Thursday 28 January 2010

kronologi tangan kanan aku

tangan kanan saye


meh sini aku nak cite pasal sejarah tangan kanan aku.

saat dilahirkan ke dunia, tangan tersebut merupakan tangan yang sama. saat itu tangan tersebut amatlah gebu berserta kiut. putih campor koko mude sket kaler nye. bersih licin jer. semuanya orang pon suke cium tangan tersebut. spesel nye kan?? hihiiii.. padahal diketika itu,tangan tersebut tak punye apa2 hanya lah tangan semata2.

dan sekarang.. upadated hingga ke hari ini.. terlampau banyak lah plak aksesori ditangan tersebut. tangan yang same juga..

  1. parut dijari telunjuk bahagian atas ~ diperolehi semasa di tingkatan 3. gara-gara aku melakukan aksi side punch didalam toilet dan terkena bongkah simen dinding yang tajam. hingga skang aku rasekan amat macho tatkala melihat parut ini.
  2. jam tangan swatch yang berkilau ~ diperolehi pada awal tahun 2008. sempena hadiah harijadi tahun 2007. kire dapat lambat la ni sket. tak pe,janji dapat. kire seprais la jugak. dari seseorang yang ku kenali sebagai boyfren diketika itu lah kan. time kasih. sayangnya..diketika ini jam tersebut entah ke mana sbb cerminnya seakan retak dek kerana kegeraman yang terlampau. ishhh.. ishhhhhh..
  3. parut dipergelangan atas ~ diperolehi semasa menjalankan minor surgery membuang "ganglio cyst" yang gatal nak tumbuh pada Mac 2009.
  4. cincin bunga tanjung ~ diperolehi pada 3 Mei 2009 sempena "hari perikatan". aku hanya bertindak sebagai pemilih dan pemakai aje. dan hingga hari ini masih menjadi milik ku. akan ku simpan walau ape pon terjadi. kerna itu milik ku. cume cahaya agak kureng sudah.. hahhahha
  5. parut dihujung jari telunjuk dan tepi jari hantu ~ diperolehi semasa aku mau potong plastik kat pisau yang baru aku beli sbb nak mask makaroni utk adik2. akibat libasan pisau yang cuai berserta laju,hasilnye terpotonglah kuku dan isi kuku. tercampak atas meja dan dijumpai oleh adik bongsu ku. kejadian pada 30 mei 2009. skang dah ok dah...
  6. parut dipergelangan atas kali kedua ~ same juge kesnya. tapi ini kali kedua. jadi doktor menoreh ke atas parut yang terdahulu. pada 16 nov 2010. tapi aku lebih tabah even mase tuh....... hermmmmm
arakian, begitulah kisah sejarah tangan kanan ku ini yang diupdate hingga ke saat ini. hah! itu baru kisah satu tangan tuh aku bebelkan.

so,banyak sudah onak duri ranjau yang ditempuhi oleh kanan tersebut. namun, itu semua sudah past tense kan? so jadikan iktibar dan teladan. harus musahabah dan fikir ke depan. skang aku sudah mula rajin sapu losen untuk kurangkan kedut yang berlebihan dan menambahkan kecerahan. biar kasi lembut juga. hhahahhaa.. bior bakal suami aku mau pimpim senantiase.. ehemmm.. rawwww...

tangan kanan juga masih mencari kanan kiri yang mau dipaut halal bagi menemaninya selama hayatnya ada.. kan tangan ???? *ini bukan cobaan ini betol-betol aku kasi promo..hehe



notatangan : skang aku makai cincin silver dijari telunjuk..endless love :)


No comments:

Post a Comment

terima kasih daun keladi :)

Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015