Friday 24 April 2009

inilah Chenta hati saya

Al-Fatihah..

5 tahun sudah berlalu.. 24 April 2004

Seperti biase,sedikit pon tak pernah luak dari fikiran aku untuk mengingati chenta hati ini. Semua masih sama,bagaikan terngiang ditelinga. Tersirat dipandangan mata. Kasih indah sentiasa tersemai. Selalu aku baja setiap ketika.

sekitar tahun 2001


Gambar itu diambil kat pintu istana kami. Yer,kami bertiga saja,aku si kecik, Mek penyeri istana dan Ayoh ketua istana.

Inilah chenta hati saya. Pertama juga terakhir. Tiada tandingan, hanya dia dihati. Namanya Hajjah Juhar binti Haji Mamat. Diberi laluan ke dunia pada 8 Ogos 1925. Nama asal Juhariyah binti Mamat. Tapi sengaja dipendekkan oleh suami tercinta ketika membuat pendaftaran. Orangnya sangat cantek. Bagaikan bidadari,tiada bandingan. Kulit puteh gebu. Senyuman tak pernah lekang. Bila bersuara, sunggoh halus,lembut sekali. Setiap kata disusun rapi. Penyejuk hati bagi sape saje yang memandang.Ibu mithali. Isteri yang taat setia. Terlalu manjakan suaminya. Pendengar yang setia. Sahabat yang amanah. Sentiasa menjadi tempat rujukan anak,cucu,cicit mahu pon suami. Amat penyabar. Semua ada pada dia,Mek. Yer,kami panggilnya Mek.

Nampak tak kerusi kaler oren tuh? Disitu lah Mek akan duduk. Banyak dihabeskan masa untuk bersantai juga berehat disitu. Dia akan menunggu kepulangan aku atau Ayoh. Pagi hari,kol 8 pagi, Mek akan duduk kat situ. Dia tahu Ayah Ek, anaknya yang nombor lima akan lalu dengan keta nak ke sekolah. Ayah Ek seorang cikgu. Mek juga akan tunggu kalo kalo Mak Wan lalu,sahabat karib dia. Petang hari juga,dia akan duduk disitu,suka lihat kawan kawan berlalu. Pasti akan ditegur walau sekadar dengan senyuman. Kalo Mek diberitahu,mana-mana anaknya bakal pulang. Pasti akan ditunggu disitu sehingga anaknya tiba.

Dan tiap kali mahu hantar anak,cucu atau cicit pulang, di kerusi oren tu jugak lah, dia akan berikan lambaian.

Mek suka sangat akan bunga melor. Bau harum katenye. Jadi dia ada tanam bunga melor ditepi rumah. Pabila senja,kami akan mengutipnya. Tiba waktu maghrib,bungan melor akan mekar dan berbau harum. Mek suka letak bunga melor kat sanggulnyer. Rambut Mek panjang,hitam pekat,cantek sekali. Selebihnya,dia akan letak bersama kaen telekung sembahyang dan dilipatkan sekali dengan sejadah. Biar wangi,katenyer.





ucapan : Mek,alon rindu sangat ko Mek. Alon sokmo doakan Mek bahagia disana disamping Allah s.w.t. Nantikan alon disana yer. Pasti kita tak kan pisah lagi. I miss u Mek.


6 comments:

  1. memang sekali sekala kita akan rindukan orang yang dah tiada. saya belum lagi rasa macam ni :(

    ReplyDelete
  2. Puan susudalambotol :
    ermm. saye memang sentiasa dan tak pernah tidak. selalu rindu. rindu sangat.

    ReplyDelete
  3. 24 April 2009, genap 5 tahun... AlFatihah...walaupun tak sempat mengenali, namun seakan arwah sentiasa di sisi kamu...

    ReplyDelete
  4. sedih saya baca. moga mek bahagia disisi Allah.

    ReplyDelete
  5. zehan dihas :
    tenkiu.

    erkkk. tak sempat??

    ReplyDelete
  6. Emila Yusof :
    tenkiu sis.
    Yer. Doakan yer.

    ReplyDelete

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015