Thursday 16 July 2009

berkhemah di Hospital Pakar Perdana

Ayoh suka bergambar... sehari selepas pembedahan


sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita. ade yang baik ade juga yang buruk. ada yang tersurat juga lagi tersirat.

ahad lepas kami dikejutkan dengan panggilan yang mengatakan Ayoh kurang sehat. sudah pon dimasukkan ke hospital. tulang punggung patah akibat jatuh 2 minggu lepas. jadi harus dibedah segera. tulang patah harus ditukar dengan tulang besi sebagai ganti. ayoh sudah tak boleh jalan lagi.

aku terkejut. tapi riak itu aku selindungkan. air mata juga sempat aku seka. begitu lah aku yang keras kepala. kata Mek, aku ini sama ikot perangai Ayoh. kan Mek??

jadi aku terus kemaskan barang. bersedia untuk pulang ke kampung bersama Mokni (mak sedara). mama juga pulang sama. hampir 1 pagi sampai di Kota Bharu. kami terus ke hospital. dek kerana hospital bukan kerajaan,kami dibenarkan masuk tanpa had waktu. kami tersu menuju ke tingkat 4. bilik 454. aku terus masuk. kelihatan Ayah Ek (pakcik) ada disitu. aku terus hampiri Ayoh. dah tido rumah. macam biase la. kalu tido pasti diselimutkan semua muka. aku diam saja. 10minit kemudian,Ayoh tersedar. dia senyum saja. aku terus salam cium tangan nyer yang semakin berkedut tuh.

....Oleh kerana tulang besi yang di order tuh belom sampai lagi. pembedahan ditunda ke hari selasa. jadi sepanjang hari isnin aku menjga Ayoh dihospital bersama Mokni. sian Ayoh, makan pon tak lalu sangat. agaknya risau pasal pembedahan la tuh.

....Pagi Selasa, 14 Julai 2009, kami semua bangun awal. bersiap ke untuk berkhemah disana. sempat kami belikan kuih kegemaran Ayoh. kuih gulong (ketayap). sampai saja kat sana, aku tengok Ayoh dah siap dipakai baju khas untuk ke dewan bedah. dia diam saja. aku sempat snap gambar juga videokan saat2 tu. bila nurse datang nak amek Ayoh,kami semua turut ikot same hantar Ayoh ke dewan bedah. kami tunggu diluar dan seterusnya ke bilik 454. kemudian bergilir baca surah Yassin. Mak Long mulakan dulu. kemudian Mama. Then aku dan Mokni.

pembedahan yang sepatutnya 2jam berlarutan ke 3jam lebih. kol 12 setengah hari. Ayoh dihantar ke bilik 454 kembali. Ayoh masih mamai. ubat bius tak habes lagi. melalui laporan dari doktor,semuanya selamat. Alhamdulillad. syukur pada Tuhan Yang Maha Kuasa.

Ayoh tak dibenarkan bergerak selama 6 jam selepas pembedahan. sian Ayoh. aku dapat rasekan betapa boring nyer Ayoh bile dia tersedar nanti. yer la, Ayoh tu bukan nya reti dok diam. lewat meniti senja Ayoh tersedar. tanya makan pon dia tak mau. nak minum air je katenya. terus aku dapatkan air kosong dan straw untuk mudahkan Ayoh minum.


Ustaz Haji Mat,kawan baik Ayoh sedang bacakan doa sejurus saje selesai pembedahan


..... semalam, hari rabu,aku dah kena pulang ke kolumpo. tuntutan hidop. jadi harus kerja. kena kerja. berat hati mahu tinggalkan Ayoh yang masih lagi dalam keadaan begitu. boleh dikatakan stabil tapi tak sepenuhnya. Ayoh tak dibenarkan bangun lagi. harus baring lagi. kaki harus extra jaga lagi. aku janji akan pulang lagi. pasti.

jadi,kami putuskan untuk pulang ke kolumpo after zohor. sebelum pulang aku salam tangan Ayoh. aku bagi tau aku nak balik dah. tapi nati aku akan balik kampong semula tengok dia. Ayoh anggok saja macam biase dan sempat senyum.

doa untuk Ayoh
Ya Allah Ya Tuhan ku, hanya pada-Mu aku bermohon, sesunggohnya aku ini insan yang lemah lagi hina. Ya Allah Ya Tuhan ku,tabahkan lah Ayoh dan kuatkan lah semangat Ayoh untuk hadapi dugaan ini................................................


notatangan : rindu yang amat sangat.


Friday 10 July 2009

hari yang indah

boleh dikatakan begitulah.

pagi ini bermula dengan hati yang selesa sekali. even,semalam aku tertido depan tv sebab aku bertekad nak nonton tv sampai habes siaran. tapi kan siaran astro tak habes-habes jugak. memula aku nonton tv then kami bertukar servis, tv plak nonton aku. heee. itu dah biase. blom lagi aku citer aku tertido depan Joni (nama laptop i).

hari ni aku amek cuti. even terpaksa cuti berbayar. huh. tapi aku harapkan yang indah untuk hari ini. dan aku akan gunakan dengan sebaik mungkin.

