Thursday, 25 April 2013

Semalam Genap 9 tahun

macam biase setiap tahun semenjak tarikh 24.04.2004, saya tak kan lupa tarikh ini.

semalam, genap 9 tahun, arwah Hajjah Juhar meninggalkan kami sekeluarga. macam biasa juga, bau wangi harum dan setiap memori masih mekara dalam ingatan saya.

*lap air mata*

dan saya pasti, dia tahu dia dah ade seorang cicit baru dan nama Siti Khadijah.

Ya Allah, kau tempatkanlah arwah Mek ditempat yang indah seindah hatinya yang bersih dan juga bersama mereka yang beriman. Ampunilah segala dosanya. Amiin.




Monday, 1 April 2013

kenapa blogging/ menulis ?

ye macam biase dan lebih kurang topik yang la juge kan. atau lebih boleh lagi dikatakan merepek.

ok lah. kadang tu dapat idea tapi tak tulis terus. kadang tu tak de idea langsung so ngadap je la blog sendiri. pastu kadang tu mood malas berserta dengan pelbagai alasan. hahahhaha!!!

ok la. saye ni suke baca blog SueAnnaJoe dan FynnJamal dari dulu lagi. sejak memula saye ade blog lagi. sejak tahun 2008. dorang punye blog santai. kadang tu ade share info gak la.

macam Anna tuh, dia suke sangat sharing pasal ape-ape je la. penulisan dia santai je. yang penting mudah paham dan terhibur la kalu bace nye tu. cuma agak ade beza la jugak sebab skang dia dah jadi mummy dah. so, lagi matang la penulisannya and very humble.

macam FynnJamal tu plak. dia orang puisi. dulu tulisan dia pasal keranapan jew. adeh. tapi skang dah lain dah. sebab dia pon dah jadi mummy. tapi jarang dah dia update blog. dia banyak update kat facebook and instagram jew. tapi ayat dia saye suke sebab buatkan saye paham. dia cikgu skang. pandai dia. ayat dia cantik. kadang tu banyak yang muhasabah.

so, ini antara blog terawal yang saye suke folo la. skang ni ade gak yang baru. tapi dorang ni tak pernah kot datang blog saye kot. hahahha. sape la mak jemah ni kan? ahhah

later, nati saye nak cite pasal blogger yang akhirnya jadi kawan sampai skang hew heww..

have a good day ahead.


Tuesday, 26 March 2013

Selamat Hari Polis ke 206 !!

Hari Isnin bersamaan 25 March 2013 ialah Hari Polis Malaysia. Sebelum ni tak pernah tahu pon dan tak pernah amek tahu pon. Hahahhahah!!!

Tapi, semenjak menjadi isteri kepada suami tersayang yang bertugas sebagai salah seorang pegawai polis Malaysia maka "set by default" kena tahu la ape itu hari polis. Ye, begitu lah kisahnye.

Ini adalah kali ketiga saya menyambut Hari Polis Malaysia. Sejak pertama kali menemani suami, saya dah bertekad akan sentiasa menghadirkan diri untuk meraikan hari yang penting ini. At least, dalam banyak-banyak majlis, hari yang penting ini saye akan hadirkan diri. Salah satu tanda sokongan saya kepada suami terhadap kerjaya yang amat disayanginya.

Saya masih ingat lagi kata-katanya ketika pertama kali dia menerima tawaran sebagai pegawai polis "ini rezeki kita dan anal-anak". Walhal, ketika itu kami hanya tunangan. Alhamdulillah!! Rezeki, ajal dan maut, semuanya ditangan Allah.

Semalam, seawal pagi lagi bangun dari tidur. Dija pon bangun awal. Bagus Dija ni tak merengek pon bile kena mandi awal dan bersiap. Jam 7:30pagi kami sudah berada di perkarangan IPD. Majlis bermula seawal pagi. Sekali pikir kan, lecehnya nak kena bangun awal sangat dan kena bersiap. Tapi banyak kebaikannya bila dipikir balik. Suasana pon masih sejuk, anak kecik pon tak merengek dan majlis pon bole bersurai awal.

Alhamdulillah!! Sepanjang majlis tersebut semuanya berjalan lancar. Ok Ok!! Bole mingle each other, bole kenal kawan baru. Saya harap bole kenal ramai kawan baru. Saya nak jadi orang pahang. Heee. 


Siti Khadijah raikan Hari Polis buat pertama kali


Selamat Hari Polis, Ayah !! Please take a good care of urself for us. We love u so much!!


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015