Showing posts with label Resipi Saya. Show all posts
Showing posts with label Resipi Saya. Show all posts

Friday, 15 May 2015

Resipi Saya : Mini Pizza

Assalamualaikum.

Kali ini, nak kongsi cara-cara buat Mini Pizza. Senang jer!! Hahhah!! Saya tak pernah buat sebelum ni. Idea ni tercetus, apabila ada jiran saya yang jual Mini Pizza RM10/ 4 keping. Bagi menunjukkan sokongan kepada surirumah yang berbisnes dari rumah. Oleh kerana Dija makan Mini Pizza tersebut dengan begitu berselera, maka mood rajin si ibu pon datang la kan. Hahhah!!






Bahan-bahan untuk Mini Pizza :
Roti Sandwich (saya pakai roti Gardenia)
Prego Puree Tomato

Untuk 'topping' :
Keju (kalau nak pakai keju biasa macam ni pon bole atau yang 'sprinkle' tu pon bole)
Sosej (rebus,tos dan potong bulat-bulat)
Cendawan butang (rebus, tos dan potong)
Bawang besar (potong halus-halus

Jom!!! Kita buat Mini Pizza
Mula-mula sapukan marjerin pada permukaan roti. Kemudian, sapukan Tomato Puree mengikut kemahuan tersendiri, saya suka sapu banyak dan tebal. Setelah itu, letak semua bahan-bahan 'topping' tadi di atas permukaan roti. Untuk 'topping', saya mulakan dengan meletakkan sosej, cendawan, keju, bawang besar dan tambahkan kembali tomato puree tadi. Bagi membakar pizza, saya tak menggunakan oven, hanya pemanggang ajaib sahaja. Hee !!! Jimat dan cepat. 




Biasanya, saya akan panaskan terdahulu pemanggang ajaib. Apabila sudah sedia untuk proses membakar, saya akan perlahankan api dan sapukan sedikit marjerin pada lantai pemanggang ajaib. Kemudian tutup dan biarkan selama beberapa minit, biasanya sehingga keju itu cair.




Wah!!! Ada chef kecik membantu la kat dapur. Heee!!! Best kan? Boleh dijadikan salah satu aktiviti memasak bersama anak-anak. Thanks Dija !!




Tattttt Tadaaaaaaaaaaaaaa!!!! Ok yang ni dah siap. Boleh nampak kan, keju nya cair disitu. Nyummeh!!

Selamat mencuba ye.




Wednesday, 15 April 2015

Resipi Saya : Ayam Goreng Masak Cili Kering

Assalamualaikum.

Masakan kali ni pon saya bagi nama sendiri jer. Hiks!!! Tapi masakan ni adalah kegemaran suami saya, setiap kali kami makan di Restoran Happy, Triang. Tauke nya orang Cina tapi semua pekerja termasuk tukang masak adalah orang Melayu-Islam.

Dah 3 tahun rasanya, saya mengunjungi Restoran Happy ni, tapi ini kali pertama terdetik dihati saya untuk cuba masak menu ini tambahan pula ianya masakan kegemaran suami tercinta. Cinta gituuuuu!!



Bahan-bahannya :
Sebelah dada ayam dipotong ala-ala dadu
4 tangkai cili kering (bergantung pada tahap kepedasan yang anda suka)
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 potong bawang besar 
Sedikit daun bawang
Sedikit kicap lemak manis (saya suka Kicap Cap Kipas Udang)
Sos tiram
Garam dan gula secukup rasa


Cara memasak :
Sedikit minyak masak untuk menumis. Terus masukkan bawang merah dan bawang putih. Bila dah sedikit wangi terus masukkan ayam tadi. Biasanya saya takkan biarkan bawang garing sebab risau bawang putih akan hangit. Apabila ayam kelihatan bertukar putih dalam kadar separuh masak  terus masukkan sos tiram. Jangan terlalu banyak, sebab ianya masin. Kemudian masukkan cili kering. Biasanya saya akan perlahankan sedikit api dan biarkan ianya mesra. Setelah nampak ayam dah masak barulah saya masukkan kicap lemak manis, bawang besar dan daun bawang. Diiringi dengan garam secubit dan gula secukup rasa. Ok!! Dah siap!! Hidang!!




Rasanya tak de la sesedap kat Restoran Happy tu kan, tapi boleh la untuk cubaan pertama. Inshaallah nanti kite try lagi. Heee!!!

Sile lah cube.


Thank you for reading this entry!





Tuesday, 10 March 2015

Resipi Saya : Makaroni Goreng Campak-campak

Asssalamualaikum!!

Rasa macam best pulak dapat bagi nama untuk masakan sendiri. Hahha!! Actually, this is my first time buat sharing tentang masak-masak. Saya suka makan, saya suka masak tapi saya tak expert pon masak.

Cerita pasal masak ni, teringat kat kawan saya, Suhaida, dulu kami sama-sama kerja kat Kinokuniya. Jadi untuk menjimatkan kos, kami bawa bekal setiap hari. Biasanya saya akan bawa nasi putih dan ayam goreng pastu letak kicap. Heee!!

Tapi si Suhaida ni rajin siap buat 2 jenis lauk. Setiap hari mesti tukar-tukar menu nya.

"Su, awak ni pandai masak la. Best la cenggini.."

"Eh, saye pon tak pandai la masak. Awak ingat saye pandai masak ke? Saye main campak-campak je ni. Masak ni macam kita belaja subjek kimia je. Kita letak je ape yang kite nak, janji kite selera makan ikut lidah kita. Alaaa try and error la"

Hebat sungguh jawapan si Suhaida ni kan, mentang-mentang la dia dulu amek course Chemistry. Ceh!! Kata Suhaida lagi, masak ni sebenarnya tak ada salah, tak ada betol. Ikut je citarasa masing-masing.

Boleh dikatakan selepas itu juga, saya dah makin rajin masak (time rajin la). Yang penting, makin berani masak dan mencuba. Cewaahhhhh!!

Ok. Dah banyak ke laut pulak ye. Saya nak share pagi tadi ada masak Makaroni Goreng Campak-campak je gitu ha. Sebabnya, ambil apa saja yang ada dalam peti ais kat rumah. Saya memang suka masak makaroni goreng, sekejap je dah siap. Cincai je.




2 genggam makaroni spring/ spirali kasi rebus sekejap bersama secubit garam kemudian tos kan
2 biji telur goreng hancur siap-siap

3 biji bawang putih potong-potong
1 biji bawang merah potong-potong

5 biji baby carrot potong kecil-kecil ( sebab dah tak ada sayur lain dalam peti ais), biasanya saya suka letak potato dan capsicum

Jom kita masak!!
Letak sedikit je minyak zaitun. Dah panas tu terus tumiskan kedua jenis bawang tadi. Kemudian terus masukkan carrot. Sebab nak kasi lembut. Bila dah wangi tu, terus masukkan makaroni/spirali. Terus letak sos yang seperti korang mahu. Saya pakai sos tomato dan sos cili je. Lepas tu seasoning tu garam dan gula sikit. Tu je. Biarkan mesra sekejap. Tutupkan api, masukkan telur hancur tadi. Kacau sikit. Dah siap!!!!


Agak-agak kalau nak tambahkan rasa tu, bole letak Oregano, ikut suka. But, for my daughter memang just as is.

Sila lah mencuba !!




Copyright to IYda Juhar
Designed by UMIESUEstudio 2015