Thursday 26 February 2015

Fresh Me!! Fresh Blog!!

Assalamualaikum.

Wah!! Tajuk excited tak hengatt. Hiks!! Alhamdulillah !! Excited sangat dengan muka baru yang serba baru kat blog ni. *wink*

Ya Allah!! Dah lama sangat dah saya nak blog macam ni. Bila blog-walking, tengok blog orang lain. Mak aihhhh sangat iri hati. Selalu tertanya macam mana dorang buat. Sebelum ni dah banyak kali la jugak saya ubah muka-blog saya ni. Tapi saya tak mahir, buat yang biasa-biasa je. Ada yang reti, ada yang tak reti.

Al-kisah nya, semalam saya membuat blog-walking untuk mencari dan membaca tentang WAHM atau SAHM. Terjumpa la blog Cikgu Zaila ni, terus saya watsapp dia bertanyakan course yang dia sediakan. Alhamdulillah!! Orangnya ramah, tak lokek ilmu pon. Saya ade bercerita mengenai blog usang saya ni, yang kadang tu on-off je. Hiksss!!! Ye la, bagi saya blog ni macam rumah kita la juga, kalau rumah bersih, cantik dan kemas, tenang je hati, nak buat kerja apa-apa pon rasa bersemangat je kan. So, saya nak blog saya ni lawa la juga (ikut citarasa saya) baru la semangat nak blogging hari-hari. Inshaallah pupuk semangat supaya konsisten katanya. 

Honestly, kadang tu ade je idea nak blogging. Sebab, saya nak sangat share info dan pengalaman yang saya tahu. Ye la, sebab saya pon macam tu juga kalau nak cari apa-apa maklumat ke resipi ke mesti pakai 'Google'. Pastu terus blog-walking kat blog orang. Heee!!! Harapnya dengan sedikit ilmu, pengalaman dan info yang ada pada diri saya ni bole dimanfaatkan.

Cikgu Zaila terus rekemen kan salah seorang blogger/designer/WAHM yang mahir dalam bidang untuk mencantikkan blog ni. Dan saya terus hubungi Sue Haida melalui facebook nya. Alhamdulillah!! Terus dapat reply yang pantas. Ramah orang dan senang dibawa berbincang. Maklum aja la kan, saya ni kan yang jenis fussy huhuuuu. Setelah membuat pembayran, Sue Haida terus proceed dengan design. Cepat nye !!!!! Kami diskas sampai lewat malam, seronok la saya sebab excited kan. Heehehhe!!

Bangun pagi dapat message dari Sue Haida, berserta snap-shot muka blog saya yang baru. Mashaaallah!! Suka sangattttt!!! Sungguh nampak keibuan nya itu. Hahhahah!!! I love it!! Thanks Sue Haida for helping me up. Dan hari ni, Sue Haida proceed lagi dengan signature dan watermark. Ya Allah, menda yang tempek kat gambar tu watermark namanya, baru la saya tahu. Hahahah!! Sue Haida siap bagi link tutorial lagi untuk belaja cara-cara nak gunakan watermark itu. 


Tattt Taddaaaaaaa!!!!


Suka sangatt dengan header itu. Ye la tu gambar zaman saya kurus dengan kucing kesayangan saya. Ahahhhaa!!!

Makanya, sesiapa yang mencari-cari designer yang ramah dan baik hati dengan harga yang berpatutan bole la looking for Sue Haida. Inshaallah!!! Berbaloi-baloi.

Facebook : Sue Haida

Thank you for reading this entry !




3 comments:

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015