Saturday, 20 August 2011

sesuatu yang dirindu


ini gamba pertama kami.
snap by henpon sabun kepunyaan dia.
hampir 6 tahun sudah berlalu tapi gamba nih tetap indah bagi saye.
kenapa? sebab satu gamba seribu cerita.
setiap gamba ade lagu, melodi dan emosi.
gamba ni sangat indah dengan senyuman kami berdua.
sepasang couple yang baru declare bercinta.
malu tapi mahu, benci tapi rindu.

gamba ni sangat riang penuh dengan senyuman bersih.
masih ingat lagi saye dipaksa bergamba.
saye malu, sebab saye tahu saye tak lawa.
tapi dia buat saye tersenyum.
dan saat itu satu memori telah "dibekukan" menjadi satu gamba.

saye amat bersyukur kerana masih bole melihat memori ini.
saye amat bersyukur kerana Allah telah menetapkan jodoh kami.
terima kasih Ya Tuhan kerna sudi mendengar permintaan dari insan hina ini.

andai dapat diundurkan masa
saye mahu kembali ke saat ini
saye dan dia masih malu-malu
saye dan dia masih tak tau ape itu cinta
saye dan dia hanya tahu sayang

saye rindu.





Wednesday, 17 August 2011

Salam Nuzul Al-Quran

malam dah hampir tamat tapi baru nak cakap pasal nuzul al-Quran


Friday, 12 August 2011

Im back !! Being a student again !!

Alhamdulillah.
Syukur ke hadrat Illahi.

buat kali keduanya saye mohon untuk sambung belajar. dan saye diterima. saye check permohonan melalui online on 11 August 2011. Syukur !! Im so happy.



Wednesday, 10 August 2011

Berpuasa Tanpa Solat Ibadah Sia-sia.

BERPUASA tetapi tidak menunaikan solat. Mereka sanggup berlapar dahaga tetapi tidak sanggup menunaikan solat. Ada yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika Ramadan.

Kita bimbang nanti puasa dan sedekah tidak bermanfaat kepadanya kerana solat tiang agama. Ada juga kalangan kita menyuruh anak berpuasa tetapi membiarkan mereka tidak solat.
Tidak menjaga batas agama seperti pergaulan lelaki dan wanita serta menutup aurat. Lelaki masih berseluar pendek ketika membeli juadah berbuka puasa dan ada wanitanya pula tidak bertudung malah memakai baju tidur kelawar semasa mencari juadah.
Ada juga wanita tidak berpuasa kerana uzur syarie (haid dan nifas) pula tidak menghormati Ramadan kerana berani makan di khalayak tanpa segan silu.

Menghabiskan masa menonton televisyen, video cakera padat (VCD), sedangkan hari dan malam yang datang setahun sekali itu patut digunakan bagi memperbaiki amalan serta mengingati kesalahan lalu.

Sepatutnya pada bulan ini kita gandakan bacaan al-Quran, cuba menghafal beberapa surah pendek dan sentiasa pasangkan niat berkhidmat kepada insan lebih memerlukan.

Membazir ketika berbuka puasa disebabkan nafsu membeli tinggi. Semua hendak dibeli tetapi apabila tiba masa berbuka, makanan yang dibeli tidak dihabiskan. Membiarkan anak bermain mercun sehingga mengganggu jemaah yang menunaikan solat tarawih di masjid atau surau berdekatan. Sebaiknya galakkan anak solat tarawih dan tilawah al-Quran bersama.

Hanya puasa makan dan minum, tetapi tidak menjaga pancaindera seperti mata, lidah dan telinga ketika berpuasa.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum.”

Tidak mahu bersahur mengurangkan berkat dan pahala puasa kerana tidak menurut wasiat Rasulullah yang bersabda maksudnya: “Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”

Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.”

Semoga kita dapat memperbaiki puasa kali ini dan menjadikannya lebih baik dari tahun lalu.




Notatangan : Sumber dari Berita Harian.



Saturday, 6 August 2011

bidaan kurang mengena

salam.

begitulah lately ni yang terjadi pada saya. plus minus kurang lebih jugak lah bidaan saya kurang mengena pada targetnye. Subhanallah. namun, saye tetap bersyukur sebab Tuhan amat sayangkan saya oleh itu banyak dugaan diturunkan untuk saya sentiasa mengingatinya. Terima Kasih Ya Tuhan.

hurmmm. mengeluh.
tapi dah kurang mengeluh compared to dulu.
dulu lagi banyak mengeluhnya. heheee.

Ya Allah kuatkan semangat ku dan tunjukkanlah aku jalan yang lurus.
aminn.


Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015