, Che Azizah dan suami berjaya menyekolahkan ketujuh-tujuh anaknya dengan sempurna malah semua anaknya menjejakkan kaki ke menara gading. Pendapatan lumayan yang diterima dilaburkan untuk membeli sebuah kediaman yang lebih selesa untuk seisi keluarga malah kini mampu memiliki sebuah kereta mewah. Empat daripada tujuh anaknya dibelikan kereta untuk kemudahan mereka bergerak.

Suaminya yang bersara awal sebagai guru kini turut terbabit dalam bidang insurans secara aktif. Malah, beberapa anaknya juga memilih tidak berkerja makan gaji bagi menyambung legasi Che Azizah sebagai antara ejen insurans paling berjaya di pantai timur.

Rezeki Tanah Suci

SEBAGAI pengurus agensi insurans yang berjaya menerima pelbagai anugerah, Che Azizah ditawarkan pelbagai insentif termasuk melancong ke luar negara.

Namun kunjungan ke kota suci Mekah al-Mukarramah bagi mengerjakan umrah adalah antara pengalaman paling manis pernah ditempuhi wanita gigih ini. Ternyata, lawatan itu tidak mampu dibandingkan dengan keseronokan kunjungan ke tempat lain.

Memori di Tanah Suci tersirat cerita menarik yang memahat pengalaman unik dan meninggalkan kesan tersendiri terhadap dirinya. Ketika mengerjakan umrah, Che Azizah berpeluang bertemu seorang usahawan wanita yang sebelum ini dikhabarkan sukar dirapati.

“Pada suatu hari dengan keizinan Allah SWT ketika menunaikan solat di masjid Masjidil Haram, saya terserempak dengan individu yang dimaksudkan malah bersolat dalam saf (barisan) yang sama dengan beliau.

“Peluang bertemu empat mata dengan beliau datang beberapa kali ketika hendak bersolat. Saya ambil peluang itu untuk berkenalan dengannya dan menghulurkan kad perniagaan.

“Sekembalinya ke tanah air, selepas sebulan menunaikan umrah, beliau menghubungi dan menyatakan hajat untuk membeli premium insurans daripada syarikat saya untuk semua kakitangan yang berkerja dengannya. Beliau adalah antara pelanggan saya yang mengambil premium insurans terbanyak setakat ini,” katanya membuka kisah di Tanah Suci.

Sehubungan itu, Che Azizah sentiasa berpegang pada prinsip untuk berfikiran positif dan optimis dalam mendepani cabaran kehidupan. Selain percaya kepada ketentuan rezeki kurniaan Allah SWT, setiap individu seharusnya tidak putus-putus berdoa dan harus berani mencabar diri mencuba sesuatu yang mungkin difikirkan mustahil untuk direalisasikan.



sumber dari Berita Harian.


FOTORADUAN #Jomblo

ahaa !!!
ok, kali ni Ladynoe dengan baik hati nye telah anjurkan satu contest dan hadiahnya adalah camera tersebut seperti yang terpampang dalam poster tuh. sape tak mo beb. so, saye mencuba nasib. harap dipilih la kan. aminn. untuk sesape yang nak juge join contest ni, sile lah ke blog Perempuan Jomblo untuk more info.

so, setelah dipikir-pikir dan dipilih-pilih. saye cuba mempertaruhkan gamba anak sulong saye iaitu Cheq (baby-yang-kiut-ever). Cheq ni memang eksperesi wajah memang gini. tak pernah senyum. saiko plus emo. hope we can win baby.

so, here we goes..


jomblo
***
**
*



sunyi aku sendiri
sunyi tiada kawan
namun kasih yang penuh disini
mungkin diluar lebih menarik
tapi aku mahu indah yang didalam ini
jadi, aku putuskan untuk terus bersama kasihnya disini
hidup bersama ibu
biar aku sunyi tapi aku tidak sepi
maka, biarlah hanya melihat dari sini saja



Monday, 17 October 2011

so, nak tulis ape yer?

yer begitu lah keadaan nye tiap kali blur.
sebenarnye, idea tuh datang time dok masak, basuh kain, sidai kain atau juga dalam bilik air.
bile mane dok je depan laptop nih, semuanya akan jadi beku gitew. maklumlah terlampau banyak idea mendatang. ha ha haaa dan haaaaaaaaaaaaaaa..

maka, banyak sebenarnye saye nak share dan cerita. macam-macam. memula rase macam nak wish selamat hari jadi kat MOKNI sebab semalam besday dia. then, nak cite pasal kehebatan solat lima waktu. then, pasal surirumah dan saye. then, pasal saye dah masuk industri baru. then, pasal saye ade banyak homework yang banyak tak siap. then, pasal saye yang penat lelah ulang alik untuk suami tercinta. then, pasal mood saye yang malas nak masak lately. then, pasal orang yang susah nak terima keburukan orang.