hati tambah sangat lah berbunga bile dapat dapat jumpe orang tersayang. totttttttttttttt. (bukan kekasih yer). hari ni famili aku akan datang sini dan akan bermalam dirumah aku. owh indahnya dunia. rindu sekali mau ketemua famili. dari semalam aku sebok tepon mama aku tanya kol bape beliau akan bertolak ke sini. heheheh. tak sabar sangat.

dan sebagai persediaan, aku tetibe jadi rajin. kemas umah. uiksssss.

dan aku juga tak sabar nak dapatkan barang kiriman aku dari kampong halaman. awal-awal aku dah sediakan list kat adik aku. bia dia bawak semuanya. yer la kan,contohnya, beras siam, jeruk petai, keropok lekor, mangga muda dan sebagainya.

opppppppppsssss.... to be continue


Monday 6 July 2009

fall in luv with Kinrara maybe

ok dak tajuk ni??? heeee.

hari ni aku balik agak awal jugak. before 5.30pm dah chaww dari opis. ape kelas stay lelame. huhuuu.

aku nak beli oyster sauce tapi aku g nak g giant. heh!! ok kan alasan ai. on da wei nak ke sana,perot plak meronta-ronta mintak disuapkan makanan. menu utama dalam kepala ialah kopok lekor. sedap. nyum nyum. tapi tak de la plak kat area giant tuh. tapi aku nampak banyak plak gerai kat area situ. aku pon mulakan tawaf kat kawasan tuh. wahh. not bad. ade cendol. ade rojak. ade apam. ade cekodok. ade muffin. jadi aku stop kat warong roti pau. lamenye tak makan roti pau. beli 2 je. satu inti kacang merah. satu inti ayam. peberet tuh. dek kerana lapa sangat, aku makan je terus dalam keta.

imbas kembali......
dulu, kat kampong. aku selalu beli roti pau. pakcik tuh kayuh beskal je keliling kampong jual roti pau. sedap plak tuh. pakcik tuh kurus je,janggut panjang. tong roti pau tuh lagi tinggi dari dia. macam mane tah dia pandu beskal roda tiga.. eh bukan.. rasenye lima roda kot. ntah aku lupe. yang aku ingat macam ne rase roti pau tuh je. sedappppp!!!!! biase aku akan beli yang kacang merah. sebab Mek dan aku suke. peberet kami. Mek juga suka inti nyior. aku kureng sket coz rase macam manis. heee. rindu !!!

semenjak aku dok kawasan nih, i mean umah lame dulu ngan umah ngan tak jauh pon. tapi aku tak pernah merayau kat area umah. selalu kuar pegi jauh-jauh je. jadi petang tadi aku tengok kawasan sini. not bad. yang paling best aku jumpe kedai buku. heee. tapi tadi tak sempat singgah. maybe next time but i will go. kedai buku tempat yang paling aku suka lepak. hahhaaa.

pastu banyak la kedai makan kat situ. boleh la try lepas ni. wahhhhhh. bab makan ni memang best la.

then,baru la ke giant. aku nak cakap nih. aku cukop kurang tak setuju dengan cara penyusunan barangan kat giant nih. ade ke patot sos tabasco yang aku nak beli tuh ditaruknye tinggi-tinggi. boleh dikatakan rak yang ditaruk barang memang tinggi. tak patot betol. taruk secara sedang sudah la. tempat yang atas tuh taruk le stok ke hape. nyusahkan aku je nak amek tadi. aku dah la kiut kan..(ayat cover line).. so,lame gak aku berdiri kat situ. tak de la plak mamat yang tinggi lagi hensem yang lalu. kebanyakan abang nepal jer. jadi aku pon panjat je. tapi tetap ngan gaya yang cun la kan. uhuuuuuuuu. puas hati.

kesimpulan nye, wat pe harapkan yang jauh kalu yang dekat ade. kan????????




notatangan : dulu aku sendiri kini masih sendiri hadapi hidup ini.. cover by Zaiton Sameon.


Sunday 5 July 2009

tulis jer

burok kan?? kering giler. tapi dah 80% ok :)

yer. gambo diatas tiada seberapa kaitan mane ngan entri dibawah ni. saje je nak upload gambor jari ai yang dah makin ok. huuhu. ai laik.

beberapa hari sudah tidak update blog. kalu diikotkan mau diupdate setiap hari. bukan sebab broadband kena bar atau line tak clear. tapi sebab "block". ade blok dlm kepala yang halang menulis. ok tak alasan tuh?? hahahaaa. kekadang tuh asyik dok bace blog orang sampai terlupa nak update blog sendiri. heeee.

setakat ni ade beberapa menda tertangguh dlm dunia blogging nih. aku tak buat pon lagi tag. ngehhh. aku telah di tad oleh Jia juga Marvic. hhhuuhuhhu. sowi lambat yer. nati i buat. InsyaALLAH.

bukan hape. kekadang tuh otak beku. padahal manyak menda yang nak di share bersama rakan blogger. tapi oleh kerana tapi selalu sangat ber-tapi-tapi. maka jadi tak jadi ai update blog. haih.

so,lewat malam semalam aku ade bace satu entri kat blog Pak Ngah pasal tulis menulis. kesimpulan atas nasehat berikut adalah : kite harus saja menulis walaupon ade blog yang choba halang. dengan menulis ape pon saje akan sedikit sebanyak menjatuhkan blok tersebut.

jadi ai pon menulis je la ape yang ade dalam kepala ni.


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015