Saturday, 6 June 2009

tiada tajuk untuk gadis miskin

Episod Satu
seorang budak kecik. yang kecik lagi miskin. daif juga kenkadang lagi naif. berjalan-jalan berpusing-pusing disekeliling sebuah kedai. matanya terpaku pada satu objek. sikit pon tidak berkedip. terus memandang dan memandang. hatinya meronta lagi meraung. menjerit - menjerit.

"aku mau itu. mau sangat. aku ingin memilikinya. satu hari aku akan usahakan untuk memilikinya. InsyaALLAH".

suara hati itu datang dengan penuh harapan yang tinggi menggunung. terus mata dipejamkan satu hasrat dipasang. segera dia membuat talian hayat untuk bercakap dengan Tuhan Yang Maha Esa.

"Ya Allah Ya Tuhan ku. aku mau memilikinya. mau sangat. tolonglah permudahkan perjalanan ku ini Ya Allah. aku bermohon pada-Mu Ya Allah."

itu lah suara hati yang halus. sebagai hamba yang hina merendahkan diri meminta dari Tuhan Yang Esa. sesekali terdengar nafas halusnya mendengus. hati seakan merintih.

Episod Dua
Satu hari,budak kecik dibawa oleh seorang putera untuk keluar bersiar-siar. Hatinya gembira. Berjalan-jalan. Makan-makan. Tiba-tiba, putera itu membawanya melintasi kedai yang sama. Kedai yang selalu dilawati olehnya. Kedai yang dia suka singgah untuk menjamu mata. Kedai yang dia dapat tersimpan harapannya disitu.

Bila putera menghentikan langkah dikedai itu. Dia terasa pelik sekali. Dia tertanya. Kenapa?? Nak buat ape ?? Nape kat sini?? Ada ape?? Bertubi-tubi soalan bermain-main dalam kepala hotak nya. namun dia tetap diamkan diri. tak mahu bertanya.

setelah putera berbincang dan mempersetujui harga untuk sesuatu itu. SOLD!!! Camera Canon D1000 diangkat keluar. segera dibungkus sebaik mungkin. diletakkan pula dalam satu bag sandang yang besar. mulut putera berkata "Saye hadiahkan untuk awak."

budak kecik masih lagi tergamam, ternganga juga terkesima. Terdiam.

"Dunia mau kiamat kah?? Atau aku sudah dalam syurga???"

Episod Tiga
Sampai dirumah. Bungkusan tadi tidak langsung dibuka. Diletakkan diatas meja yang elok. Setiap malam,dia hanya






.......bersambung


2 comments:

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015