Thursday, 17 March 2016

Hidup Baru

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, pagi ni saya berjaya duduk depan komputer selepas solat subuh. Yeayy!!! 

Allahuakbar, entri terakhir yang update last year,November. Dah 4bulan. Lamanya saya tak buka blog ni dan tak berblogging. So, time ni bile menaip pon dah jad tergagap-gagap nak susun ayat. Asyik backspace je. Huhuuu.

Hidup baru?? Ye, banyak perubahan berlaku yang ingin saya kongsikan disini sekadar pengalaman saya. Semenjak saya selamat melahirkan cahaya mata yang kedua pada 19 Ogos 2015. Alhamdulillah, saya lebih lega dan selesa dari satu sudut. Namun, cabarannya tetap ada.

Saya masih ingat, blog ni dimekapkan tahun lepas. Ketika itu, semangat berkobar-kobar untuk menjadi WAHM dan menjana pendapatan dari rumah. Dan yang paling utama, saya nak jadi blogger yang tegar. Dimana, menjadikan blog saya ni sebagai tempat perkongsian dan memberi informasi yang dapat membantu kawan-kawan. Dalam masa yang sama, saya ingin menjana pendapatan melalui blog.

Saya ada menyertai kelas online asas bersama dengan ABDR dibawah cikgu Zaila Mohamed. Alhamdulillah, dari cikgu dan anak murid, now we are turned to be a friend. Beliau banyak sangat membantu saya dan dalam masa yang sentiasa memberikan semangat, tips dan berkongsi pengalaman. Terima kasih cikgu. Semoga Allah swt memudahkan urusan cikgu.

Inshaallah, aktiviti blogging akan bermula kembali dengan lebih efektif bersama perubahan yang baru. Heeeee :)




No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015