Tuesday, 7 February 2017

Comeback??

Assalamualaikum

Dimulakan dengan  Bismillahirahhmanirahiim. Dengan Nama Allah yang pemurah lagi Maha Mengasihani. 

Saya pon dah lupe bila kali terakhir saya buka blog ni. Blog-walking pon dah lama tak buat. Cuma bila perlukan sesuatu info, saya akan 'search' from google. Biasanya, automatik akan buka mana-mana blog yang berkaitan. Itu saja ­čśČ

Saya sering rindu untuk blogging balik, sebab saya suka buat sharing info dan gambar. Tapi memandangkan zaman sekarang ini, banyak benda yang perlu diambil kira. Maklumlah, zaman akhir zaman dah kan. 

Saya tak suka, blogging sekadar untuk puaskan hati orang lain. Sebab niat asal saya adalah untuk sharing dan memberi manfaat kepada semua. Walaupun adakalanya, penulisan kita berbentuk syok sendiri, asalkan ianya mempunyai info dan memberi manfaat, itu sudah cukup bagus. Walaubagaimanapun, saya tetap percaya yang gaya penulisan juga penting dalam menyampaikan mesej.

Saya berdoa semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Amiin.




No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015