lately ni saye dah dapat detect la sket pasal kelemahan saye yang perlu diperbaiki. bak kate mat salleh.. "those things that you have to de-junk" gitu la lebey kurang. yang paling ialah bangun lambat. actually Im a morning person, before. tapi skang macam liat nak bangun. except kalu dok serumah ngan mama, mesti bangun cepat sebab terngiang-ngiang suaranya. ahakss. I like !!
dan saye juga kurang fokus. hurmmm. ouchhh. macam skang ni la kan, saye bukak laptop, dan bile online, first sekali saye akan bukak fesbuk, then bukak blog saye, pastu iluvislam, then gmail. daripada situlah saya kan explore satu persatu yakni akan menghabiskan mase saye. skang ni pon baru habis baca blog si FynnJamal, owh dia dah ke Uralsk, but this time with her hubby. good for her. new journey.

dan skang ni saye amat rindu nak travel. rindu sangat nak ke Thailand la. macam last year. rindunye. tapi tak de geng la this time :(

ni gamba mase kat Chiang Mai last year ;D


tapi kalo bercakap pasal life plak. hurmmm alhamdulillah bole dikatakan semakin ok dan baik dari segala semua sudut. walaupon belom totally baik tapi nampak gayanye menuju ke arah kebaikan. Insyaallah harap berjaya la hendaknye.

aminn :D


Wednesday, 12 October 2011

saya nak iPad !!


lately ni amat mengidamkan iPAD.
actually dah lame minat ngan Apple punye product tapi bile sebab tak mampu jadi saye pon tak suke mane la nak berangan kan. tapi tu la skang ni berangan tu datang balik la pulak. nak sangat iPhone juge iPad. muahahahhaha. tamak ke?

tak lah, mane ade tamak.
maybe angan-angan ni datang balik lepas kena brain-wash mase oegi seminar hari tuh. dan lagi saye akan start bekerja kembali. insyaallah. even saye agak nervous. eh bukan!! saye amat nervous. skang ni berdebar je rase. heart beat makin laju.

kenapa saye nak iPad?
sebab skrin nye besar dan colorful. dan easy to carry. paling penting senang saye nak surf internet walau dimana jua. itu yang penting. setelah surney, harganya RM1899. waaaaaaaahh!!!! almost 2k !! insyaallah.

Ya Allah Ya Tuhan ku, hanya pada-Mu tempat aku bermohon. permudahkanlah perjalanan baru ku ini. permudahkan setiap langkahku menuju ke jalan-Mu Ya Allah. jauhkan aku dari segala hasad dengki syaitan. permudahkanlah urusan ku untuk mendapat iPAD. aminn.



notatangan : Gambar tersebut dipinjam dari blog Kak Emila Yusof ;)


Saturday, 1 October 2011

bangun pagi gosok gigi


bangun pagi gosok gigi
cuci muka pakai baju
minum milo makan roti
kenyang perut senang hati



ehekk !!
sejak dua menjak kebelakangan ini memang susah nak bangun pagi
mane taknye dah tido lewat malam kan
itulah salah satu cabaran apabila kita bekerja senndiri
masa bekerja ditetapkan sendiri so disiplin lagi la kena ketat
kalo tak semua lingkup
so, bersyukur la mereka yang bekerja 9-5 tu ye. ade baiknye disitu.

bangun pagi memang susah
apatah lagi kalu nak bangun solat subuh, sebab setan laknat yang jahat tu dok tiup kat telinga tak kasik bangun. jadi bagi orang yang kena masuk kije awal pagi, secara nak-tak-nak pon kena bangun jugek. maka, akan memudahkan lagi dorang untuk solat susbuh. alhamdulillah.

ape yang makin tak elok pernah melanda diri ini ialah saye tido balik lepas solat subuh
fuhhhhhhhhhhhh!!!! memang susah nak bangkit beb. bestnye tido time tuh. kadang tuh kol 11pagi adalah kebiasaan jer. saye kadang agak pelik sebab Im not that kind of person. I mean Im a morning people. Kalo dulu, hujung minggu pon saye bole peram mata sampai pukol 8 pagi je. Then bangun kejutkan adik saye bangun untuk pegi bekpes. well, that was me before.

bangun lewat amatlah rugi ye kawan-kawan.
arwah Mek dan Ayoh dulu paling tak suka orang bangun lambat
Mek selalu cakap, rezeki pon kedekut nak masuk
Ayoh cakap, orang malas je yang suka bangun lambat
Mek dan Ayoh are morning people, and that how they taught me before ;)
Mek cakap bangun awal ni amat elok untuk memulakan hari. Segala kerja pon elok. Dan kalu dah penat sangat, tido sekejap waktu tengahari.  tapi jangan tido lepas waktu asar plak yer.

saye memang macam tuh
saye memang budak kampong yang kekampungan
dan tak kesah if orang cakap saye masih kolot or wat
memang saye tak suke orang tido waktu maghrib
kalo bole elakkan tido lepas waktu asar, kalu penat sangat, lelap la sekejap
bangun lambat pon tak suke
heeeeeeeeeeeeeeee !!!!

so, kesimpulannnye saye cube mengembalikan diri saye
mula mengatur jadual rutin yang lebih efektif..ehemmm
cube tido awal kalo tak de kije penting
akan bangun seawal bole
bangun lambat pagi jumaat tu dikecualikan la :p

notatangan : semenjak ade seluar baru nih, dah rajin pegi jogging :)


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015